Selama ini UMNO adalah sebuah parti melayu yang sangat kuat dan berpengaruh di tanah melayu. UMNO menguasai hampir keseluruh Malaysia. Kekuatan UMNO ini pula disokong penuh oleh kaum cina dan india. Setiap PRU atau PRK parti lawan menghadapi kesukaran untuk menang. Bahkan ramai parti lawan hilang wang pertaruhan nya. Cuma PAS sahaja yang mampu bertahan di Kelantan.
Kekuatan UMNO ini telah menjadikan pemimpin2 nya angkuh dan lupa diri. Siang malam mereka sebok menambah harta kekayaan. Hampir semua pemimpin2 ini menjadi kaya raya dalam masa yang singkat. Mereka juga telah membenarkan 'politik wang' dalam UMNO.
Setiap kali diadakan PAU, pemimpin2 UMNO ini membelanjakan berjuta2 RM untuk mempertahan kan kedudukan mereka sebagai pemimpin. Maka timbul lah apa yang dikatakan 'rasuah politik' yang di halalkan oleh UMNO. Ketua pemuda UMNO didapati bersalah kerana 'rasuah politik' di maafkan dan dibenarkan bertanding dan seterus nya menang.
Seorang ketua menteri di negara Hang Tuah juga didapati bersalah kerana 'rasuah politik', dia tidak dibenarkan bertanding, tetapi boleh terus menjadi ketua menteri.
Pemimpin2 UMNO yang jujur dan takut dengan 'rasuah politik' semua nya gugur semasa PAU. Hanya yang berani sanggup memeberi 'rasuah politik' sahaja akan dapat mengekal kan jawatan mereka. Maka dengan ini UMNO sudah bergelumang dengan 'rasuah politik'.
Orang melayu/islam yang sedar sudah mula meninggalkan UMNO. Mereka nampak bahawa PAS lebih jujur dan lebih bersih dari UMNO. Semenjak dua tiga PRU yang lepas PAS sudah mula mendapat sokongan dari kaum cina dan india pula. Setiap PRU atau PKR di adakan PAS telah menambah bilangan kerusi nya. Sudah tidak kedengaran lagi hilang wang pertaruhan.
Perubahan sokongan kaum cina dan india dari UMNO kepada PAS inilah yang menyebabkan kelemahan UMNO. Sebenarnya hampir semua kaum cina dan india sudah tinggalkan BN, mereka menyokong DAP, PAS dan PKR (Pakatan Rakyat), ini terbukti pada PRU yang lepas. P Pinang dapat di perintah oleh DAP kerana sokongan padu kaum cina terhadap DAP.
Di negeri Perak, semua kawasan DUN yang ditandingi oleh DAP kesemua nya telah menang . Dengan bantuan DAP ini juga PAS dan PKR telah memenangi banyak kawasan DUN . Perkara yang sama juga telah berlaku di Kedah dan Selangor. Kekuatan Pakatan Rakyat ini juga telah terbukti dalam 5 PRK. Pakatan Rakyat telah menang 4 PRK dan kalah dengan bergaya di Batang Ai.
PKR buat kali pertama bertanding di Batang Ai walau pun kalah, tetapi telah mendapat lebih 2000 undi dan tidak hilang wang pertaruhan nya. Itu dikira sangat baik. Ini bermakna rakyat di sana sudah mula terima Pakatan Rakyat.
TPM berkata, UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Malang nya kita lihat hingga ke saat ini UMNO makin bertambah parah. Hinggakan tidak sanggup meletak kan calun UMNO di PRK N12 Penanti.Sepatutnya ini lah masa yang tepat untuk bukti kan bahawa UMNO sudah mula pulih (jika UMNO menang). Tetapi sungguh malang, UMNO tidak berani berbuat demikian. UMNO takut akan di malukan buat kali ke 5 pula. UMNO menyedari bahawa mereka masih lemah dan akan bertambah lemah kerana tiada sokongan dari kaum cina dan india.