PRU13 semakin hampir menjelang, BN/UMNO semakin bertambah parah. Langsung tidak ada tanda2 BN/UMNO akan pulih kembali kuat seperti sebelum PRU12 yang lepas. Sebenarnya kemenangan BN di P94 HS sangat mengecewakan pemimpin2 BN.
Sudah nampak jelas terserlah bahawa kaum cina sudah berpatah arang dan berkerat rotan terhadap BN/UMNO. Sokongan dari kaum india pula se mata2 kerana calun nya berbangsa india, jika sekiranya BN meletak kan calun melayu sudah pasti BN akan tumbang di P94 HS.
BN/UMNO telah berada diambang keruntuhan nya, tetapi pemimpin2 nya cuba memperlihatkan bahawa mereka masih lagi nampak kuat dan mendapat sokongan dari rakyat. Mereka terpaksa berbelanja beratusan juta RM dalam mengambil hati rakyat di P94 HS. Namun hasilnya mereka cuma mendapat kelebihan undi kurang dari 2000, berbanding satu ketika dahulu mereka pernah meraih lebih dari 14,000 majoriti nya.
10 PRK telah berlalu, BN cuma menang 3 PRK sahaja. Sekarang BN sedang berhadapan dengan satu lagi dugaan pahit di Sibu, Sarawak. Kali ini BN akan bertemu buku dengan ruas menentang DAP. Kekuatan DAP di kawasan2 majoriti kaum cina tidak boleh disangkal lagi. BN boleh tabur ratusan juta RM di Sibu, akan tetapi sudah pasti akan menerima kekecewaan.
Politik tanah air hari ini sudah berubah. Rakyat memerlukan pemimpin2 yang jujur, bersih dan berjiwa kental dalam perjuangan nya membela nasib rakyat. Kaum bukan melayu sudah bosan dengan sikap dan tengkah laku buruk pemimpin2 BN. Kini sudah nampak jelas dan nyata bahawa pemimpin2 PAS lebih baik dalam segala hal jika dibandingkan dengan pemimpin2 BN terutamanya UMNO.
Pemimpin2 BN/UMNO cuma berminat mencari harta kekayaan dan hidup ber mewah2 dan ber poya2 sahaja. Semua pemimpin2 UMNO ini cuma hidup untuk jadi kaya raya dan menipu rakyat sahaja. Mereka menabur wang ringgit untuk berkuasa, bila sudah berkuasa mereka mula kumpul harta kekayaan.
Rakyat sudah tidak boleh lagi di tipu dan di perbodohkan oleh pemimpin2 UMNO ini buat selama2 nya. Kini sudah timbul kesedaran yang akan membuat perubahan besar untuk mengangkat pemimpin2 yang lebih jujur, bersih dan berjiwa kental seperti pemimpin2 dari PAS dan DAP.
Kerjasama PAS dan DAP pasti akan berjaya merubah keadaan dari kerajaan rasuah kepada kerajaan yang telus dan bebas dari rasuah.
No comments:
Post a Comment
, ,