PRU 13 semakin hampir tiba, bloggers pro BN terus menerang sambil mempertahankan pemimpin2 mereka dari serangan kita. Malang nya mereka lebih nampak terserlah kejayaan nya. Mereka lebih nampak lebih berjaya dan berkesan dalam kempen2 untuk memajukan parti dan pemimpin2 mereka.
Saya tidak kata mereka itu sangat baik tetapi mereka lebih berjaya daripada kita. Kejayaan mereka ini di sebabkan mereka bersatu - mereka ada ketua pemimpin bloggers nya, setiap bloggers yang pro BN mereka telah masuk kan kedalam semua link. Ini bermakna ianya memudahkan semua untuk memasuki semua bloggers yang pro BN. Bahkan mereka juga sanggup memasuk kan link dari bloggers yang menentang mereka.
Hal sedemikian tidak pernah ujud dalam alam maya bloggers yang pro Pakatan Rakyat. Bloggers PR yang sudah maju dan banyak bilangan hit sabgat berlagak sombong, mereka tidak mahu masuk kan link bloggers yang baru atau yang tidak terkenal. Ini berlaku pada diri saya. saya pernah minta sedekah pada bloggers seperti Idham Lim (Cina Islam) atau banyak lagi yang lain. Permintaan saya tidak dilayan.
Cuma satu blog sahaja yang sangat bermurah hati yang mahu masuk kan blog saya dalam link nya - iaitu blog Al Banjari, saya sangat berterima kasih kepada Tn punya blog iaitu Wak Raden.
No comments:
Post a Comment
, ,