UMNO tidak mungkin boleh melepaskan diri nya 'politik wang'. Setiap jawatan dalam UNMO itu ibarat 'lobok emas'. Semua ahli UMNO bermula dari 'pencacai' nya hingga ke peringkat yang ter tinggi sentiasa me rebut2 jawatan nya. Dalam merebut jawatan ini 'politik wang' tidak boleh di elak. "Melabur untuk mendapat pelaburan'.
Jika ada pemimpin yang takut atau kedekut untuk 'melabur' maka sudah pasti terkeluar dari mendapat peluang sebarang jawatan. Kerana jawatan dalam parti sangat penting untuk membuat 'pelaburan'. Semasa pemilihan PAU yang lepas ramai pemimpin2 yang 'baik dan jujur' kedekut atau takut melabur telah kalah. Semua yang 'melabur' menang bergaya.
Pelaburan dalam UMNO sangat besar dan sangat menguntungkan. Selama ini jika kita perhatikan, ahli yang berjawatan 'pencacai' pun boleh mendapat 'pelaburan'. Setiap ketua dan AJK cawangan dan bahagian pegang satu dua penggal jawatan pun boleh hidup mewah dengan megah.
'Politik wang' dalam UMNO sama seperti orang yang mengidap kanser atau aids. Penawar nya maut. Sekarang hampir semua yang ada berjawatan dalam UMNO ini sudah di jangkiti oleh penyakit 'kanser' ini. Ianya tidak mudah untuk dihapuskan
Tiada jalan lain untuk membersihkan UMNO selain dari singkirkan semua pemimpin2 yang berpenyakit ini. UMNO tidak akan dipandang bersih dan boleh diterima oleh semua gulungan rakyat selagi masih ramai pemimpin yang berpenyakit 'kanser' ini berada menerajui UMNO.
Sebenar nya apa yang UMNO sedang laku kan ini cuma satu iklan untuk menarik perhatian rakyat. Bagi yang tajam fikiran dan boleh menilai ian nya tidak akan memberi apa2 makna langsung.
salam ziarah
ReplyDelete