Presiden UMNO telah mengakui bahawa keruntuhan MCA sudah sampai ketahap nazak. Sebenarnya MCA bukan lagi nazak, ianya sudah lama MATI. MCA sudah mati pada PRU12 yang lepas. Hampir semua kaum cina sudah lari tinggalkan MCA, sekarang mereka telah bersatu menyokong DAP@Pakatan Rakyat.
MIC dan Gerakan juga telah mengalami keadaan yang sama, semua penyokong nya dari kaum cina dan india sudah lari menyokong Pakatan Rakyat. Sekarang parti Gerakan sudah mati begitu juga dengan MIC. Yang tinggal dalam MCA, MIC dan Gerakan cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya sahaja.
Kesihan melihat presiden UMNO mengatakan UMNO sudah pulih dan kuat, sebenarnya perkataan ini cuma untuk senangkan hati pencacai2 nya sahaja. Sebenarnya UMNO masih lagi berada di takuk lama, berbagai krisis masih lagi bergelora dalam UMNO cuma ianya di sembunyikan sahaja. Segulungan besar rakyat masih lagi memandang serong terhadap UMNO.
UMNO masih lagi BELUM bersih dari RASUAH, cuma orang melayu dari Bagan Pinang sahaja yang menerima rasuah sebagai amalan biasa UMNO. Itu sebab UMNO mendapat sokongan di Bagan Pinang. Kalau calun rasuah di Bagan Pinang itu di tempatkan dikawasan Perak atau Selangor pasti ia akan hilang wang pertaruhan nya.
Kini BN sedang berada benar2 diambang keruntuhan nya. Itu sebab setiap hari media2 yang dikawal oleh UMNO sentiasa menyiarkan bertia2 tentang keburukan parti lawan sahaja. Semua keburukan tentang BN di sembunyikan. Malang nya kes seperti MCA ini tidak dapat di sembunyikan lagi, ianya sudah jadi bangkai gajah.
RUNTUH MCA, RUNTUH MIC DAN RUNTUH GERAKAN, MAKA RUNTUH LAH UMNO!
No comments:
Post a Comment
, ,