PAS tidak bimbang dalam menghadapi PRK DUN Galas. Penduduk di Galas sudah sangat berfikiran matang dalam hal memilih wakil nya untuk membela rakyat. Track record YB PAS yang telah lalu sangat baik dan di sukai oleh penduduk di Galas.
Seperkara lagi ialah kerana rakyat di Kelantan khas nya di DUN Galas sudah sebati dengan PAS, Ini berlaku kerana pemimpin2 dari PAS adalah lebih bersih dari pemimpin UMNO. Rakyat Kelantan tahu membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.
Harapan PAS untuk kekalkan kerusi DUN Galas amat cerah, Ini juga dilihat dengan berdasarkan pecahan mengikut kaum. Melayu 62.3%, cina/india 26.5% dan lain2 11.2%. Yang sangat pasti PAS akan meraih 20% dari 26.5% undi dari kaum cina dan india. PAS cuma perlukan 35% sahaja undi dari kaum melayu dan 3% untuk tambahan dari kaum lain2.
Perkara ini tidaklah mustahil bagi PAS. Kedatang nya mantan PM TDM ke Kelantan untuk bersama PERKASA telah banyak melemahkan sokongan kaum cina dan india terhadap UMNO. Kaum cina dan india sudah anggap PERKASA yang di sokong oleh UMNO itu perkauman. Walau pun pemimpin2 telah nafikan nya ianya tidak banyak memberi kesan.
Diharaf penyokong2 PAS berkerja keras dan berhati2 dalam kempen nya nanti. Jangan timbulkan apa2 masalah. Yang pasti kita akan mengekalkan kerusi DUN Galas dan seterus nya menyemarakan kan lagi perjuangan PR.
Jangan terlalu yakin bro...
ReplyDelete