February 18, 2011

Ingin tahu

Salah satu blog pro Pakatan Rakyat yang saya minati dan selalu kunjungi ialah blog Misbahul Munir Blog. Malang sungguh blog ini nampaknya sudah kurang aktif, sudah se bulan tidak up date.

Kebelakang ini nala perhatikan sudah banyak blog2 pro PR kurang aktif atau pun terus tutup begitu sahaja. Kalau ada pun blog yang masih aktif tetapi posting nya sangat kurang bertumpu kepada hal2 politik yang berkaitan.

Kita sepatutnya bertambah aktif dan bersatu padu dan lebih aggrasif dalam menentang bloggers pro BN. Jika begini lah halnya dengan bloggers PR, pasti kita akan menghadapi masalah dalam menghadapi PRU 13.

February 09, 2011

Pakatan Rakyat harus berjuang dibawah satu Lambang Parti

Kita sepatutnya telah berjaya merampas kerusi N5 DUN Tenang. Malang nya kita telah ditimpa beberapa fakta kesilapan. Sepatutnya kita berlawan dengan BN dengan menaikan bendera satu lambang parti sahaja.

Semasa PRK DUN Tenang, BN cuma mengunakan satu lambang parti sahaja, iaitu lambang dacing buruk nya. Strategi mereka ini nampak nya berjaya. Sepatutnya Pakatan Rakyat juga berusaha mengunakan satu lambang parti sahaja dalam mana2 PRU atau PRK. Sedikit sebanyak ianya akan menampak kan ke bersatuan parti kita iaitu DAP, PAS dan PKR.

Jika sekiranya cuma lambang PAS sahaja kelihatan ini ada kemungkinan kelirukan penyokong nya dari kaum bukan melayu yang menyokong DAP dan PKR. Lagi pun jika dibiarkan pehak masing2 gunakan lambang sendiri ianya juga memberi gambaran kita tidak ada bersatu.

Ianya mungkin berlainan keadaan jika kita bertanding dikawasan majoriti kaum cina. Jika lambang DAP sahaja digunakan, kaum2 lain seperti penyokong2 PAS dan PKR pasti akan undi DAP juga. Pakatan Rakyat harus mulakan mengunakan satu lambang parti ini di PRK DUN Merlimau.

February 02, 2011

Perjuangan harus di teruskan

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

Walaupun kita baru mengalami kekecewaan di DUN N5 Tenang, ini tidak bermakna kita sudah kalah dalam pertempuran melawan kezaliman. Lawan tetap lawan! Ayuh marilah kita semua bangun bersama2 berjuang kembali di medan perang baru iaitu di DUN27 Merlimau. Melaka.

Kali ini PAS bermurah hati serahkan calun kepada wakil dari PKR untuk bertanding di DUN N27 Merlimau. Kita harus berkerja lebih keras lagi daripada PRK yang lalu, ini kerana kita terpaksa berdepan dengan bloggers penyokong UMNO yang biadap dan kurang ajar semasa mereka membuat serangan terhadap calun PAS di Tenang.

Bloggers Pakatan Rakyat harus bersatu padu dan berkerja sama dalam satu pasukan jika mahu membuat serangan yang lebih berkesan. Pada perhatian Nalapambu masih ada banyak bloggers penyokong Pakatan Rakyat yang top tidak mahu berkerja sama dengan bloggers semut yang baru atau kurang terkenal. Kalau minta disenaraikan blog pun mereka enggan.

Sepatutnya bloggers yang top ini tolong bantu promosikan bloggers2 yang baru mahu berjuang bersama. Hanya blogger Al Banjari sahaja yang nampak lebih terbuka dan bermurah hati telah senaraikan blog Nalapambu, bloggers yang lain enggan berbuat demikian walaupun dipohon untuk disenaraikan.

Tidak seperti bloggers penyokong UMNO mereka tubuhkan BPN dan telah menyenaraikan semua bloggers yang pro UMNO disenaraikan kedalam blog yang sudah top.

Haraf kepada semua bloggers Pakatan Rakyat yang sudah top senaraikan bloggers semut kedalam blog list masing2 dan jangan lupa senaraikan juga  - nalapambu-09.blogspot.com