Ada juga menteri yang kurang faham atau 'buat2 tidak faham' tentang 'kenaik kan harga berantai'. Sebenarnya setiap kali dinaik kan apa2 juga barang, perkhidmatan atau apa juga pun pasti akan menyebabkan kenaikan kepada yang lain2 juga.
Contoh nya, apabila dinaik kan harga gula 20sen satu kg, ianya mungkin nampak sedikit sahaja. Tetapi bagi peniaga gerai makanan/minuman ianya jadi banyak. Ini kerana ia dikira begini, satu hari guna 10 atau 20 kg, pertambahan 2 atau 4 RM satu hari, jika dikira satu bulan sudah jadi lebih kurang 5 atau 6 puluh ringgit.
Sekarang kita sedang menghadapi berbagai kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan. Sebagai contoh, beras standard pun sudah jadi 25rm bagi 10kg, ikan kembung pun 9 - 12rm 1kg, lain2 benda tak payah lah cerita disini kerana anda semua sudah sedia maklum tahu.
Selain dari itu peniaga juga ada keluarga yang mahu ditanggung, oleh kerana kenaik kan harga berantai, semua barang sudah naik, gaji kuli2 pun mahu naik juga. Maka itulah sebabnya terpaksa kena naikan harga kopi O atau teh O sebanyak 10 sen jika gula naik 20 sen bagi satu kg.
YB Menteri jangan terkejut dengan kenaikan harga kopi O atau teh O sahaja, sepatutnya YB kena terkejut juga dengan kenaikan harga barang yang lain, terutamanya barang makanan.
Jangan hanya pandai nasihat dengan perkataan "cari ditempat lain, BOIKOT atau jangan makan/minum langsung". Itu tak payah perlu beri tahu, kami bukan budak kecil yang tidak tahu berbelanja.
No comments:
Post a Comment
, ,