May 18, 2010

Bloggers pencacai UMNO sudah kehabisan modal - membangkitkan cerita lapok '13 Mei 1969'

Jelas dan nyata pencacai2 bloggers UMNO sudah kehabisan modal. Kini mereka sedang sebuk pula membangkitkan memori lapok '13 Mei'. Apakah tujuan sebenar peristiwa '13 Mei' ini perlu di sebut2 semula selepas lebih 40 tahun ianya sudah berlalu?

Masyarakat majmok Malaysia hari ini sudah tidak boleh disamakan lagi dengan masyarakat 40 tahun dahulu. Hari ini masyarakat kita sudah berfikiran matang dan maju, cara dan pemikiran 'berkelahi' untuk menentukan sesuatu sudah tidak ujud lagi dalam cara hidup masyarakat hari ini.

Kita boleh menuntut atau menentukan sesuatu hal yang berkaitan dengan sistem pemerintah atau negara cuma dengan proses undi (Pilihan Raya) sahaja untuk menetukan nya, bukan dengan kekerasan atau pergaduhan seperti 13 Mei 1969. Kita masing2 sudah ada kuasa kita untuk menetukan masa hadapan melalui Pilihan Raya.

13 Mei 1969 tidak akan mungkin berulang lagi, dihari ini tidak ada lagi ujud manusia yang mempunyai menteliti daya cara berfikir seperti 40 tahun dahulu. Oleh itu jangan lah cuba menakut2 kan kami dengan perkataan keramat '13 Mei' yang sudah lapok itu.

Adalah lebih baik bagi bloggers pencacai2 UMNO ini mencari jalan yang lebih baik dan berkesan untuk menawan kembali hati kaum bukan melayu terutamanya cina untuk sokong kembali BN/UMNO. Cara mengugut atau menakut2 kan itu adalah cara lama yang kuno tidak boleh di pakai lagi.

Bersedialah untuk menghadapi masa hadapan yang gelap jika pencacai2 bloggers UMNO ini gagal menawan hati kaum bukan melayu sebelum PRU13 tiba.

1 comment:

  1. nalapambu - 13 Mei 1969 hari memperingati titik hitam di malaysia ini bukan cerita lapok hanya memperingati kerana akhir2 ini kaum lain banyak mempermain2kan isu sensitif ... dan andaikata parti pas dapat majoriti memerintah malaysia ni bagai nampak muklisin lah di buat nya sedangkan negeri kelantan dah hampir lebih 20tahun memerintah jauh masih mundur dan tak terurus dari segi ekonomi mahupun prasana .... alibaba dan 40 pemyamun tarbus

    ReplyDelete

, ,