October 15, 2009

Bantuan beras untuk rakyat miskin?



Satu lagi jerat dipasang oleh kerajaan BN untuk memerangkap rakyat yang pendek akal. Sebenarnya program ini belum pun dimulakan. Telapi semua media-E dan cetak kerajaan sudah hamburkan berita2 panas berkenaan kejayaan program ini. Malam tadi semua media-E kerajaan sudah siarkan temu-ramah rakyat miskin berkenaan program ini, semua yang ditemu-ramah memuji dan sanjung tinggi tindakan kerajaan ini - sedangkan ianya BELUM lagi dilaksana kan.

Kerajaan BN TIDAK beri panduan atau syarat2 bagaimana dan siapa yang patut terima bantuan ini dengan jelas. Tafsiran 'rakyat miskin' yang disebutkan itu sangat kabur.

Keluarga A
Sebagai contoh, pendapatan Nala lebih kurang RM1500 sebulan setelah berhempas pulas bekerja siang malam. Tanggungan se isi rumah seramai 13 orang termasuk ibubapa(2), nenek(1), ipar dan adik(yang belum kahwin)(3), anak2(5) dan saya suami-isteri(2) - jumlah 13 orang.
Penggunaan beras sebanyak 50kg x RM2.60 = RM130.00 sebulan.

Keluarga B
Sebagai contoh, pendapatan Abu lebih kurang RM 500 sebulan, Tanggungan 5 orang, comsume beras nya 15kg x RM2.60 = RM39.00.

Dalam memberi pertimbangan bagi perkara di atas, siapa kah lebih layak atau pun kedua2 nya layak menerima bantuan beras kerajaan ini?

Seperkara lagi masalah yang belum tentu boleh diatasi ialah berkenaan dengan tempat atau pusat agihan beras ini. Jika seseorang itu tinggal jauh di pendalaman  50km atau lebih, bagai mana belanja kos untuk ambil beras itu? Memang ada banyak lagi masaalah  yang akan timbul dalam melaksanaan perkara ini.

Sebenarnya satu perkara yang kerajaan patut buat ialah dengan melaksana penjualan dua gred beras sahaja. Iaitu 5% dan 15% dengan harga yang berbeza. 5% - RM2.50 se Kg. 15% - RM1.50 se Kg. Ini akan lebih memudahkan rakyat untuk memilih apa jenis beras dan mengikut kemampuan perbelanjaan nya.


Sekarang bersa 15% memang ada di syorkan di jual dipasaran. Tetapi malangnya terlalu sedikit - sangat sukar didapati.


Adalah lebih baik bagi kerajaan menguat kuasakan supaya beras 15% ini sentiasa berada dipasaran dan mudah dibeli. Inilah satu2 jalan nya yang terbaik jika kerajaan betul2 mahu menolong rakyat.

3 comments:

  1. Salam, kita jangan terlalu cepat berprasngka buruk dengan setiap kali kerajan kebajikan kepada rakyat.

    Bukankah garis panduan 'beras percuma' telah ada disiarkan, itulah asyik baca harakah, tak mahu membuka minda sendiri.

    Walau pun mungkin tidak adil bagi yang berkeluarga besar dengan yang kecil, sekurang-kurangnya mereka dapat meringankan beban, kalau dulu mereka terpaksa membeli beras 50 kg sebulan dengan harga rm100, kini dapat dikurangkan kepada rm70.

    Tetapi orang macam kamu ini, tak sedar, gula, minyak, tepung juga sudah disubsidi. Kalau semua itu tidak disubsidi, gula sahaja mencapai rm4.00 sekg.

    Belajar-belajarlah jadi orang bersyukur dan berterimakasih, itu pun kalau kamu seorang muslim.....

    ReplyDelete
  2. dasar penswastaan kerajaan BN la penyebab makanan dan keperluan asas yg lain jadi mahal...bila org dah sedar mahal...kerajaan bg pula subsidi,supaya nampak kerajaan prihatin...dasar monopoli barat zionis tu...

    Org ade akal shj blh fikir...Kenapa hanya ade dua pengimport gula kt malaysia?kenapa bernas blh rugi?

    Lain la Malaysia ni geografi gersang mcm UAE,blh la jual mknan mahal,semua org tau,padi dgn tebu xidup kt sana...Tp,UAE jual myk murah...Semua org tau harga kurma kt sana lebih murah dari yg dijual kt M'sia...

    Yg kita ni???? Blm kira lg PBT benarkn hypermarket besor bersepah2 kt tempat populasi kecik..Ape jadi kt kedai runcit pak abu,Apek tua,dan Aci pemilik kedai runcit????

    -saddamalaya-

    ReplyDelete
  3. hahahah! adoi .. YG buat lawak plak.. tu la .. asek bace haprakkah.. :p

    kira ok la tu dia bagi beras percuma.. saya ingat, kalau awak yang disuruh jadi petani then bagi beras percuma, mesti awak tak nak.. fikirlah .. jgn asek nak salahkan kerajaan jer.

    ReplyDelete

, ,