Kita sepatutnya telah berjaya merampas kerusi N5 DUN Tenang. Malang nya kita telah ditimpa beberapa fakta kesilapan. Sepatutnya kita berlawan dengan BN dengan menaikan bendera satu lambang parti sahaja.
Semasa PRK DUN Tenang, BN cuma mengunakan satu lambang parti sahaja, iaitu lambang dacing buruk nya. Strategi mereka ini nampak nya berjaya. Sepatutnya Pakatan Rakyat juga berusaha mengunakan satu lambang parti sahaja dalam mana2 PRU atau PRK. Sedikit sebanyak ianya akan menampak kan ke bersatuan parti kita iaitu DAP, PAS dan PKR.
Jika sekiranya cuma lambang PAS sahaja kelihatan ini ada kemungkinan kelirukan penyokong nya dari kaum bukan melayu yang menyokong DAP dan PKR. Lagi pun jika dibiarkan pehak masing2 gunakan lambang sendiri ianya juga memberi gambaran kita tidak ada bersatu.
Ianya mungkin berlainan keadaan jika kita bertanding dikawasan majoriti kaum cina. Jika lambang DAP sahaja digunakan, kaum2 lain seperti penyokong2 PAS dan PKR pasti akan undi DAP juga. Pakatan Rakyat harus mulakan mengunakan satu lambang parti ini di PRK DUN Merlimau.
No comments:
Post a Comment
, ,