February 02, 2011

Perjuangan harus di teruskan

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

Walaupun kita baru mengalami kekecewaan di DUN N5 Tenang, ini tidak bermakna kita sudah kalah dalam pertempuran melawan kezaliman. Lawan tetap lawan! Ayuh marilah kita semua bangun bersama2 berjuang kembali di medan perang baru iaitu di DUN27 Merlimau. Melaka.

Kali ini PAS bermurah hati serahkan calun kepada wakil dari PKR untuk bertanding di DUN N27 Merlimau. Kita harus berkerja lebih keras lagi daripada PRK yang lalu, ini kerana kita terpaksa berdepan dengan bloggers penyokong UMNO yang biadap dan kurang ajar semasa mereka membuat serangan terhadap calun PAS di Tenang.

Bloggers Pakatan Rakyat harus bersatu padu dan berkerja sama dalam satu pasukan jika mahu membuat serangan yang lebih berkesan. Pada perhatian Nalapambu masih ada banyak bloggers penyokong Pakatan Rakyat yang top tidak mahu berkerja sama dengan bloggers semut yang baru atau kurang terkenal. Kalau minta disenaraikan blog pun mereka enggan.

Sepatutnya bloggers yang top ini tolong bantu promosikan bloggers2 yang baru mahu berjuang bersama. Hanya blogger Al Banjari sahaja yang nampak lebih terbuka dan bermurah hati telah senaraikan blog Nalapambu, bloggers yang lain enggan berbuat demikian walaupun dipohon untuk disenaraikan.

Tidak seperti bloggers penyokong UMNO mereka tubuhkan BPN dan telah menyenaraikan semua bloggers yang pro UMNO disenaraikan kedalam blog yang sudah top.

Haraf kepada semua bloggers Pakatan Rakyat yang sudah top senaraikan bloggers semut kedalam blog list masing2 dan jangan lupa senaraikan juga  - nalapambu-09.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

, ,