BN/UMNO semakin tertekan, tahun 2010 sudah dimulakan dengan timbulnya satu isu yang sangat besar. Iaitu berkenaan isu agama pula. Isu yang telah terbangkit ini menyebabkan BN/UMNO dalam berkeadaan serba salah, hendak ditelan mati emak jika hendah di luah akan pula menyebabkan mati bapa.
Sebenar nya isu agama ini lah yang akan menyebabkan BN/UMNO tertumbang dengan sendirinya. Bukan mudah bagi BN/UMNO mencari jalan untuk selesaikan perkara ini, kerana ianya telah ada kaitan dengan keputusan mahkamah.
Dua perkara besar akan tercetus diakhir penyelesaian isu ini. Pertama, jika perintah mahkamah dapat ditarik balik dan di batalkan, pehak 'A' akan terkilan. Jika pula keputusan mahkamah ini dapat dikekalkan, pehak 'B' pulah akan terkilan.
Masalah nya BN/UMNO kena puaskan hati ke dua2 belah pehak. Adakah perkara ini boleh dilaku kan oleh BN/UMNO?
Jika ditinjau dari segi pehak yang mana lebih mendapat keuntungan dari pada isu ini, sudah pasti ianya akan memehak kepada PR. Sekarang PR sudah di ibaratkan 'johan menanti' sahaja. Jika BN/UMNO silap langkah, pasti tersungkur.
Jika dilihat dari segi percaturan nya, BN/UMNO sudah terperangkap - "checkmate".
No comments:
Post a Comment
, ,