March 04, 2011

Harapan untuk PAS menawan Merlimau dan Kerdau amat cerah

Cuma tinggal dua hari sahaja lagi bagi penentuan kajatuhan DUN Merlimau dan Kerdau ketangan PAS. Pada mata kasar memang sukar untuk PAS menawan DUN Merlimau dan Kerdau. Kita sedang berhadapan dengan musuh yang mempunyai segala kelengkapan.

Setiap kali di adakan PRK, UMNO akan menggunakan segala kelengkapan dan kemudahan dari kerajaan. Pada ketika itu juga UMNO menaburkan ratusan juta RM kepada kawasan yang mengadakan PRK. Ini juga sebenarnya boleh dianggap sebagai rasuah juga.

Sedangkan di pehak pembangkang  kita cuma ada lidah dengan gigi sahaja. Kempen kita juga kurang mendapat liputan yang meluas. Bagi pehak UMNO mereka boleh mengunakan semua jenis media yang ada seperti RTM, TV2, TV3 dan lain2 media elektronik yang ada. Akhbar2 media cetak juga sudah mereka kawal dan monopoli sepenuhnya.

Walaupun begini kita boleh juga memberikan tentangan yang kuat dan boleh menggugat kedudukan mereka. Mereka sebenarnya sedang berada dalam kebimbangan pada kekuatan sokongan terhadap parti Pakatan Rakyat yang semakin bertambah kuat.

Setelah beberapa PRK berlalu, BN masih lagi nampak berkedudukan di tahap lama. Sokongan dari kaum bukan melayu masih berkurangan. Sebalik nya sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin kukuh.

1 comment:

  1. SALAM, KEDIAN YEOP DAH RUYUP DI MERLIMAU DAN KERDAU, ELOK LAH BUNGKUS BEG BERHENTI JADI GURU KERAJAAN, DUIT HARAM YEOP.

    ReplyDelete

, ,