December 31, 2009

'Kelab Penyokong PAS' - 'Himpunan Penyokong PAS', dua2 makna sama - tidak beri apa2 makna kepada "PAS For All"

Pada pendapat Nala, walau apa nama pun diberikan kepada kumpulan bukan islam yang menyokong PAS ianya sama saja - 'no meaning at all' terhadap slogan "PAS For All".

Sepatut nya, apa salahnya jika bukan islam di beri 'taraf' ke ahlian dalam PAS. Sedangkan kini kami telah menyokong dan memberi undi kepada calun2 PAS. Kami juga patut di beri hak untuk menghadiri sebarang muktamar PAS. Dengan ini kami boleh lagi mendalami hal2 yang berkenaan parti PAS.

PAS masih juga di anggap 'racial' jika kaum bukan islam tidak dibenarkan menjadi ahli PAS. Jika PAS mahu terus maju dan mendapat sokongan yang kekal dari buka islam, PAS harus ubah dasar perlembagaan nya supaya bukan islam boleh menjadi ahli.

Sebagai contoh, kaum bukan islam (kristian) di Sabah dan Sarawak sangat 'fobia' dengan parti PAS. Hingga kini PAS gagal untuk tarik perhatian kaum Iban, Dayak dan semua peribumi yang beragama kristian, sedangkan jumlah bilangan kaum ini sangat besar di Sabah dan Sarawak.

Sokongan penduduk dari Sabah dan Sarawak adalah sangat penting bagi Pakatan Rakyat, jika PAS tidak mendapat sambutan dari Sabah dan Sarawak maka hasrat untuk PR berkuasa amat tipis.

Sebenar nya PR sudah berjaya di Semenanjung, tetapi telah gagal di Sabah dan Sarawak. Mungkin kaum peribumi disana belum memahami dasar parti PAS dengan sepenuh nya. PAS mesti buka keahlian nya kepada peribumi Sabah dan Sarawak, seperti UMNO yang sudah bolehkan mereka menjadi ahli UMNO di Sarawak.

December 29, 2009

Salah satu pekung yang sedang di sembunyikan oleh UMNO - bau nya tetap terhidu..........



Sebenarnya UMNO sama juga seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Parti2 ini sedang dilanda berbagai masalah buruk yang TIDAK BOLEH mereka selesaikan.

Kita cuma dapat lihat dan dengar permasalahan dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP sahaja. Inilah kebijaksanaan UMNO sehingga dapat menutup 'bangkai gajah' nya. Semua media telah dikawal dan diharamkan dari menyiar kan sebarang berita buruk nya. UMNO telah berjaya membutakan mata dan tulikan telinga penyokong2 nya.

Kalau mahu ceritakan semua perkara buruk yang sedang berlaku dalam UMNO, 44 hari 44 malam pun tidak boleh habis. Kerana terlalu banyak perkara buruk yang sedang berlaku dalam UMNO.

Sebagai satu contoh - tip of the ice-berg, ialah tentang pergerakan Ketua Pemuda UMNO nya. Sebahagian besar penyokong UMNO sedang cuba tenggelamkan KJ, malang nya segala usaha nya gagal kerana KJ juga ada punyai ramai penyokong. Kini ke dua2 pehak yang pro dan anti KJ sedang berperang saraf untuk menjatuhkan satu sama lain. Cuma ianya di 'senyapkan' oleh semua media yang pro kerajaan.

Itu cuma sedikit sahaja cerita tentang keburukan UMNO, jika di tinjau lagi kedalam semua bahagia pucuk pimpinan nya ada lagi berbagai masalah yang lebih besar. Cuba anda semua fikirkan, bagaimana UMNO boleh menghadapi PRU13 yang semakin hampir tiba, sedangkan mereka kini sedang sebok 'bergaduh'.

Tumpuan dan pemerhatian serta pemikiran rakyat sedang dipesong kearah lain dengan menyebarkan berita2 palsu tentang parti lawan nya iaitu Pakatan Rakyat. Tetapi kita bernasib baik kerana semua rakyat hari ini bijak dan pandai menimbangkan mana yang betul dan mana yang palsu.

UMNO Selangor kehabisan modal - sanggup buat demo haram busuk kan nama sendiri.


Mengapa sampai jadi begini hingga sanggup buat demo haram. Yang sangat memalukan pula mengaku penyokong PAS pula. Tetapi mengapa kebanyakan ahli yang buat demo itu tutup muka dengan poster besar.

Laungan 'Takbir' nya pun lain macam bunyinya, tak serupa langsung sebutan nya macam yang di laungkan oleh ahli2 PAS yang tulin. Nala tahu sebab selalu pergi dengar ceramah PAS. Laungan dari ahli PAS tulin sungguh merdu dan sedap didengar. Tetapi laungan yang di buat oleh ahli PAS palsu semasa demo tu lain macam bunyinya. Langsung tak betul nadanya - sumbang aje.

Satu perkara lagi yang sangat menghairankan Nala, berkenaan kehadiran polis yang langsung tidak halang demo itu. Sepatutnya segera di suraikan dengan pancutan air kimia atau tembak dengan bom gas asap  atau ada yang kena tangkap kerana buat demo HARAM.

Selain itu yang menghairan kan Nala paling besar ialah pakaian dan raut wajah muka mereka sedikit pun bukan macam ahli atau penyokong PAS. Rata2 hampir semua muka yang ternampak itu macam muka 'mafia' ada yang kepala botak, ada yang berjambul.

Kalau ahli atau penyokong PAS semua pakai songkok putih dan muka mereka semua tenang dan jernih, muka orang sembahyang.

Pehak media TV yang pro-kerajaan pula ulang tayang banyak kali dan buat ulasan panjang lebar pula.

Hingga kini telah berbagai cara pehak musuh lakukan untuk melemahkan PR, tetapi malangnya mereka tidak berjaya. PR semakin kukuh dan kuat bersatupadu untuk hancurkan musuhnya pada PRU13 akan datang.

December 28, 2009

Mengapa melayu sangat gemar makan di restoren Hindu.................

Di bandar tempat tinggal Nala ada lebih kurang 4 atau 5 buah restoren makan minum yang di usahakan oleh kaum india yang beragama Hindu.

Walaupun bandar ini ada cuma lebih kurang 5% sahaja yang beragama Hindu yang makan di restoren ini, tetapi pendapatan pengusahan restoren Hindu ini mendapat pelanggan dari kaum melayu dan cina.

Orang melayu lah yang lebih ramai yang makan minum di restoren Hindu ini, kerana mereka sudah rasa sedap dan ketagih.

Rahsia kesedapan masakan ini sangat mudah. 'Kebanyakan' bukan semua, orang Hindu suka campurkan darah haiwan sama ada darah ayam atau kambing kedalam masakan kari atau sup. Dengan adanya tambahan darah dalam masakan ini ianya akan menambah kan kelazatan nya lagi. Kelazatan ini memang tidak terdapat di mana2 restoren bangsa lain.

Amalan pengusaha restoren Hindu ini juga tidak akan tinggalkan upacara "Puja" kepada bahan2 yang akan dimasak seperti rempah2 dan beras, ini dilakukan supaya menjadi 'pelaris' atau halau segala hantu jahat yang kacau perniagaan.

Nala cuma perkatakan hal ini untuk ketahuan umum sahaja. Kemungkinan perkara ini diamalkan oleh semua pengusaha restoren TIDAK lah di ketahui, terpulang kepercayaan masing2. Mungkin tidak semua yang amalkan perkaran ini.

Terpulang kepada anda - tepuk dada tanya selera.

December 23, 2009

Malu, malu, sungguh malu dan memalukan negara - dua buah pesawat tentera udara hilang!


enjine jet

Menteri pertahanan sepatutnya dipertanggung jawab kan sepenuhnya diatas kehilangan dua buah pesawat tentera udara yang hilang itu. Jika dinegara  komunis Cina, pehak yang bertanggung jawab pasti dikenakan hukuman tembak sampai mati - pengkhianat negara. Di Jepun pula, menteri yang berkenaan akan buat 'harakiri' demi maruah. Di Malaysia...........

Sungguh bernasib baik ianya berlaku di Malaysia. Pehak yang bertanggungjawab ini tidak perlu susah hati. Mereka cuma kena gantung tugas semasa siasatan di jalankan. Siasatan ini akan ambil masa bertahun2. Sebarang bukti akan cuba di sembunyikan, akhirnya siasatan akan berakhir dengan amaran keras sahaja. Pehak yang bertanggungjawab terlepas dari segala tuduhan.

Sesuatu perkara buruk berlaku walau besar macamnana pun jika berlaku dalam lingkungan kerajaan, ianya akan berakhir dengan 'selamat' - semuanya terselamat.

Kes2 sebegini rupa akan mengambil masa yang terlalu lama, sangat lama untuk menyasat, mengambil tindakan dan membuat keputusan. Selalunya akan berakhir begitu sahaja. Sebagai contoh kes PKFZ, hingga kini belum nampak tanda2 siapa yang bertanggungjawab, jauh sekali siapa yang akan di ambil tindakan.

Tetapi jika sebarang perkara kecil yang dibuat oleh lawan, ianya akan 'diberi keutamaan', tindakan segera akan dibuat tanpa ada apa2 halangan. Pehak yang 'bertanggungjawab' dengan sertamerta dikenakan hukuman berat.

Sebagai contoh, kes Al-Ma'unah boleh selesai dengan masa yang singkat untuk mendapat keputusan. Malangnya kes Mamali (Ibrahim Libya) hingga kehari ini masih lagi tertangguh.

Kehilangan enjine pesawat TUDM ini juga akan mengambil masa yang lama, sangat lama untuk kita dapat mengetahui siapa kah orang nya yang bertanggungjawab.

December 21, 2009

UMNO 'rampas kuasa' Parti Gerakan di P Pinang untuk tumbangkan kerajaan DAP



Tanda2 BN/UMNO semakin hancur sudah nampak jelas dan terlalu nyata. 

Tindakan YB Datuk Seri Dr.Ahmad Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P Pinang anggap Gerakan sudah tiada lagi mempunyai sebarang kuasa di P Pinang. Gerakan dan MCA atau MIC sudah kehilangan semua wakil nya pada PRU12 yang lepas. Kini cuma tinggal parti UMNO sahaja yang mewakili P Pinang.

Sebenarnya anggapan Datuk itu memang 100% benar dan betul. Kerana Gerakan, MCA dan MIC sudah TIDAK mendapat sokongan lagi dari kaum cina dan india.

Harapan untuk Gerakan, MCA dan MIC untuk pulih semua dan diterima oleh kaum cina dan india memang TIADA lagi. Kaum cina dan india 100% sudah hilang kepercayaan nya kepada BN/UMNO, itu sebab P Pinang jatuh ketangan DAP.

Kalau pun YB Datuk Ahmad Zahid berjaya 'merampas' P Pinang dari tangan Gerakan, harapan untuk BN/UMNO berkuasa semula adalah sangat tipis (mungkin O) sahaja. Ini kerana DAP bukan sahaja disokong penuh oleh kaum cina dan india, tetapi DAP juga sudah mendapat sokongan dari kaum melayu dari PKR dan PAS.

Cetusan minda dari YB Datuk Ahmad Zahid untuk 'merampas' P Pinang dari Gerakan cuma satu donengan sahaja.

December 15, 2009

Sekali lagi BN kalah teruk - dalam Dewan. dengan majoriti 3 undi sahaja.


BN sudah hampir dapat ditewaskan oleh pejuang2 PR dalam Dewan semasa meluluskan bajet 2010. Semasa undian dijalan kan BN hampir tewas dengan majoriti 3 undi sahaja.

Nala sedikit kecewa kepada MP2 PR yang tidak hadir pada masa itu, jika semua MP PR ada hadir pasti BN menerima 'kemaluan' yang sangat besar. Apa tidaknya, kerana semua MP2 dari BN itu, terutamanya MP dari UMNO semua nya sudah kaya raya, banyak harta wang ringgit berjuta2. Itu sebab mereka ambil tak kesah saja tentang apa yang akan berlaku pada BN.

Nala sangat gembira pula kerana inilah tandanya BN/UMNO akan tumbang pada PRU13 nanti. Apa yang telah berlaku dalam Dewan telah gambarkan kelemahan dan keburuk kan BN/UMNO.

Sekarang MCA, MIC, PPP dan Gerakan sedang dilanda ber bagai2 masalah yang tidak boleh diselesaikan. UMNO juga tidak terkecuwali dalam dilanda masalah, terutamanya dalam sayap Pemuda nya.

Sayap Pemuda UMNO sudah terbahagi kepada dua atau tiga kumpulan. Satu kumpulan sokong Khairy Jamaluddin, satu sokong anak TDM dan satu lagi sokong Khair Toyo. Kumpulan2 ini semua nya sedang bermusuhan antara satu sama lain.

Sebenarnya pergolakan dalam UMNO lebih teruk dan lebih buruk dari parti komponen nya seperti MCA, MIC, PPP dan lain2, cuma dalam hal UMNO ini semua media kerajaan sudah 'boikot' tak boleh siarkan dalam mana2 media.

Sebagai ganti untuk melindungi hal2 buruk BN/UMNO, semua media2 ini hentam parti lawan sahaja. Sekarang setiap hari dan masa, media yang pro kerajaan ini sentiasa mem buruk2 kan Parti Pakatan Rakyat terutama nya PAS dan DAP.

Nasib baik semua rakyat sudah faham dan tahu dengan hal yang sebenarnya. Rakyat sudah bosan dan hilang kepercayaan terhadap BN/UMNO. Pasti Pakatan Rakyat akan berjaya tumbangkan BN pada PRU13 akan datang.

Pemimpin Idola bagi semua kaum di Malaysia - Menteri Besar Kelantan - Dato Tuan Guru Hj, Nik Abd. Aziz

Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi

Oleh Adnan Ibrahim.

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

(Gambar: Nik Aziz tidak mempunyai harta...apa orang akan percaya tetapi itulah realiti sehingga tidak boleh menunaikan haji tahun ini.)

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.

Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."

Apakah orang seperti Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."

Dilihat dengan mata kasar memang Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."



Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

(Gambar: Rumah Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?


Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

December 11, 2009

UMNO akan dihancur kan - oleh pemimpin2 nya sendiri.



Peperangan mulut antara TDM dan Nazri pasti membawa padah buruk kepada image parti UMNO. Ini telah menggambarkan bahawa tiada ada kata sepakat lagi dalam UMNO. Pemimpin tuanya berani cakap ikut suka hatinya sahaja, bagi pemimpin muda pula mereka sudah tidak tahu menghormati  pemimpin tua.

Sebenarnya Nazri terlalu banyak 'terhutang budi' terhadap TDM, malang nya ianya tidak tahu mengenang budi. Jika mahu juga menegur bekas boss nya, dia patau buatnya dengan cara lebih bersopan dengan tidak menimbulkan sebarang sangkaan tidak baik.

Seperkara lagi pula berkenaan Ketua Pemuda UMNO. Sehingga kini tidak ada nampak sebarang tindakan atau tugasnya dalam memantapkan kedudukan UMNO. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda dia mestilah aktif dan lantang bersuara kesana kemari memantapkan kedudukan UMNO untuk menghadapi PRU13 yang semakin hampir tiba.

Melalui banyak laman blog yang pro-UMNO mahukan KJ berundur sahaja dari memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sekarang sudah timbul pula dua kumpulan dalam pergerakan Pemuda UMNO. Perpecahan ini sedikit sebanyak pasti akan melemahkan pergerakan Pemuda UMNO.

Dua perkara kecil yang diatas ini cuma sebahagian kecil sahaja yang telah tertimbul kepada pengetahuan umum, sebenar nya sangat banyak lagi perkara2 yang lebih besar dan sangat rumit sedang di hadapi oleh UMNO.

UMNO pasti tumbang pada PRU13 nanti.

December 10, 2009

Bisul Pemuda UMNO akan meletus - gara perlantikan Timbalan Menteri untuk KJ


Kini parti UMNO mula jadi cacing kepanasan. Perkara buruk yang sedang dilanda oleh UMNO selama ini sudah tidak dapat disembunyi kan lagi. Perkara buruk ini tidak lain tidak bukan berkenaan pergerakan Pemuda UMNO.

UMNO sudah bikin kesilapan yang sangat besar kerana TIDAK menjatuhkan hukum terhadap kesalahan 'rasuah' Khairy Jamaluddin.  Sebenarnya KJ adalah 'duri dalam daging' bagi UMNO. Kini duri itu sudah menjadi bisul yang mula keluarkan nanah.

Sebenar nya bukan perkara yang mudah bagi UMNO untuk menarik keluar 'duri' ini, kerana ianya buka nya sebarangan duri. Silap2 tarik, UMNO mungkin menemui ajalnya.

Penyokong2 KJ ini semuanya jenis 'berani mati' punya, kerana mereka telah termakan 'budi' yang harus di balas. Jika dianggarkan bilangan keramaian ahli2 nya ianya pasti meng gugat kedudukan UMNO pada PRU13 yang semakin hampir tiba.

Begitu juga dengan ahli2 yang sangat 'anti-KJ', bilangan ahlinya juga ramai. Kita pasti akan menyaksi kan 'peperangan' besar diantara dua kumpulan ini tidak lama lagi. Mempukah PM dan Timbalan nya meleraikan 'peperangan' diantara dua kumpulan yang sama kuat, sama hebat dan sama bersemangat.

Permasalahan dalam pergerakan Pemuda UMNO sebenarnya lebih teruk dari masalah yang sedang melanda MCA. Jika masalah MCA sukar diselesaikan makan pergerakan Pemuda UMNO lagi lebih sukar.

UMNO pasti mati dibunuh oleh UMNO sendiri.

December 09, 2009

UMNO bergelora dan terus akan bergelora - gara2 perlantikan Timbalan Menteri bagi Khairy Jamaluddin


Sebenarnya UMNO sama juga dengan MCA, berlaku pergeseran dan pergolakan yang sangat serious dalam ke dua2 parti itu. Bezanya dalam MCA pergolakan jawatan timbalan, dalam UMNO sayap Ketua Pemuda.

Selama ini kita cuma dengar desas-desus nya sahaja. Kini kita sudah mula mendengar dentuman nya pula. Ini berlaku apabila ada cadangan untuk memberi jawatan Timbalan Menteri kepada KJ ketua pemuda UMNO itu.

Kita sudah mula lihat serangan2 dari bloggers yang anti-KJ menyerang, menyuarakan bantahan dan menentang cadangan perlantikan itu. Ini sudah memberikan gambaran kepada kita bahawa dalam pemuda UMNO ada dua kumpulan yang sedang bermusuh-musuhan.

Bezanya dengan pergolakan dalam MCA ianya dihebohkan dalam semua media. Tetapi hal pemuda UMNO ini ditutup rapat oleh semua media. Kita cuma dapat ketahui melalui laman2 blog sahaja.

Kini sebenarnya keadaan sayap Pemuda UMNO sedang dalam keadaan yang sangat parah. Ramai pehak mahukan supaya KJ berundur dari memegang jawatan yang diperolehinya melalui 'rasuah'. Tidak kurang pula ramainya yang mahukan KJ terus kekal memegang jawatan Ketua Pemuda itu.

Pergolakan ini lah yang sebenarnya akan menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO pada PRU13 nanti. Hingga kini tiada sebarang usaha yang dilaku kan untuk menyatu-padukan sayap Pemuda UMNO ini.

Setiap hari media2 yang pro-UMNO dan pencacai2 UMNO menghentam Pakatan Rakyat. Mereka sebok hendak meruntuhkan rumah orang lain sedangkan rumah mereka sendiri sudah mula roboh.

PRU13 semakin hampir tiba, beribu masalah dalam BN masih lagi terbengkalai, BN/UMNO pasti akan tumbang pada PRU 13 nanti.

December 06, 2009

Tuan Guru Nik Aziz - Seorang tokoh yang sangat hebat - dari segi politik dan agama. - Awas 'Doa' Tuan Guru!


Kehebatan Tuan Guru memang tiada bandingnya pada mana2 ahli politik melayu yang ada pada hari ini. Kehebatan nya dipandang tinggi bukan sahaja dikalangan kaum melayu yang beragama Islam, tetapi beliau juga dipandang hebat oleh kaum2 lain yang bukan beragama Islam.

Kita tidak ada dengan kaum bukan Islam pernah mencacai cerca tentang tuan Guru ini. Tetapi malang nya ramai juga orang melayu yang beragama Islam dari parti UMNO mengutuk dan mencerca Tuan Guru yang sangat mulia ini.

Adakah ilmu agama orang2 yang mencerca Tuan Guru ini ilmu agama Islam nya lebih tinggi dari Tuan Guru? Sebenarnya orang2 yang mencerca Tuan Guru ini telah menghina dan mencerca agama nya sendiri. Mereka terlalu cetek tentang agama nya sendiri.

Saya kagum dengan sifat2 Tuan Guru ini kerana kesabaran nya. Walaupun beliau telah dicerca sebegitu buruk beliau tidak ambil kesah dan beliau tetap di sanjung dan di hormati oleh semua kaum kecewali orang2 UMNO.

Berkenaan 'doa' Tuan Guru yang sangat hangat dipertikaikan oleh pencacai2 UMNO ini Nala ingat ianya cuma sebagai amaran peringatan kepada UMNO yang sangat sombong dan bongkak. Amaran ini perlu di insafi dan diambil iktibar oleh pencacai2 UMNO supaya jangan terlalu sombong dan bongkak.

Sebalik nya dengan timbulnya isu 'doa' ini, ianya telah menambahkan lagi publisiti dan populariti nya pada hari ini dan akan datang. Nala haraf pencacai2 UMNO akan terus mencacangkan isu 'doa' di teruskan.

Ingat bahawa Tuhan melindungi orang yang baik dan taat kepadanya, tetapi tuhan akan murka kepada orang yang sombong dan bongkak serta lupa diri.

December 04, 2009

Makin hari semakin tipis harapan BN/UMNO untuk kembali pulih.



Setiap saat media2 yang mengampu kerajaan berterusan menghentam Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga dengan bloggers pencacai2 UMNO yang sedang menggila menghentam PR di dalam setiap posting mereka.

Malang, sungguh malang sekali bagi pengampu2 dan pencacai UMNO ini. Kerana setiap tindak-tanduk nya telah akan menambah kan keadaan buruk BN/UMNO itu sendiri. Mereka sudah lupa akan tugas yang sangat penting yang sedang mereka pikul - MEMULIHKAN BN/UMNO!

Adakah BN/UMNO sedang di pulihkan? Jawapan nya TIDAK!. BN/UMNO semakin parah!.

UMNO masih dalam keadaan ditakuk lama - berpemimpin kan dengan pemimpin2 yang RASUAH, TAMAK dan GILA KUASA.


Bagaimana pula dengan MCA? MCA sudah hancur, penyokong2 nya sudah selesa berada dalam DAP. Yang masih tinggal dalam MCA hanya pemimpin2 dan pencacai2 yang berkepentingan diri sahaja.


Sama juga dengan MIC, Gerakan dan PPP - semuanya sudah berkubur pada PRU12 yang lepas.

Apalah lagi harapan untuk UMNO bangun semula? Ini lah yang patut di sempurnakan oleh pengampu2 dan pencacai2 UMNO perlu lakukan, BUKAN menghentam parti lawan membabi-buta.

December 01, 2009

Majlis korban oleh PKR cawangan Sg. Tungku, Teluk Intan


Sdr. Mustafa Kamal Ayub menyampaikan lembu korban kepada penduduk kampung Sungai Tungku, Teluk Intan, Perak. Hadir menyaksikan ialah ketua cawangan PKR sdr, Jamil.

                              
Pada malam nya diadakan majlis taskirah oleh ustaz Agus. Setelah selesai taskirah di susul dengan ucapan sdr. Mustapa Kamal Ayub.

Majlis Doa selamat

Majlis makan