Satu lagi jerat dipasang oleh kerajaan BN untuk memerangkap rakyat yang pendek akal. Sebenarnya program ini belum pun dimulakan. Telapi semua media-E dan cetak kerajaan sudah hamburkan berita2 panas berkenaan kejayaan program ini. Malam tadi semua media-E kerajaan sudah siarkan temu-ramah rakyat miskin berkenaan program ini, semua yang ditemu-ramah memuji dan sanjung tinggi tindakan kerajaan ini - sedangkan ianya BELUM lagi dilaksana kan.
Kerajaan BN TIDAK beri panduan atau syarat2 bagaimana dan siapa yang patut terima bantuan ini dengan jelas. Tafsiran 'rakyat miskin' yang disebutkan itu sangat kabur.
Keluarga A
Sebagai contoh, pendapatan Nala lebih kurang RM1500 sebulan setelah berhempas pulas bekerja siang malam. Tanggungan se isi rumah seramai 13 orang termasuk ibubapa(2), nenek(1), ipar dan adik(yang belum kahwin)(3), anak2(5) dan saya suami-isteri(2) - jumlah 13 orang.
Penggunaan beras sebanyak 50kg x RM2.60 = RM130.00 sebulan.
Keluarga B
Sebagai contoh, pendapatan Abu lebih kurang RM 500 sebulan, Tanggungan 5 orang, comsume beras nya 15kg x RM2.60 = RM39.00.Dalam memberi pertimbangan bagi perkara di atas, siapa kah lebih layak atau pun kedua2 nya layak menerima bantuan beras kerajaan ini?
Seperkara lagi masalah yang belum tentu boleh diatasi ialah berkenaan dengan tempat atau pusat agihan beras ini. Jika seseorang itu tinggal jauh di pendalaman 50km atau lebih, bagai mana belanja kos untuk ambil beras itu? Memang ada banyak lagi masaalah yang akan timbul dalam melaksanaan perkara ini.
Sebenarnya satu perkara yang kerajaan patut buat ialah dengan melaksana penjualan dua gred beras sahaja. Iaitu 5% dan 15% dengan harga yang berbeza. 5% - RM2.50 se Kg. 15% - RM1.50 se Kg. Ini akan lebih memudahkan rakyat untuk memilih apa jenis beras dan mengikut kemampuan perbelanjaan nya.
Sekarang bersa 15% memang ada di syorkan di jual dipasaran. Tetapi malangnya terlalu sedikit - sangat sukar didapati.
Adalah lebih baik bagi kerajaan menguat kuasakan supaya beras 15% ini sentiasa berada dipasaran dan mudah dibeli. Inilah satu2 jalan nya yang terbaik jika kerajaan betul2 mahu menolong rakyat.