June 25, 2010

Kerajaan BN sudah benar2 terdesak - komek kartun pun sudah jadi sasaran.

Buku komek kartun pun sudah jadi ancaman terhadap negara. Adakah pehak berkuasa masih lagi beranggapan bahawa rakyat hari ini berfikiran kuno macam 100 tahun dahulu?

Dengan mengharamkan buku kartun ini tanggapan rakyat terhadap pemerintah akan bertambah buruk. Boleh dikatakan bahawa rakyat hari ini hampir semuanya berpelajaran dan boleh berfikir dengan waras dan boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik.

Sebalik nya pehak yang berkenaan menerbitkan buku ini lah yang mendapat untung. Buku ini akan bertambah laris di jual dalam pasaran gelap.  Orang yang tidak pernah tahu buku ini ujud sekarang sudah tahu. Pasti mereka terlalu ingin memiliki nya.

Sebenarnya buku kartun ini tidak banyak yang boleh melemahkan kerajaan BN yang sudah sememang nya lemah. Sebab utama kelemahan BN ialah di sebabkan sudah hilang sokongan dari kaum bukan melayu terhadap UMNO.

Pada pandangan kaca mata bukan melayu, UMNO sudah tidak boleh lagi dipercayai untuk menerajui pemerintahan negara. Sebab2 nya UMNO sendiri sudah sedia maklum mengetahui nya.

UMNO perlu berubah, malangnya bukan nya perkara yang senang untuk berubah. UMNO cuma boleh di ubah, makna nya digantikan dengan yang lain iaitu PAS. Kini kaum bukan melayu lebih percaya kan PAS untuk menerajui pemerintahan negara. Itu sebab bukan melayu sudah sebulat suara akan menyokong PAS.

Hari ini BN sangat phobia terhadap PRU atau PKR. Tetapi PRU 13 tidak boleh di elak kan, BN pasti akan menerima padah nya.

4 comments:

  1. Pelukis kartun hina lagi tiada maruah seperti itu sesuai di tendang ke kandang buaya sahaja.

    ReplyDelete
  2. Siapa yg hina..anda bukn hakim nk kt org hina..kalau zunr buat kartun lucah, fitnh & hasutn..sila tgkp dan bw ke mhkmh..ini tidak, bedal je main rmps..macam yahudi..

    mhn link, shbt

    ReplyDelete
  3. terdesak? hahahaha..... apa punya PR takat kartun pun kata BN takut. Kecoh gelabah la korang!! Kerajaan saja sekat mamat kartun tu supaya tak cari sumber dengan fitnah untuk digunakan dalam kempen Islam PAS.

    ReplyDelete

, ,