July 27, 2010

Jangan sia2 kan perjuangan yang telah di laku kan oleh penyokong2


Perjuangan PAS selama lebih 60 tahun telah menghasil kan kejayaan yang sangat besar. Kini sudah hampir 40% kaum melayu/Islam telah menjadi penyokong tegar bagi PAS. Kedudukan PAS sangat digeruni oleh lawan2 nya terutamanua UMNO.

Pada masa lampau UMNO pandang sangat kecil terhadap PAS. Hinggakan PAS menjadi ejek kan oleh UMNO. Pada ketika itu ramai calun2 PAS yang hilang wang pertaruhan nya dalam menghadapi PRU atau PRK. Kaum2 bukan melayu sangat takut kepada PAS kerana perjuangan Islam nya yang melampau.

Hari ini PAS sangat berubah, ianya sudah amalkan cara yang lebih terbuka dan menghormati semua kaum. Sebenarnya bukan melayu sangat tertarik dengan watak peribadi pemimpin2 PAS yang kuat beragama. Selain dari itu pemimpin2 PAS ini juga lebih jujur dan amanah serta bersikap adil terhadap semua kaum.

Sebenarnya PAS akan lebih bermakna jika kekal dalam Pakatan Rakyat. Kedudukan PAS akan terus terjamin mendapat sokongan dari rakyat terutamanya kaum bukan melayu. PAS akan memusnahkan diri nya jika kembali bersama UMNO seperti yang pernah berlaku pada satu ketika dahulu. Perkara ini telah di jelaskan oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan se jelas2 nya.

UMNO sebenarnya tahu dan faham bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO. Apa yang sedang di laung2 kan oleh UMNO tentang 'kerajaan perpaduan' itu cuma mahu pecah belah kan PAS sahaja. Penyokong2 PAS harus sedar dan terus bersatu menyokong PAS, tentang semua cadangan2 UMNO untuk bersatu dengan PAS.

Masanya sudah sampai bagi PAS untuk menggantikan UMNO sebagai pemerintah negara. Selama ini terlalu banyak perkara2 buruk yang telah dilaku kan oleh pemimpin2 UMNO yang tidak jujur, rasuah dan rakus membolot harta kekayaan negara.

July 22, 2010

Kedudukan Pakatan Rakyat ternyata bertambah mantap.



Ternyata Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan dari rakyat yang telah sedar. Walau pun UMNO nampak lebih mendapat sokongan dari kaum melayu, malang nya kaum bukan melayu pula sudah hilang minat nya terhadap parti2 komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC. BN pasti akan menghadapi masalah pada PRU-13 kerana hilang sokongan dari kaum bukan melayu.

Sebaliknya kedudukan PR semakin mantap kerana disokong padu oleh bukan melayu. Dengan adanya pula sokongan dari kaum melayu dari PKR dan PAS, pasti PR tiada masalah menghadapi PRU-13 akan datang. Kekuatan PAS sudah tidak boleh di sangkal lagi kerana telah di sokong oleh kaum bukan melayu/islam.

Perjuangan PAS selama ini tidak sia2. PAS sudah pasti akan menjadi pengganti UMNO untuk membela kaum melayu/islam. Pada PRU-13 akan datang ada  kemungkinan PAS akan memerintah beberapa buah negeri lagi seperti Terengganu, Perlis, Pahang, N Sembilan dan Johor dengan bantuan DAP dan PKR.

PAS jangan mudah terpengaruh dengan kerajaan perpaduan. PAS harus berdiri teguh dengan pendirian nya untuk menentang BN hingga keakar umbi. Sekarang masanya sudah tiba, teruskan perjuangan PAS, kaum bukan melayu/islam pasti akan terus berdiri teguh dibelakang PAS.

Sabah dan Sarawak, talian hayat BN semakin bertambah genting. Ianya pasti akan terputus pada PRU-13 akan datang. PRK Sibu telah membukti bahawa kaum bukan melayu di Sabah dan Sarawak sudah mula tinggalkan BN. Semasa berkempen, BN telah menggunakan semua senjata cangeh yang di miliki nya, malangnya tumpas juga.

Sehingga kini BN masih bermasalah. MCA, MIC, Gerakan dan PPP masing2 bermasalah sendiri. Sedangkan UMNO sendiri juga bermasalah. Mampukah BN berhadapan dengan PR pada PRU-13 akan datang sedangkan memikul masalah yang berat.

July 19, 2010

UMNO di akhir zaman.

UMNO sudah terlalu tua dan uzur. Di sebabkan ketahanan dirinya sudah sangat berkurangan, maka UMNO sedang di hidapi berbagai2 penyakit yang sangat berbahaya. Kini UMNO ter rangkak2 untuk bergerak, merintih dan mengeluh minta pertolongan dari orang yang dianggap nya musuh pada satu ketika dahulu.

UMNO sudah tidak perlu sorok kan lagi tentang penyakit2 yang dihidapi nya. Hampir semua cawangan dan bahagian UMNO di landa berbagai masalah. Tidak ada seorang pun pemimpin2 UMNO yang mampu menyelesaikan masalah ini. Semakin hampir tiba PRU-13 semakin parah keadaan UMNO.

Parti2 komponen UMNO juga apa kurang nya, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain2 nya juga sedang dilanda berbagai masalah. Boleh dikatakan hampir semua kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap UMNO. Keadaan UMNO juga semakin bertambah buruk dengan terujud nya pertubuhan NGO seperti PERKASA.

Sedikit sebanyak PERKASA telah memecah belahkan sokongan UMNO dari kaum melayu itu sendiri. Ini di sebabkan ada nya kumpulan pemimpin2 UMNO yang anti PERKASA. Ini lah yang sebabkan sebilangan melayu marah pada UMNO. Sedangkan kaum bukan melayu pula hilang sokongan nya terhadap pemimpin UMNO yang pro PERKASA.

UMNO memang parah, berkeadaan dalam serba salah. Kini UMNO cuba pula berbaik dengan PAS dengan alasan untuk menyatukan melayu. Tugasan UMNO untuk bersatu dengan PAS bukan nya perkara mudah. Ibarat menimba air dengan sekap jarang.

Pemimpin2 PAS tergulung dari manusia yang berakhlak dan berilmu tinggi, ia tidak akan mudah boleh di pengaruhi oleh UMNO. Kekuatan PAS juga sudah tidak dipersoalkan lagi dengan adanya sokongan padu dari penyokong2 DAP dan PKR. Erti nya sokongan mantap dari bukan melayu kepada PAS.

Bukan nya mudah bagi PAS untuk mendapat sokongan dari bukan melayu, sekarang masa nya sudah sampai. Beruntung bertuah bagi PAS kerana telah mendapat kurnia sokongan padu dari kaum bukan melayu. Ini lah yang di namakan berkat dari doa Tuan Guru2 PAS selama ini.

Harapan PR berjaya mengambil aleh kerajaan semakin bertambah cerah apabila pemerintah menaikan harga (kurang subsidi) barang2. Kehidupan rakyat yang sememang nya sudah sempit telah semakin di sempitkan lagi.

Setiap kali sedikit barang yang di naik harga, ianya kan meyebabkan kenaik kan berangkai bagi semua barang2 dan perkhidmatan. Kementerian yang berkaitan sememang nya GAGAL dalam tugas2 nya untuk mengawah kenaikan barang2 yang lain.

PRU-13 akan menentukan kebenaran bahawa rakyat TIDAK merestui sama   sekali sebarang kenaikan barang atau perkhidmatan.

July 15, 2010

Bila minyak naik, semua barang akan naik sama -

Bebanan yang sedang ditanggung sudah terlalu berat untuk di pikul. Sekarang kerajaan "Barang Naik" sudah tambahkan lagi bebanan yang sudah tidak terdaya di pikul ini. Di sini Nalapambu tidak perlu cerita panjang bab barang naik ini. Kerana semua rakyat biasa akan rasakan keperitan nya. Bagi pencacai2 UMNO yang kaya raya ianya tidak mendatangkan apa2 masalah.

Semua rakyat biasa harus berfikir sejenak dan ambil keputusan muktamat pada PRU-13 akan datang. TUKAR KERAJAAN - angkat PAKATAN RAKYAT sebagai pemerintah yang baru.

July 13, 2010

Harapan UMNO/BN semakin gelap - gaduh, gaduh dan terus bergaduh sama sendiri ~~~~~~

UMNO masih belum berubah, masih kekal di takuk lama. Sikap dan sifat pemimpin2 nya yang tamak dan gila kuasa tidak boleh diperbaiki lagi.

Sebenar nya perkara sebegini sudah memang ada dari zaman dahulu lagi, bezanya hari ini ianya semakin terserlah dan semakin 'ganas'. Pada zaman dulu 'pergaduhan ini di tutup dan disembunyikan - simpan dalam hati saja.

Ada banyak sebab mengapa puak2 UMNO ini bergaduh. Pergaduhan utama disebabkan berebut kuasa. Mengapa mereka sangat ber sungguh2 merebut kan kuasa?
Jawapan nya sangat mudah. - Bila sudah dapat kuasa, maka boleh pula kumpul harta kekayaan pula. Itu lah sebab nya mereka sanggup bergaduh merebut kuasa.

Keadaan ini semakin bertambah parah apa bila pemerintah umumkan ber bilion2 ringgit akan dibelanjakan pada setiap budget di umumkan. Mereka akan memastikan 'habuan' mereka tidak terlepas. Bagi yang belum pernah mendapat 'habuan' akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan 'habuan'.

Yang sedang menikmati 'habuan' akan sedaya upaya mempertahan kan 'habuan' nya. Bagi yang belum mendapat 'habuan' akan ber mati matian cuba 'merampas' nya. Ini lah sebab utama mengapa puak2 UMNO ini terus bergaduh.

Dalam proses pergaduhan ini berbagai 'senjata' digunakan, senjata paling berkesan ialah RASUAH. Ini tidak boleh di nafikan lagi, ianya berlaku dari pucuk hingga ke akar umbi. Maka jadi nya perkara ini sudah berakar umbi - tiada kuasa dalam dunia ini yang boleh membaiki nya.

UMNO hanya boleh berubah jika ianya musnah dan hilang kuasa nya. Ini pasti akan terjadi pada PRU13 akan datang. Rakyat yang sedar pasti akan memberikan keadilan yang se adil2 nya kepada UMNO.

July 12, 2010

Kemaraan dan kekuatan Pakatan Rakyat sudah tidak boleh di sangkal lagi~~~~~

Satu ketika dahulu PAS cuma ujud di negeri2 atau kawasan majoriti melayu sahaja. Pada ketika itu ramai calun2 PAS yang akan hilang wang pertaruhan nya semasa PRU atau PKR di kawasan2 majoriti bukan melayu atau pun di kawasan majoriti melayu sendiri.

Pada pandangan UMNO, PAS cuma parti nyamok yang tidak ada apa2 kekuatan untuk menentang nya. Tetapi berlainan pula pada hari ini, PAS sudah muncul sebagai sebuah parti pencabar yang hebat bagi UMNO. UMNO tidak boleh lagi pandang ringan ketika berhadapan dengan PAS.

Kekuatan PAS ini sebenar nya terletak pada kehebatan dan ketokohan pemimpin2 nya yang bersikap jujur, telus dan amanah. Kesemua pemimpin2 PAS ini terdiri dari tokoh2 agama yang berpendidikan tinggi tentang agama Islam nya. Ajaran Islam yang tinggi inilah yang menjadikan pemimpin2 PAS ini di segani oleh sekelian rakyat, terutamanya yang beragama Islam.

Bagi kepimpinan UMNO kebanyakan nya cetek tentang ajaran Islam, paling malang tidak mahu pula ikut cara ajaran Islam - pada mereka rasuah, judi, hiburan dan lain2 adalah perkara biasa sahaja. Sekarang rakyat yang sudah sedar akan keburukan UMNO pasti akan memilih PAS sebagai ganti pemerintah negara.

Kini PAS sudah mendapat sokongan padu dari rakyat bukan melayu di Malaysia. Ketokohan Tuan Guru Nik Aziz memang tiada tandingan nya dengan mana2 pemimpin dalam UMNO. UMNO dan BN kena ber hati2 pada PRU 13 akan datang, tidak mustahil rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan menyokong Tuan Guru kita.

Orang Malaysia tidak bijak macam orang Amerika

Orang Malaysia di sifat kan bodoh tidak mampu menilai mana yang benar dan yang mana tidak benar. Orang Malaysia lebih mempercayai fitnah dari kata2 yang benar. Seorang yang bertaraf menteri telah memberikan penilaian kepada tahap pemikiran orang Malaysia - Sangat rendah.

Beliau berkata bahawa orang Amerika tidak mudah terpedaya dengan kata2 fitnah jika di bandingkan dengan orang Malaysia. Nalapambu akui kebenaran kata2 menteri ini - Orang Malaysia memang 'bodoh' terutamanya melayu, suka berbuat dan dengar fitnah dan mudah pula mempercayai nya.

Itu sebab sekarang KDN akan tubuhkan J/K pemantawan berita2 yang berunsur fitnah. Dengan terujudnya J/K ini maka semua berita2 yang di terima ada lah benar se mata2 nya benar belaka. Maka Malaysia akan jadi negara yang pertama di dunia melapurkan berita2 yang benar sahaja.

Untuk memastikan ianya benar2 berjaya terlaksana, pertama kerajaan mesti membatalkan semua lesen2 akhbar parti pembangkan terutamanya Harakah. Mengenakan tindakan keras kepada semua bloggers yang di dapati bersalah menyebarkan article yang berbau fitnah.

Kerajaan sepatutnya tidak boleh dipersalahkan kerana tindakan nya ini, yang patut di persalahkan ialah kerana kebodohan orang Malaysia sendiri - SUKA MEMPERCAYAI BERITA2 FITHAN.

July 08, 2010

Harapan PR semakin cerah - Pergolakan UMNO dan parti2 komponen nya semakin parah.

PRU 13 semakin menghampiri UMNO. Parti2 komponen nya seperti MCA, MIC dan Gerakan masih terumbang ambing di lautan bergelora. Sokongan kaum cina dan india sudah beraleh kepada DAP, PKR dan PAS.

Kedudukan UMNO semakin bertambah parah dengan ujudnya beberapa pertubuhan NGO Melayu seperti PERKASA. Tidak perlu di huraikan betapa bencinya kaum cina dan india terhadap pertubuhan ini. Kini UMNO semakin sukar di percayai lagi.

Walaupun UMNO mendabik dada menyatakan bahawa sokongan melayu terhadap UMNO adalah padu. Tetapi malang nya melayu sudah berpecah tiga, cuma satu kumpulan sahaja yang menyokong UMNO, sedangkan dua lagi iaitu PAS dan PKR menyokong DAP. Kedudukan PAS dan PKR semakin bertambah kukuh dengan adanya sokongan dari kaum cina dan india.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa PR memang kuat. Ianya telah terbukti benar pada PRK Parlimen Sibu di Sarawak. Kubu kuat BN tumbang tergolek walaupun telah bergunakan berbagai senjata sulit yang cangeh2. PM, TPM dan hampir semua menteri2 BN turun padang membantu calun nya, alas! tumbang juga.

Apabila kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN, maka inilah isyarat menyatakan BN akan berakhir. PRU13 pasti BN akan menghadapi tentangan yang sangat hebat dari PR terutama di Sabah dan Sarawak. Mampukah UMNO bertahan se mata2 dengan sokongan melayu sahaja? Cuba fikir2 kan wahai pencacai2 UMNO.