BN akan sekali lagi berhempas pulas untuk mempertahankan P212 Sibu. Jika trend pengundi kaum cina di P94 HS berjangkit ke P212 Sibu, BN pasti akan ditimpa kemalangan teruk.
Sebenarnya selepas PRU12 kaum cina sudah pun mengubah haluan nya kepada DAP. Kaum cina sudah anggap BN dikuasai sepenuhnya oleh UMNO. Kaum cina juga sudah anggap UMNO terlalu perkauman. UMNO bertambah parah dengan ujudnya PERKASA.
P94 HS sebenarnya tumbang jika BN tidak letak kan kaum india sebagai calun nya. Kemenangan BN ini kerana sokongan kaum india yang menyokong calun dari bangsanya. Perkara ini sudah jelas bahawa konsep 1 Malaysia masih lagi belum diterima rakyat.
Sekarang kaum cina sudah ada satu tujuan khasnya, iaitu DAP perlu di 'perkasakan'. Jika DAP sudah perkasa maka dengan mudah mereka boleh bersuara lebih berani dan lantang. DAP sudah mula mendapat tempat dihati kaum bukan melayu di Sabah dan Sarawak.
BN terselamat pada PRU12 yang lepas kerana adanya Sabah dan Sarawak. Sekarang BN sudah tidak lagi boleh haraf kan kepada Sabah dan Sarawak lagi untuk menghadapi Pru13 akan datang. P212 Sibu akan bukti kan bahawa BN akan tumbang pada PRU13.
No comments:
Post a Comment
, ,