Showing posts with label BN/UMNO pasti tumbang. Show all posts
Showing posts with label BN/UMNO pasti tumbang. Show all posts

May 04, 2010

UMNO semakin pudar - hilang sokongan kaum bukan melayu.

PRU13 semakin hampir menjelang, BN/UMNO semakin bertambah parah. Langsung tidak ada tanda2 BN/UMNO akan pulih kembali kuat seperti sebelum PRU12 yang lepas. Sebenarnya kemenangan BN di P94 HS sangat mengecewakan pemimpin2 BN.

Sudah nampak jelas terserlah bahawa kaum cina sudah berpatah arang dan berkerat rotan terhadap BN/UMNO. Sokongan dari kaum india pula se mata2 kerana calun nya berbangsa india, jika sekiranya BN meletak kan calun melayu sudah pasti BN akan tumbang di P94 HS.

BN/UMNO telah berada diambang keruntuhan nya, tetapi pemimpin2 nya cuba memperlihatkan bahawa mereka masih lagi nampak kuat dan mendapat sokongan dari rakyat. Mereka terpaksa berbelanja beratusan juta RM dalam mengambil hati rakyat di P94 HS. Namun hasilnya mereka cuma mendapat kelebihan undi kurang dari 2000, berbanding satu ketika dahulu mereka pernah meraih lebih dari 14,000 majoriti nya.

10 PRK telah berlalu, BN cuma menang 3 PRK sahaja. Sekarang BN sedang berhadapan dengan satu lagi dugaan pahit di Sibu, Sarawak. Kali ini BN akan bertemu buku dengan ruas menentang DAP. Kekuatan DAP di kawasan2 majoriti kaum cina tidak boleh disangkal lagi. BN boleh tabur ratusan juta RM di Sibu, akan tetapi sudah pasti akan menerima kekecewaan.

Politik tanah air hari ini sudah berubah. Rakyat memerlukan pemimpin2 yang jujur, bersih dan berjiwa kental dalam perjuangan nya membela nasib rakyat. Kaum bukan melayu sudah bosan dengan sikap dan tengkah laku buruk pemimpin2 BN. Kini sudah nampak jelas dan nyata bahawa pemimpin2 PAS lebih baik dalam segala hal jika dibandingkan dengan pemimpin2 BN terutamanya UMNO.

Pemimpin2 BN/UMNO cuma berminat mencari harta kekayaan dan hidup ber mewah2 dan ber poya2 sahaja. Semua pemimpin2 UMNO ini cuma hidup untuk jadi kaya raya dan menipu rakyat sahaja. Mereka menabur wang ringgit untuk berkuasa, bila sudah berkuasa mereka mula kumpul harta kekayaan.

Rakyat sudah tidak boleh lagi di tipu dan di perbodohkan oleh pemimpin2 UMNO ini buat selama2 nya. Kini sudah timbul kesedaran yang akan membuat perubahan besar untuk mengangkat pemimpin2 yang lebih jujur, bersih dan berjiwa kental seperti pemimpin2 dari PAS dan DAP.

Kerjasama PAS dan DAP pasti akan berjaya merubah keadaan dari kerajaan rasuah kepada kerajaan yang telus dan bebas dari rasuah.

December 15, 2009

Sekali lagi BN kalah teruk - dalam Dewan. dengan majoriti 3 undi sahaja.


BN sudah hampir dapat ditewaskan oleh pejuang2 PR dalam Dewan semasa meluluskan bajet 2010. Semasa undian dijalan kan BN hampir tewas dengan majoriti 3 undi sahaja.

Nala sedikit kecewa kepada MP2 PR yang tidak hadir pada masa itu, jika semua MP PR ada hadir pasti BN menerima 'kemaluan' yang sangat besar. Apa tidaknya, kerana semua MP2 dari BN itu, terutamanya MP dari UMNO semua nya sudah kaya raya, banyak harta wang ringgit berjuta2. Itu sebab mereka ambil tak kesah saja tentang apa yang akan berlaku pada BN.

Nala sangat gembira pula kerana inilah tandanya BN/UMNO akan tumbang pada PRU13 nanti. Apa yang telah berlaku dalam Dewan telah gambarkan kelemahan dan keburuk kan BN/UMNO.

Sekarang MCA, MIC, PPP dan Gerakan sedang dilanda ber bagai2 masalah yang tidak boleh diselesaikan. UMNO juga tidak terkecuwali dalam dilanda masalah, terutamanya dalam sayap Pemuda nya.

Sayap Pemuda UMNO sudah terbahagi kepada dua atau tiga kumpulan. Satu kumpulan sokong Khairy Jamaluddin, satu sokong anak TDM dan satu lagi sokong Khair Toyo. Kumpulan2 ini semua nya sedang bermusuhan antara satu sama lain.

Sebenarnya pergolakan dalam UMNO lebih teruk dan lebih buruk dari parti komponen nya seperti MCA, MIC, PPP dan lain2, cuma dalam hal UMNO ini semua media kerajaan sudah 'boikot' tak boleh siarkan dalam mana2 media.

Sebagai ganti untuk melindungi hal2 buruk BN/UMNO, semua media2 ini hentam parti lawan sahaja. Sekarang setiap hari dan masa, media yang pro kerajaan ini sentiasa mem buruk2 kan Parti Pakatan Rakyat terutama nya PAS dan DAP.

Nasib baik semua rakyat sudah faham dan tahu dengan hal yang sebenarnya. Rakyat sudah bosan dan hilang kepercayaan terhadap BN/UMNO. Pasti Pakatan Rakyat akan berjaya tumbangkan BN pada PRU13 akan datang.

April 02, 2009

UMNO Vs PAS


Semangat PAS yang padu --------UMNO semakin mereput

Pada PRU12 yang lepas kerajaan BN/UMNO di kira sudah tumbang di Semenanjung Malaysia. BN/UMNO bernasib baik kerana rakyat di Sabah dan Sarawak masih tidak sedar dan kurang mendapat melihat dunia luar yang sedang berkemajuan.

Di Semenanjung Malaysia, hampir semua kaum cina telah sokong DAP, kaum india pula ada yang sokong DAP, PAS dan PKR. Parti2 ini bergabung - menjadikan sebuah parti yang di namakan Pakatan Rakyat.

Bagi kaum cina dan india, PAS telah mengantikan kepada UMNO. PAS telah membuktikan ketelusan dan keadilan nya semasa memerintah di Perak. Tidak ada pemimpin PAS yang terlibat dengan perkara buruk.

Parti Pakatan Rakyat akan mengantikan Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Ini kerana sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sudah mula mengembang.

Tetapi makin sehari rakyat diSabah dan Sarawak sudah mula pandai dan faham tentang politik yang telah memberi penerangan dari Pakatan Rakyat di sana. Jika mereka sudah sedar dan bijak berpolitik, maka sokongan mereka tetap pada Pakatan Rakyat.

MELAYU, CINA, INDIA DAN PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK BERSATU MEMBENTUK KERAJAAN BARU.