Tanda2 BN/UMNO semakin hancur sudah nampak jelas dan terlalu nyata.
Tindakan YB Datuk Seri Dr.Ahmad Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P Pinang anggap Gerakan sudah tiada lagi mempunyai sebarang kuasa di P Pinang. Gerakan dan MCA atau MIC sudah kehilangan semua wakil nya pada PRU12 yang lepas. Kini cuma tinggal parti UMNO sahaja yang mewakili P Pinang.
Sebenarnya anggapan Datuk itu memang 100% benar dan betul. Kerana Gerakan, MCA dan MIC sudah TIDAK mendapat sokongan lagi dari kaum cina dan india.
Harapan untuk Gerakan, MCA dan MIC untuk pulih semua dan diterima oleh kaum cina dan india memang TIADA lagi. Kaum cina dan india 100% sudah hilang kepercayaan nya kepada BN/UMNO, itu sebab P Pinang jatuh ketangan DAP.
Kalau pun YB Datuk Ahmad Zahid berjaya 'merampas' P Pinang dari tangan Gerakan, harapan untuk BN/UMNO berkuasa semula adalah sangat tipis (mungkin O) sahaja. Ini kerana DAP bukan sahaja disokong penuh oleh kaum cina dan india, tetapi DAP juga sudah mendapat sokongan dari kaum melayu dari PKR dan PAS.
Cetusan minda dari YB Datuk Ahmad Zahid untuk 'merampas' P Pinang dari Gerakan cuma satu donengan sahaja.