Showing posts with label kemenangan PAS. Show all posts
Showing posts with label kemenangan PAS. Show all posts
July 27, 2010
Jangan sia2 kan perjuangan yang telah di laku kan oleh penyokong2
Perjuangan PAS selama lebih 60 tahun telah menghasil kan kejayaan yang sangat besar. Kini sudah hampir 40% kaum melayu/Islam telah menjadi penyokong tegar bagi PAS. Kedudukan PAS sangat digeruni oleh lawan2 nya terutamanua UMNO.
Pada masa lampau UMNO pandang sangat kecil terhadap PAS. Hinggakan PAS menjadi ejek kan oleh UMNO. Pada ketika itu ramai calun2 PAS yang hilang wang pertaruhan nya dalam menghadapi PRU atau PRK. Kaum2 bukan melayu sangat takut kepada PAS kerana perjuangan Islam nya yang melampau.
Hari ini PAS sangat berubah, ianya sudah amalkan cara yang lebih terbuka dan menghormati semua kaum. Sebenarnya bukan melayu sangat tertarik dengan watak peribadi pemimpin2 PAS yang kuat beragama. Selain dari itu pemimpin2 PAS ini juga lebih jujur dan amanah serta bersikap adil terhadap semua kaum.
Sebenarnya PAS akan lebih bermakna jika kekal dalam Pakatan Rakyat. Kedudukan PAS akan terus terjamin mendapat sokongan dari rakyat terutamanya kaum bukan melayu. PAS akan memusnahkan diri nya jika kembali bersama UMNO seperti yang pernah berlaku pada satu ketika dahulu. Perkara ini telah di jelaskan oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan se jelas2 nya.
UMNO sebenarnya tahu dan faham bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO. Apa yang sedang di laung2 kan oleh UMNO tentang 'kerajaan perpaduan' itu cuma mahu pecah belah kan PAS sahaja. Penyokong2 PAS harus sedar dan terus bersatu menyokong PAS, tentang semua cadangan2 UMNO untuk bersatu dengan PAS.
Masanya sudah sampai bagi PAS untuk menggantikan UMNO sebagai pemerintah negara. Selama ini terlalu banyak perkara2 buruk yang telah dilaku kan oleh pemimpin2 UMNO yang tidak jujur, rasuah dan rakus membolot harta kekayaan negara.
September 15, 2009
UMNO akan hilang maruah nya N31 Bagan Pinang!
| N31 BAGAN PINANG |
| Jumlah Pengundi: 14,192 Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5% |
| 1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430) 2. Ramli Ismail (Pas) (4,097) |
| Majoriti: 2,333 Jumlah undi: 10,911 Peratus mengundi: 76.88% Undi rosak: 384 |
Sudah tujuh kali PRK diadakan selepas PRU12. Malang sungguh bagi nasib BN/UMNO, cuma menang sekali sahaja di Batang Ai, Sarawak.
Sebenarnya BN/UMNO memang sudah tiada harapan lagi untuk menang dalam mana2 PRK atau pada PRU13 nanti. BN sudah tidak diterima oleh rakyat yang sudah sedar akan keburukan parti itu.
UMNO sebagai parti utama bermasalah kerana masih lagi ramai pemimpin yang 'rasuah' berada berkuasa dalam parti itu. UMNO tidak akan diterima rakyat selagi ianya tidak dibersihkan 100%.
Sekarang MCA juga bermasalah kerana rebutan kuasa oleh pemimpin2 nya. Paling malang ialah parti MIC yang masih lagi diterajui oleh kuda tua. MIC sebenarnya di masaalahi oleh rebutan kuasa juga, ianya terbahagi kepada dua kumpulan yang berlainan kasta.
Oleh kerana kedua2 parti sokongan BN ini bermasalah, maka untuk membantu UMNO amat lah sukar. UMNO sebenarnya sudah kena berjuang bersendirian sahaja di Bagan Pinang.
Sebenarnya MCA atau MIC sudah tiada lagi penyokong nya dari kaum cina atau india. Mereka sudah tinggalkan MCA dan MIC kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan UMNO untuk menang di N31 B Pinang adalah mustahil.
Sokongan kaum cina dan india terhadap PR adalah padu sebanyak lebih kurang 30%, jika kaum melayu dari PAS menambah 20% dan PKR 10%, kemenangan sudah pasti ditangan PAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)
