Apabila terlihat pada siaran berita TV, Nala berasa sangat teruja kerana ada pehak yang sudi menyediakan tempat khas untuk mengumpulkan 'anak2 haram' yang sedang berleluasa di bunuh dan dibuangkan di merata2 tempat.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkenal di dunia telah gagal membentuk rakyatnya sebagai manusia yang bermoral baik. Sebagai sebuah negara Islam sepatutnya perkara ini tidak lah berlaku dengan sewenang2 nya ikut sesuka hati anak2 muda sahaja.
Mengapakah anak2 muda kita gagal dididik menjadi manusia yang bermoral baik? Keruntuhan moral anak2 muda kita semakin men jadi2 terutamanya kaum melayu. Mengikut bancian yang telah disahkan, kaum melayu berada di tahap paling atas sekali dalam bilangan nya.
Ianya melibatkan semua perkara2 buruk seperti pengambilan dadah, merempit, meragut dan macam2 lagi termasuk pembuangan 'bayi haram'. Di sekolah2 bermula dari peringkat tadika hingga ke pengajian tinggi mereka di ajar pendidikan Agama Islam bagi kaum yang beragama Islam. Bagi yang bukan Islam mereka diajar pula Pendidikan Moral.
Nampaknya Pendidikan Agama Islam yang diajar kepada murid Islam ini kurang memberi kesan. Adakah murid Islam ini patut juga di ajar Pendidikan Moral seperti murid2 yang bukan Islam?
Kerana kegagalan pehak yang berkenaan maka terpaksalah disediakan tempat khas untuk 'membuang' bayi2 yang dibuat secara 'haram'. Dengan secara tidak langsung dengan ada nya tempat pembuangan ini maka bertambah mudah lah bagi mereka melaku kan perkara2 haram tanpa takut menanggung kesusahan.
Apa nak takut, boleh buat sesuka hati pada bila2 masa sahaja. Kalau dah bunting dan beranak hantarkan saja kedalam kotak yang telah disediakan itu.
"SELAMAT MEMBUAT LEBIH BANYAK LAGI 'BAYI HARAM!".
No comments:
Post a Comment
, ,