Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

March 08, 2010

BN/UMNO semakin parah


Kedudukan BN/UMNO sebenarnya lebih menggerunkan dari kududukan PR. Dalam PR cuma ada berlaku sedikit krisis dalam pucuk pimpinan parti yang melibatkan ADUN dan MP nya sahaja. Sokongan rakyat terhadap PR sedikit pun tidak terjejas, malahan ianya semakin bertambah kuat.

Tetapi dalam BN/UMNO telah berlaku pergolakan didalam semua peringkat parti, terutamanya dalam MCA. Sekarang MCA sedang menghadapi satu krisis yang yangat besar. Sebenarnya krisis ini tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Krisis ini telah melibatkan pucuk pimpinan dan semua anggota penyokong parti.

Parti MCA ini sebenarnya boleh di ibaratkan sebuah bahtera tongkang yang sudah kosong. Yang tinggal cuma nakhoda dan sedikit kelasi nya sahaja. Sedangkan semua penumpang dan kargo nya sudah berpindah kedalam bahtera tongkang DAP. Nakhoda dan kelasi2 MCA ini bergaduh pula, sedangkan tongkang nya sedang mahu karam.

UMNO menaruh harapan kepada MCA, sedangkan MCA pula sudah hampir tenggelam. Begitu juga dengan parti2 harapan nya seperti MIC, Gerakan dan PPP, semua parti harapan UMNO ini sudah tinggal nyawa2 ikan sahaja. Sebenarnya hampir semua penyokong nya dari kaum bukan melayu sudah cabut lari menyokong DAP.

UMNO cuba menyorok kan segala berita2 buruk ini dengan mengsensasikan berita2 berkenaan pemimpin2 PR yang melompat parti. Walaupun perkara pemimpin2 PR lompat parti ini perkara benar, ianya sedikit pun tidak merisaukan, kerana yang lompat itu cuma beberapa orang sahaja. Penyokong nya seorang pun tidak ada pernah ikut lompat.

November 24, 2009

Untung nya DAP bila MCA berperang sama sendiri


Dua parti gergasi cina ini sebenarnya disokong oleh kaum cina yang sama. Satu ketika dahulu kaum cina ini menyokong MCA, hanya sebilangan kecil sahaja yang menyokong DAP.


Pada PRU12 yang lepas trend sokongan kaum cina terhadap MCA sudah berubah, hampir semua kaum cina sudah lari dari MCA dan menyokong DAP pula.

Kini berlaku pula krisis besar dalam pucuk pimpinan MCA. Ini akan menambah kan lagi kebencian kaum cina terhadap parti MCA.



Sebenar nya kaum cina tidak hirau atau ambil kesah tentang apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang. Kerana mereka sudah selesa berada dalam DAP.

Apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang boleh di ibaratkan dua orang nahoda kapal berebut kan sebuah kapal yang kosong. 


Kaum cina lebih suka MCA itu mati atau dibubarkan sahaja. Kerana yang masih tinggal menyokong MCA itu cuma pencacai2 dan pemimpin2 nya sahaja. 


Sekarang PM dan timbalan nya sudah keluar untuk selamatkan MCA yang sebenar nya sudah pun mati pada PRU12 yang lepas. PM cuma akan mendapat malu sahaja, kerana pasti akan gagal selamatkan parti yang sudah mati itu.


PRU13 semakin hampir tiba, DAP parti sokongan kaum cina bertambah semakin kuat. Kekuatan DAP ini memberi makna akan kekuatan Pakatan Rakyat.


BN pasti akan tumbang kerana MCA dan MIC sudah di tinggal kan oleh kaum cina dan india.

November 20, 2009

Mampu kah UMNO bertahan tanpa MCA, MIC dan Gerakan?


Presiden UMNO telah mengakui bahawa keruntuhan MCA sudah sampai ketahap nazak. Sebenarnya MCA bukan lagi nazak, ianya sudah lama MATI. MCA sudah mati pada PRU12 yang lepas. Hampir semua kaum cina sudah lari tinggalkan MCA, sekarang mereka telah bersatu menyokong DAP@Pakatan Rakyat.

MIC dan Gerakan juga telah mengalami keadaan yang sama, semua penyokong nya dari kaum cina dan india sudah lari menyokong Pakatan Rakyat. Sekarang parti Gerakan sudah mati begitu juga dengan MIC. Yang tinggal dalam MCA, MIC dan Gerakan cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya sahaja.

Kesihan melihat presiden UMNO mengatakan UMNO sudah pulih dan kuat, sebenarnya perkataan ini cuma untuk senangkan hati pencacai2 nya sahaja. Sebenarnya UMNO masih lagi berada di takuk lama, berbagai krisis masih lagi bergelora dalam UMNO cuma ianya di sembunyikan sahaja. Segulungan besar rakyat masih lagi memandang serong terhadap UMNO.

UMNO masih lagi BELUM bersih dari RASUAH, cuma orang melayu dari Bagan Pinang sahaja yang menerima rasuah sebagai amalan biasa UMNO. Itu sebab UMNO mendapat sokongan di Bagan Pinang. Kalau calun rasuah di Bagan Pinang itu di tempatkan dikawasan Perak atau Selangor pasti ia akan hilang wang pertaruhan nya.

Kini BN sedang berada benar2 diambang keruntuhan nya. Itu sebab setiap hari media2 yang dikawal oleh UMNO sentiasa menyiarkan bertia2 tentang keburukan parti lawan sahaja. Semua keburukan tentang BN di sembunyikan. Malang nya kes seperti MCA ini tidak dapat di sembunyikan lagi, ianya sudah jadi bangkai gajah.

RUNTUH MCA, RUNTUH MIC DAN RUNTUH GERAKAN, MAKA RUNTUH LAH UMNO!

September 14, 2009

Kemenangan Puak S Velu akan memberikan sokongan kaum India terhadap MIC/BN?

President MIC Yang Terunggul

Saranan mantan PM TDM supaya President MIC berundur untuk memberi laluan lepada muka baru adalah tepat dan ikhlas. Sebenar nya MIC tak ubah seperti sebuah bahtera yang cuma di huni oleh nakhoda dan anak2 kapalnya sahaja. Ianya tiada penumpang atau passanger dalam bahtera MIC ini.

Sebenarnya semua pemunpang2 nya sudah lagi keluar tinggalkan kapal MIC dan menjadi penumpang dalam kapal DAP atau PKR. Ini telah terbuktikan pada PRU12 yang lepas. Hampir semua calun 2 MIC dalam kerusi DUN atau parliment tewas.

S Velu mendabik dada kunun nya MIC masih kuat dan di terima oleh kaum India. Jika ianya benar mengapa calun MIC di PRK Bukit Selambau tewas dengan teruk nya. Ini membuktikan bahawa MIC sudah tidak diterima oleh kaum India.

Sebenarnya President MIC itu sendiri telah menyebabkan MIC menjadi tidak popular lagi bagi kaum India. Sudah lebih 60 tahun MIC jadi parti pembela kaum India, tetapi malang nya taraf hidup kaum India masih jauh ketinggalan.

Sekarang kita sudah sedar dan akan menentang habis habisan MIC, mulai dari PRU12 yang lepas hingga kini BN akan menerima nasib malang, akan kalah dalam semua PRK atau PRU 13 yang akan datang nanti.

Kami menyokong Persident MIC ini dikekalkan sehingga kerajaan BN senang ditumbangkan pada PRU13 nanti.

Selamat bertahta President MIC hingga ka akhir hayat BN pada PRU13.