November 12, 2009

Lebih 60 tahun UMNO diberi mandat memerintah negara - UMNO gagal menghapuskan kemiskinan.


Sudah terlalu lama hampir lebih 60 tahun kita telah beri peluang UMNO memerintah negara. Negara kita adalah sebuah negara yang sangat terkaya dengan hasil diatas bumi, dalam bumi dan lautan. Mengapa UMNO masih lagi GAGAL menghapuskan kemiskinan rakyat di negara yang tersangat kaya raya ini?

Sedangkan kita lihat semua pemimpin2, pencacai2 dan kunco2 UMNO semuanya hidup mewah dan kaya raya. Bolehkah anda sebutkan seorang dari pemimpin, pencacai atau kunco2 UMNO yang hidup sederhana? Jawapan nya, TIADA.  Mereka semua hidup dengan sombong dan bangga dengan harta kekayaan yang telah di rompak dari rakyat biasa.

Setiap kali PRU atau PAU diadakan, mereka menabur janji dan 'rasuah' kepada rakyat biasa dikampung2 yang miskin dan kurang pelajaran. Selepas tamat PRU atau PAU segala janji sudah dilupakan.

Sudah 6 PM berlalu, dan kini termasuk yang ke 7, semuanya berlakun lakunan yang sama, rakyat yang miskin tetap bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya raya. Memang ada banyak kita dengar berbagai bantuan dan subsidi yang di berikan kepada rakyat, tetapi malangnya ia indah khabar dari rupa. Tidak semua yang mendapat habuan - cuma untuk kunco2 mereka sahaja. Ianya tidak dapat merubah nasib rakyat yang betul2 miskin.

Banyak rancangan TV yang memaparkan tentang kemiskinan rakyat, dikala itu lah kita nampak wakil rakyat UMNO berbangga menyampaikan bantuan dan sumbangan. Persoalan nya, mengapa setelah didedahkan oleh pihak tertentu baru boleh di dapat bantuan?

Kita mesti tamatkan lakunan sandiwara UMNO yang bermain lebih 60 tahun ini pada PRU13 nanti

3 comments:

  1. kamu jgn silap, pemimpin pakatan juga merasai kekayaan itu.. nik aziz pun tidak terkecuali. sebaiknya kamu bersikap adil dalam menyatakan perkara ini..

    nak tanya, kata lim guan eng org miskin tegar di Penang sudah tiada, tetapi yg sebenarnya itu hanyalah kenyataan utk mengaburi mata rakyat, dan penduduk miskin tegar masih wujud di Penang .. tu ape cerita?

    Selepas penang? Selangor pun rampas tanah rakyat. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/selepas-penang-selangor-juga-mahu.html

    ReplyDelete
  2. Macamlah kat amerika, kelantan, Cina, india, indonesia britain kemiskinan dah dihapuskan...

    hei,, gunalah otak tu.... kalau amerika, kelantan, Cina, india, indonesia, britain pun masih tak mampu hapuskan kemiskinan walaupun pemimpin bertukar ganti, parti politik bertukar ganti....


    Belum PAS PR mampu hapuskan kemiskinan..

    Bong*k...

    ReplyDelete
  3. Pemerintahan umar abdul aziz dah terbukti dlm sejarah Islam dan sejarah dunia,kemiskinan blh diatasi...Duit zakat terpaksa dihantar ke negara lain,sbb xde org miskin dibawah pemerintahan beliau?Apakah ade org BN blh menafikan fakta ini?

    Yg menjadi masalah di malaysia,BN mengekalkn kemiskinan supaya terus kekal bkuasa,org miskin terpaksa mengundi BN,jika tidak,tiada subsidi bg mereka..

    Apakah faedah pembinaan stadium kepada org miskin di terengganu?tidakkah cukup nilai stadium yg runtuh itu dijadikan modal perniagaan kepada setiap rakyat miskin di terengganu?Mengapa diberikan ikan,tidak diberi batang joran?

    Jika BN tidak melakukan penyelewengan berbilion2 duit negara,dah lama masalah kemiskinan blh diatasi..

    Pemimpin agung Islam,Nabi Muhammad s.a.w pernah memberi parang kepada peminta sedekah,baginda xbg duit,suruh peminta sedekah itu ke hutan cari kayu api,dan jual dipasar..

    Islam adalah penyelesaian..Kenapa org beli hp nokia xbuka manual sony sebagai rujukan..Disini la puncanya,bila manusia menolak Al Quran,tidak dijadikan rujukan..Sedangkan Al Quran itu merupakan panduan kepada manusia,Allah xbiarkan kita baca Al Quran tanpa difahami,maka Allah turunkan Nabi Muhammad sebagai utusan atau mudah kita fhami sebagai penerang kpd Al Quran,sperti engineer yg didtgkan dgn sesebuah produk...

    Lagi bahaya BN bg kehidupan duniawi..mengapa kita tidak mengatakan zalim atau xberperikemanusian jika sekor harimau membunuh manusia?Tetapi kita akan kata xberperikemanusian kepada seorg anak yg menampar ibunya..Apakah kita lupa cerita lakonan P.Ramli dlm ANAK KU SAZALI?dimana silap bapaknya?bukankah anaknya telah diberi segala kemewahan?mengapa bapaknya xkata setiap duit yg diberi adalah subsidi?kerana itu tanggungjawab seorg bapa..Tapi mengapa BN sebagai kerajaan memberi subsidi?bukankah itu mmg tanggungjawab kerajaan?Lebih bermasalah,bila sazali tidak dididik dgn takut kepada Tuhan,disana dia tidak mengenal erti kemanusia..Sama seperti BN,hanya duniawi yg diberi,maka masalah sosial terus meningkat.rasuah,sumbang mahram,rogol,rompak dan lln..

    -saddamalaya-

    ReplyDelete

, ,