October 21, 2010

Khairy Garis 10 Ciri Yang Merosakkan Pemuda Umno
 


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggariskan sepuluh ciri yang perlu dikikis oleh ahli-ahlinya sebelum 'penyakit' berkenaan yang semakin serius merosakkan mereka.
Beliau menegaskan, Pemuda Umno di semua peringkat termasuk kepimpinan tertinggi perlu memperbetulkan budaya berkenaan yang sudah lama wujud dalam pergerakan itu.
"Ia serius kalau semua ciri-ciri itu ada serentak dalam diri seseorang ahli Pemuda, ia akan memberi kesan kepada sikap ahli, saya sedar tentang perkara ini... apa yang perlu saya tegaskan ialah kita mahu perbetulkan keadaan ini," katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda Umno di sini, Rabu.
Terdahulu dalam ucapan penggulungannya, Khairy menggariskan sepuluh perkara yang perlu dikikis mereka termasuk antaranya sikap elitis, egois, budaya syok sendiri dan talam dua muka.
Bagaimanapun beliau yakin 'penyakit' berkenaan dapat dihapuskan melalui kepimpinan yang ditunjukkan di semua peringkat.
"Saya fikir perkara itu dapat kita kikis melalui kepimpinan dan teladan, sekiranya ketua-ketua Pemuda bahagian termasuk saya sendiri dapat melakukannya dengan ikhlas dan jujur, saya rasa perkara ini dapat dielakkan.
"Cuma saya perlu ingatkan berulang kali dan saya kena ingatkan mereka bahawa sekiranya ditunding jari kepada pemimpin... kita juga kena ingatkan kepada mereka bahawa sifat itu bukan hanya kepimpin tapi juga ahli-ahli biasa," katanya.
10 ciri negatif Pemuda yang perlu dikikis:
1. Elitis dan egois.
2. Suka melihat orang lain dihentam.
3. Syok sendiri.
4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.
5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.
6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.
7. Baling batu sembunyi tangan.
8. Budaya 'yes man' / 'yes bos'
9. Talam dua muka
10. Oportunis.

UMNO memang parah


Itu cuma baru cerita bab Pemuda UMNO. UMNO tua, UMNO wanita dan UMNO puteri pun juga parah macam pemuda UMNO. 

Sebenarnya UMNO sudah terlau sakit, cuma tunggu masa sahaja akan menghembuskan nafas terakhir nya iaitu pada PRU-13 akan datang.

No comments:

Post a Comment

, ,