August 25, 2009

UMNO perlu Di Bubarkan

Gambar hiasan sahaja

Selepas PRU12 yang hampir menumbangkan kerajaan BN, UMNO menjadi semakin di pinggirkan oleh rakyat Malaysia.

Selama lebih kurang 60 tahun BN/UMNO memerintah negara, terlalu banyak kesalahan yang dibuat oleh para pemimpin2 nya. Kini rakyat telah sedar akan keburukan UMNO.

Pemimpin2 UMNO berjanji dan berikrar untuk berubah setelah menyedari akan keburukan mereka. Sebenarnya apakah perubahan yang ada dibuat oleh pemimpin2 UMNO untuk berubah, bahkan ianya nampak bertambah parah.

Sekarang telah terbukti, dimana sahaja di adakan PRK sama ada di kawasan majoriti melayu atau bukan melayu, UMNO pasti kecundang.

TPM telah menyatakan bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun untuk berubah, sekarang apa macam. Ada berubah?

Cadangan Nala, adalah lebih baik UMNO dibubar kan sahaja.

August 24, 2009

Melayu PAS dan Melayu UMNO

Melayu PAS dan Melayu UMNO
Semangat perjuangan yang ada pada pemimpin PAS sudah kukuh tertanam dalam jiwa penyokongnya. Perjuangan PAS semata2 untuk memperujangkan keadilan, keamanan, dan memperjuangkan hak2 rakyat. Perjuangan PAS adalah suci demi membela rakyat.

Kehadiran penyokong PAS dalam semua ceramah2 atau perjumpaan apa saja adalah ikhlas demi untuk memberi sokongan penuh kepada pemimpin2 mereka.

Berlainan pula halnya dengan UMNO, penyokong nya menyokong pemimpin2 nya kerana untuk mendapat ganjaran dan habuan sahaja. Dan sebaliknya pemimpin2 nya juga menharaf sokongan dengan memberi ganjaran dan habuan pula. Inilah yang di namakan oleh mereka 'politik wang' - bukan rasuah.

Perjuangan UMNO sangat berbeza, pemimpin2 nya cuma berjuang untuk berkuasa, setelah mendapat kuasa mereka mengaut harta kekayaan negara pula. Kalau kita perhatikan, semua pemimpin2 UMNO bermula dari ketua cawangan nya sahaja sudah jadi kaya raya.

Rakyat hari ini sudah banyak yang bijak dan sedar akan perbuatan buruk pemimpin2 UMNO ini. Rakyat sudah membenci mereka dan telah menyokong Pakatan Rakyat pula.

Selepas PRU12, kita telah menyaksikan kekalahan UMNO dalam semua PRK di Semenanjung Malaysia.

Kita akan menhadapi satu lagi PRK di Permatang Pasir, pastikan UMNO akan kecundang lagi sekali. Sebenarnya pemimpin UMNO tahu dan sedar mereka tiada harapan untuk menang di Permatang Pasir atau di mana2 juga bila diadakan PRK.

Itu sebab mereka letak seorang calun yang ada masaalah. Ini akan mereka jadikan alasan nanti. "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

August 21, 2009

Gugur sebelum Bertempur

Calun DUN P Pasir

UMNO memang 100% tiada harapan di Permatang Pasir. Untuk mengelak kan dari malu mereka telah meletak kan seorang calun yang ada masalah. Perkara ini memang dibuat secara kebetulan.

Perbuatan ini se mata2 untuk menutup malu bahawa UMNO sudah tidak di terima oleh rakyat.

Calun yang akan kalah dan pasti kalah ini akan dijadikan alasan - "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

Perbuatan bodoh dari UMNO ini akan menambahkan keburukan parti itu sendiri. Adalah lebih baik dan mulia jika UMNO tarikdiri dan undur secara terhormat dari bertanding. Ini akan selamatkan wang dan masa rakyat.

UMNO sudah jadi terlalu kotor, UMNO sudah tidak ada harapan untuk hidup sampai PRU13 nanti. Pemimpin2 UMNO yang 'korupt' masih lagi ramai yang menerajui UMNO. Selagi masih ada ramai pemimpin UMNO yang 'korupt' ini, UMNO akan mendapat tentangan dari rakyat.

Adalah lebih baik parti itu di bubarkan sahaja, dan masuk Pakatan Rakyat. Ibarat mati dan dilahirkan semula. Gugurkan semua pemimpin2 yang 'korupt' kekalkan yang bersih dan recruit pemimpin2 muda yang bersih, berakhlak dan berpendidikan.

Pakatan Rakyat pasti berkuasa selepas PRU13.

August 18, 2009

Penjelasan Isu Tapak Kuil dari PR


Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Read More[+]

August 17, 2009

Kekuatan PR sukar ditandingi oleh BN



Sekarang BN sedang di dalam keadaan resah gelisah dan ketakutan menghadapi PR. Terutamanya jika mereka memikirkan soal PRU atau PKR. 6 dari 7 PRK BN kecundang. Kini BN sedang berhadapan dengan PRK yang ke 8.

Semua pemimpin2 BN sudah kehabisan modal kempen sebelum mereka ber kempen. Sebagai contoh, Khairy Jamaluddin, dia terlupa apa yang di cakap itu sebenarnya terkena kepada dirinya sendiri.

"Khairy seakan tidak serik dengan mengulangi kenyataannya agar PAS menarik diri dari Kerajaan Pulau Pinang kerana meskipun terdapat kerusi yang PAS menangi di Permatang Pasir tetapi tidak diberikan jawatan exco kerajaan negeri di bawah DAP.

Hujjah ini telah dijawab oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi, bahawa jika itu hujjah Khairy, dia yang perlu meletakkan jawatan atau keluar dari Umno kerana walaupun menang sebagai ketua pemuda tetapi dia tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet."
- petikan dari SIASAH

Ini menunjukkan BN sudah hampir tiba kehujun jalan.
Kekuatan PR tidak boleh disangkal lagi. Jika di kawasan DUN seperti Permatang Pasir ini, PR cuma letak kan
songkok putih Tuan Guru
sahaja pun PAS boleh menang.

August 11, 2009

Laluan Mudah bagi PR di N11 Permatang Pasir



N11 PERMATANG PASIR
Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

Calun PAS dari PR P Pinang akan melalui jalan mudah untuk memenangai PRK di N11 Permatang Pasir.

Undi tetap untuk PAS sudah sedia ada dari kaum cina dan india sebanyak 27.55%, kini calun PAS cuma memerlukan undi kaum melayu sebanyak lebih kurang 30% sahaja pun sudah cukup untuk menang.

Kemenangan sudah pasti kepada PR, sepatutnya untuk menjimatkan wang negara, UMNO tidak perlu bertanding - sudah tentu pasti kalah.

Sekarang, walau dimana sahaja di adakan PRK tentu BN akan kalah.

August 10, 2009

Patung DSNTR di Batu Cave


Sekarang apa UMNO mau cakap. Dulu masa kita tegak kan replika DSAI semua pencacai UMNO buat bising katakan perbuatan tidak Islamik.
Nah sekarang sudah kena batang hidung sendiri.

Itu le, pencacai UMNO kalau tak tahu cara kami jangan suka kutuk2. Sekarang cuba kutuk pula orang india yang tegak kan replika DSNTR itu pula kalau berani.

Memang pencacai UMNO tidak bermaruah dan perangai keji.