November 24, 2009

Untung nya DAP bila MCA berperang sama sendiri


Dua parti gergasi cina ini sebenarnya disokong oleh kaum cina yang sama. Satu ketika dahulu kaum cina ini menyokong MCA, hanya sebilangan kecil sahaja yang menyokong DAP.


Pada PRU12 yang lepas trend sokongan kaum cina terhadap MCA sudah berubah, hampir semua kaum cina sudah lari dari MCA dan menyokong DAP pula.

Kini berlaku pula krisis besar dalam pucuk pimpinan MCA. Ini akan menambah kan lagi kebencian kaum cina terhadap parti MCA.



Sebenar nya kaum cina tidak hirau atau ambil kesah tentang apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang. Kerana mereka sudah selesa berada dalam DAP.

Apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang boleh di ibaratkan dua orang nahoda kapal berebut kan sebuah kapal yang kosong. 


Kaum cina lebih suka MCA itu mati atau dibubarkan sahaja. Kerana yang masih tinggal menyokong MCA itu cuma pencacai2 dan pemimpin2 nya sahaja. 


Sekarang PM dan timbalan nya sudah keluar untuk selamatkan MCA yang sebenar nya sudah pun mati pada PRU12 yang lepas. PM cuma akan mendapat malu sahaja, kerana pasti akan gagal selamatkan parti yang sudah mati itu.


PRU13 semakin hampir tiba, DAP parti sokongan kaum cina bertambah semakin kuat. Kekuatan DAP ini memberi makna akan kekuatan Pakatan Rakyat.


BN pasti akan tumbang kerana MCA dan MIC sudah di tinggal kan oleh kaum cina dan india.

No comments:

Post a Comment

, ,