Showing posts with label kemenangan. Show all posts
Showing posts with label kemenangan. Show all posts

August 21, 2009

Gugur sebelum Bertempur

Calun DUN P Pasir

UMNO memang 100% tiada harapan di Permatang Pasir. Untuk mengelak kan dari malu mereka telah meletak kan seorang calun yang ada masalah. Perkara ini memang dibuat secara kebetulan.

Perbuatan ini se mata2 untuk menutup malu bahawa UMNO sudah tidak di terima oleh rakyat.

Calun yang akan kalah dan pasti kalah ini akan dijadikan alasan - "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

Perbuatan bodoh dari UMNO ini akan menambahkan keburukan parti itu sendiri. Adalah lebih baik dan mulia jika UMNO tarikdiri dan undur secara terhormat dari bertanding. Ini akan selamatkan wang dan masa rakyat.

UMNO sudah jadi terlalu kotor, UMNO sudah tidak ada harapan untuk hidup sampai PRU13 nanti. Pemimpin2 UMNO yang 'korupt' masih lagi ramai yang menerajui UMNO. Selagi masih ada ramai pemimpin UMNO yang 'korupt' ini, UMNO akan mendapat tentangan dari rakyat.

Adalah lebih baik parti itu di bubarkan sahaja, dan masuk Pakatan Rakyat. Ibarat mati dan dilahirkan semula. Gugurkan semua pemimpin2 yang 'korupt' kekalkan yang bersih dan recruit pemimpin2 muda yang bersih, berakhlak dan berpendidikan.

Pakatan Rakyat pasti berkuasa selepas PRU13.