January 24, 2011

Semuanya Kerana Kekuatan "PAKATAN RAKYAT"

Kini tidak boleh dinafikan lagi kekuatan PR dalam arena politik tanah air. Semasa keagungan BN satu ketika dulu, suara2 rakyat yang memerlukan bantuan hampir tidak boleh bersuara lagi. Kaum2 yang berlindung di bawah panji2 MCA, Gerakan dan MIC tiada boleh menyuarakan apa2 pendapat yang mereka fikirkan bertentangan. BN angkuh kerana parti2 pembangkang lemah.

Selepas PRU-12 yang lalu BN tersedar bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu. Kerajaan BN hampir tumbang, cuma ianya telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak sahaja. Makin hari kesehari kini rakyat Sabah dan Sarawak juga sudah mula tersedar dan semakin bijak membuat pernilaian.

Hakikat ini telah disedari oleh BN, segala daya usaha sedang mereka lakukan untuk kembalikan sokongan nya. Apa yang kami minta pasti diberikan, apa yang kami tidak suka pasti mereka turuti, pendek kata kita sudah jadi 'anak emas'.

Dengan ini kita harus perkuatkan lagi kedudukan Parti Pakatan Rakyat. Kekuatan Pakatan Rakyat ini lah yang menyebabkan kerajaan BN terpaksa berkendur dan tunduk melutut. Jika BN kembali kuat seperti dahulu kita akan tertindas semula. Maka dengan mengekal kan kekuatan Pakatan Rakyat sahaja lah kita akan boleh terus dipandang dan diberi perhatian yang sepenuh nya oleh BN.

3 comments:

  1. melayu x leh bangkit sbb ada orang macam anda..

    sy sbgai pelajar pn gak malu apabila tengok gelagat seorang guru yg singkat otak..

    ReplyDelete
  2. UMNO pasti mati tanpa sokongan kaum bukan melayu, kerana melayu sudah berpecah belah.

    Mampukah UMNO menyatukan melayu?

    ReplyDelete

, ,