April 16, 2009

N12 - PENANTI


Gula-gula BN


Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (Majoriti: 667 undi)


Jika PRK diadakan di N12 Penanti, Pakatan Rakyat tidak akan menghadapi apa2 masalah.
Keadaan di N12 - Penanti tidak boleh disamakan dengan B.Gantang berkenaan isu 'sembah derhaka'. Di P.Pinang tidak timbul isu 'sembah derhaka'. Kalau ada pun cuma sedikit sahaja.

Beza pengundi melayu di Penanti dan B.Gantang tidak banyak berbeza, cuma lebih 9.03% sahaja. Undi bukan melayu sudah tetap ada 26.75%. Untuk menang Pakatan Rakyat cuma perlukan 24.10% undi melayu sahaja. Jika penyokong PAS ada 15% dan PKR 10%(melayu) ini sudah cukup untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

Analisis anggaran: -
Melayu(PAS-20%)------20%
Melayu(PKR-10%)------10%
Bukan Melayu-----------25%

Dengan ini Pakatan Rakyat sudah menjamin dapat - 55% undi.


April 15, 2009

SELAMAT TINGGAL BN



Selama lebih 50 tahun UMNO berkuasa memerintah dengan pertolongan kaum cina dan india. Kini sudah sampai masanya UMNO terpaksa di tolak kerana sikap pemimpni2 UMNO yang tamak gila kuasa dan terlalu rasuah.

Sekarang kami mahukan perubahan. Hanya PAS sahaja yang lebih nampak bersih dan jujur memerintah. Kami akan terus memberi sokongan yang padu terhadap PAS.

April 08, 2009

Dulu sokong UMNO, kini sokong PAS



Hari ini kaum bukan melayu sudah beraleh arah sokongan nya dari UMNO kepada PAS.



UMNO perlu berubah jika mahu rakyat menyokong nya semula.

Malang nya UMNO masih tidak mahu berubah. Rasuah masih di amalkan oleh UMNO. UMNO masih menggunakan kekerasan terhada lawan nya. Kekerasan akan membawa kerosakan pada UMNO. Rakyat mahukan keamanan, keadilan dan sikap bertimbang rasa.

Rakyat sebenarnya tidak membenci kerajaan. Apa yang berlaku sekarang ialah cuma tanda protest rakyat terhadap kerajaan.

April 02, 2009

UMNO Vs PAS


Semangat PAS yang padu --------UMNO semakin mereput

Pada PRU12 yang lepas kerajaan BN/UMNO di kira sudah tumbang di Semenanjung Malaysia. BN/UMNO bernasib baik kerana rakyat di Sabah dan Sarawak masih tidak sedar dan kurang mendapat melihat dunia luar yang sedang berkemajuan.

Di Semenanjung Malaysia, hampir semua kaum cina telah sokong DAP, kaum india pula ada yang sokong DAP, PAS dan PKR. Parti2 ini bergabung - menjadikan sebuah parti yang di namakan Pakatan Rakyat.

Bagi kaum cina dan india, PAS telah mengantikan kepada UMNO. PAS telah membuktikan ketelusan dan keadilan nya semasa memerintah di Perak. Tidak ada pemimpin PAS yang terlibat dengan perkara buruk.

Parti Pakatan Rakyat akan mengantikan Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Ini kerana sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sudah mula mengembang.

Tetapi makin sehari rakyat diSabah dan Sarawak sudah mula pandai dan faham tentang politik yang telah memberi penerangan dari Pakatan Rakyat di sana. Jika mereka sudah sedar dan bijak berpolitik, maka sokongan mereka tetap pada Pakatan Rakyat.

MELAYU, CINA, INDIA DAN PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK BERSATU MEMBENTUK KERAJAAN BARU.