July 25, 2009

Perjuangan PR semakin mantab

Makin sehari semakin bertambah mantab perjuangan PR untuk menawan kubu BN yang sudah semakin lemah.

Setiap hari kerajaan BN telah menimbulkan isu2 yang membuat kemarahan rakyat. Dulu isu petrol, sekarang timbul pula isu kenaikan tarif tenaga letrik.

Jika kerajaan BN laksanakan tarif baru ini, pasti akan mendatangkan terlalu banyak kesusahan kepada rakyat yang sememangnya sudah banyak yang susah.

Seperti kenaikian Petrol juga, kenaik kan tarif letrik akan menaikan kos sara-hidup rakyat. Pengguna domestik lah yang pertama menanggung kesusahan. Kilang2 industir tidak terjejas, kerana mereka dengan mudah menaik kan harga barangan yang mereka keluarkan, rakyat juga yang terpaksa tanggung nya.

Ini akan sama berlaku seperti kenaikan petrol, semua barang yang dimakan, digunakan dan semua perkhidmatan akan naik kosnya. Rakyat yang terpaksa menderita tanggun nya.

Bebanan yang ada sekarang pun sukar ditanggung apakan pula bila tarif letrik dinaikan. Alasan menaikkan tarif letrik yang diumumkan kerajaan sama sekali tidak logik. Negara kita adalah salahsatu buah negra yang terkaya dengan segala hasil dibumi dan diatas bumi, selain dari itu kita juga tergulun kepada negara perindustrian, jadi mengapa kita boleh jadi susah.

Rakyat harus sedar perkara ini berlaku kerana kerajaan yang memerintah hari ini tidak tahu mengurus pentadbiran keewangan negara.

Hasil banyak tetapi rakyat susah.

Pada PRU13 nanti kita harus bersatu untuk menukar kerajaan kepada pemerintah baru yang lebih bijak mengurus hasil negara.

"PAKATAN RAKYAT UNTUK KESENANGAN RAKYAT"

July 09, 2009

BN semakin gelap, PR semakin Cerah


Gambar Hiasan Sahaja{Ceramah PAS}

Harapan untuk BN/UMNO pulih dan diterima rakyat sangat sukar pada masa ini. Perkara ini terjadi kerana sikap buruk pemimpin2 UMNO yang tamak harta dan gila kuasa.

Selama hampir lebih 50 tahun mereka dengan rakus membolot harta negara untuk kaum keluarga mereka sahaja. Jika di pandang dengan mata kasar, semua pemimpin2 ini hidup mewah dan kaya raya.

Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO sudah lupus. UNtuk kembalikan kepercayaan rakyat, pemimpin2 UMNO kena buat perubahan besar.

Pertama, pemimpin2 UMNO kena serak kan balik semua harta negara yang mereka ambil secara rasuah.

Kedua, semua pemimpin2 UMNO kena serahkan rumah banglo dan kereta mewah kepada kerajaan. Mereka harus tinggal di rumah sederhana dan pakai kereta buatan Malaysia sahaja.

Ketiga, semua pemimpin2 UMNO yang didapati bersalah kerana rasuah atau yang dituduh rasuah hendak lah terus dipecat dari parti seumur hidup.

UMNO hanya akan boleh diterima rakyat jika boleh tunaikan semua syarat2 yang diatas ini.

Rakyat sudah disedarkan, kerajaan BN/UMNO yang sangat korupt ini harus di ganti dengan kerajaan PR yang bersih dan telus.

July 06, 2009

Ujian seterusnya di N41 Manik Urai


Selepas PUR12 BN/UMNO sudah teruji sebanyak 6 kali. Malang sungguh bagi BN/UMNO, dalam ujian sebanyak 6 kali itu BN/UMNO cuma lulus satu ujian sahaja iaitu di Batang Ai, Sarawak.

Sekarang BN/UMNO sedang menghadapi satu lagi ujian di N41 Manik Urai. Kawasan yang hampir 100% pengundinya melayu/Islam. Ini akan menjadi ujian yang sebenar2 nya samaada UMNO masih lagi dihati orang melayu/islam.

Ujian terhadap UMNO di N41 Manik Urai juga akan menentukan hidup atau mati UMNO. Jika UMNO tewas juga dikawasan yang pengundinya hampir 100% melayu/islam, makan terbukti UMNO sudah ditolak oleh melayu/Islam secara total.

Jika dikawasan melayu yang kurang 60% BN/UMNO pasti menerima kalah teruk. UMNO semestinya harus dibubarkan jika menerima kekalahan dikawasan melayu/islam yang hampir 100% seperti di N41 Manik Urai.

Ini terbukti UMNO tidak di terima oleh semua rakyat Malaysia.

July 03, 2009

Kekuatan PAS cuma bergantung kepada DAP


PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.