July 19, 2010

UMNO di akhir zaman.

UMNO sudah terlalu tua dan uzur. Di sebabkan ketahanan dirinya sudah sangat berkurangan, maka UMNO sedang di hidapi berbagai2 penyakit yang sangat berbahaya. Kini UMNO ter rangkak2 untuk bergerak, merintih dan mengeluh minta pertolongan dari orang yang dianggap nya musuh pada satu ketika dahulu.

UMNO sudah tidak perlu sorok kan lagi tentang penyakit2 yang dihidapi nya. Hampir semua cawangan dan bahagian UMNO di landa berbagai masalah. Tidak ada seorang pun pemimpin2 UMNO yang mampu menyelesaikan masalah ini. Semakin hampir tiba PRU-13 semakin parah keadaan UMNO.

Parti2 komponen UMNO juga apa kurang nya, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain2 nya juga sedang dilanda berbagai masalah. Boleh dikatakan hampir semua kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap UMNO. Keadaan UMNO juga semakin bertambah buruk dengan terujud nya pertubuhan NGO seperti PERKASA.

Sedikit sebanyak PERKASA telah memecah belahkan sokongan UMNO dari kaum melayu itu sendiri. Ini di sebabkan ada nya kumpulan pemimpin2 UMNO yang anti PERKASA. Ini lah yang sebabkan sebilangan melayu marah pada UMNO. Sedangkan kaum bukan melayu pula hilang sokongan nya terhadap pemimpin UMNO yang pro PERKASA.

UMNO memang parah, berkeadaan dalam serba salah. Kini UMNO cuba pula berbaik dengan PAS dengan alasan untuk menyatukan melayu. Tugasan UMNO untuk bersatu dengan PAS bukan nya perkara mudah. Ibarat menimba air dengan sekap jarang.

Pemimpin2 PAS tergulung dari manusia yang berakhlak dan berilmu tinggi, ia tidak akan mudah boleh di pengaruhi oleh UMNO. Kekuatan PAS juga sudah tidak dipersoalkan lagi dengan adanya sokongan padu dari penyokong2 DAP dan PKR. Erti nya sokongan mantap dari bukan melayu kepada PAS.

Bukan nya mudah bagi PAS untuk mendapat sokongan dari bukan melayu, sekarang masa nya sudah sampai. Beruntung bertuah bagi PAS kerana telah mendapat kurnia sokongan padu dari kaum bukan melayu. Ini lah yang di namakan berkat dari doa Tuan Guru2 PAS selama ini.

Harapan PR berjaya mengambil aleh kerajaan semakin bertambah cerah apabila pemerintah menaikan harga (kurang subsidi) barang2. Kehidupan rakyat yang sememang nya sudah sempit telah semakin di sempitkan lagi.

Setiap kali sedikit barang yang di naik harga, ianya kan meyebabkan kenaik kan berangkai bagi semua barang2 dan perkhidmatan. Kementerian yang berkaitan sememang nya GAGAL dalam tugas2 nya untuk mengawah kenaikan barang2 yang lain.

PRU-13 akan menentukan kebenaran bahawa rakyat TIDAK merestui sama   sekali sebarang kenaikan barang atau perkhidmatan.

1 comment:

  1. Barang naik berlaku di mana-mana, bukan kat Malaysia saja. Be practical la. Yenna dei

    gudumbu nala

    ReplyDelete

, ,