Isu agama yang di bangkitkan dan di heboh kan oleh UMNO setiap hari dalam semua media milik dan menyokong nya pasti akan menambah padah buruk. Isu kutbah di masjid P Pinang belum pun reda, kini di bangkitkan pula dengan isu surau di Selangor.
Ke dua2 isu ini telah menggambarkan bahawa UMNO tidak gemar kaum kafir mendampingi islam. Kafir telah digambarkan sebagai seteru yang tidak boleh dihampiri bagi UMNO. Liputan media UMNO yang melampau ini telah membuat kaum kafir semakin menjauhi UMNO.
Satu ketika dahulu UMNO sangat marah bila orang kafir membaca ayat2 koran. UMNO sudah anggap koran cuma untuk orang islam sahaja, orang kafir tidak boleh sentuh atau bacanya. Kalau begini caranya sampai bila pun orang kafir tidak dapat boleh memahami tentang islam.
Pemikiran UMNO sangat sempit, mereka belum sedar bahawa ada ramai orang kafir di barat yang hafal serta memahami koran. Koran dan islam itu bukan untuk melayu atau pun UMNO sahaja. Adakah salah bagi orang kafir untuk mendekati dan memahami islam?
Walau apa pun niat pemimpin2 kafir ini masuk surau atau masjid, ianya tetapi dianggap telah mendekati islam. Mengapa ianya harus dilarang dan ditentang habis habisan. Jika begini lah sikap UMNO, pasti kaum kafir akan terus 'buta islam'.
PAS sangat memahami tentang islam, ianya bukan agama khas bagi melayu di Malaysaia ini. PAS lebih terbuka tentang menangani islam. Sepatutnya PAS harus diberikan peluang memerintah negara, kerana ianya boleh menyatukan kafir dan islam dengan lebih erat, aman dan damai.