November 16, 2009

Lebih 60 tahun rakyat Malaysia sudah Merdeka, masih ramai yang jadi 'perlarian' di negara sendiri.


Sudah lebih 60 tahun kita bebas dari penjajahan British. Tetapi malang nya masih lagi ramai rakyat yang hidup miskin melarat. Tinggal di rumah setinggan ditanah haram, makan minum di beribantuan. Tidak kurang yang hidup kais pagi makan pagi.

Sebenarnya negara kita ada sebuah negara yang sangat kaya raya dengan segala hasil di bumi dan lautan. Kita memiliki segala sumber hasil yang terdapat didunia. Tetapi malangnya masih ramai rakyat yang miskin hidup melarat.

Disini tidak perlu diterangkan mengapa ianya jadi begini. Kita cuma lihat sahaja siapa yang sebenarnya sudah memonopoli harta kekayaan negara ini. Harta kekayaan negara sudah dikawal dan dimonopoli oleh sekumpulan ahli politik yang tamak.

Kumpulan ahli politik ini senghaja mengujudkan ramai gulungan rakyat miskin. Tujuan nya supaya rakyat miskin ini akan sentiasa bergantung haraf bantuan dari mereka. Dengan ini rakyat miskin akan terus menyokong mereka.

Tetapi hari ini sudah ramai rakyat miskin ini tersedar, kini mereka akan menuntut hak2 mereka. Kumpulan ahli politik yang tamak dan jahat ini pasti akan dapat dihapuskan pada PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment

, ,