March 30, 2010

PKR @ Pakatan Rakyat tiada masalah pertahankan P94 Hulu Selangor.

Pendita agung MIC awal2 lagi sudah buat booking diatas kerusi yang telah kosong kerana kembali nya YB Dr Zainal Abidin Ahmad ke alam yang kekal abadi. Nampak benar pendita MIC ini benar2 sudah jadi berani mendahului PM.

Seharusnya beliau terlebih dahulu berbincang dengan PM sebelum membuat sebarang kenyataan. P94 memang kerusi tradisi bagi MIC, kalah atau menang itu lain perkara, P94 akan tetap untuk MIC sahaja. Jadi tidak perlulah bagi beliau awal2 bersuara merebut P94.

UMNO akan mengundang bahaya jika merampas kerusi P94 dari MIC. Kaum india akan boikot dan semua akan undi PKR, yang pasti BN akan kehilangan 19% undi yang sudah tentu milik BN. MCA walau pun ada 26.7%, tetapi masalah dalaman parti itu masih kusut dan belum selesai. Boleh dikatakan hampir semua kaum cina telah menyokong DAP.

Walaupun kaum melayu ada 53.9%, tetapi ianya sudah berpecah tiga. Dua kumpulan menyokong PR iaitu PAS dan PKR. Jika 20% sahaja kaum melayu ini menyokong PR, Pasti BN/UMNO akan kalah besar. Lebih teruk lagi dari PRU12 yang lepas.

Sekarang PM kita pasti akan pening kepala, kerana UMNO juga sedang giat menuntut P94 supaya di serahkan kepada UMNO, kerana kunun nya MIC sudah hilang sokongan dan tidak mampul untuk merampas P94 dari PKR.

Tanggapan dari UMNO ini memang ada kebenaran nya, kerana kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN. MCA dan MIC sudah jadi lompang, yang tinggal cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya sahaja.

Keputusan nya, walau siapa pun dicalun kan atau parti apa pun selain PKR@PR pasti akan kalah teruk di P94 Hulu Selangor. Untuk menjaga nama baik BN adalah lebih baik jangan bertanding langsung untuk merebut P94 dari PKR.

March 25, 2010

Mengapa UMNO gagal membangunkan ekonomi melayu........


Nama Tempoh perkhidmatan
Dato’ Onn bin Jaafar 11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 26 Ogos 1951 - 24 Januari 1971
Tun Abdul Razak Dato' Hussein 24 Januari 1971 - 14 Januari 1976
Tun Hussein Onn 14 Januari 1976 - 28 Jun 1981
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 28 Jun 1981 - 30 Oktober 2003
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 30 Oktober 2003 - 28 Mac 2009
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 28 Mac 2009 - Kini


Enam PM dari UMNO sudah berlalu, kini bermula pula dengan era baru pemimpin UMNO yang ke tujuh. Sepatutnya melayu sudah menjadi satu bangsa yang sangat maju dalam semua bidang seperti ekonomi, sosial dan kedudukan nya sebagai bumiputera.

Malang sungguh bagi kaum melayu yang menyokong UMNO selama lebih 60 tahun ini telah menjadi bangsa yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan soaial serta kedudukan taraf bumiputeranya juga sudah terancam.
 
Sebaliknya kaum melayu telah terlebih maju dalam gejala2 buruk seperti penagihan dadah, melepak, merempit, meragut dan sek bebas serta buang bayi. Kaum melayu juga berada ditahap nombor satu dalam kemiskinan. Mengapa boleh jadi begini? Sedangkan teraju pemerintah telah diterajui oleh melayu sendiri iaitu UMNO.
 
Sepatutnya setelah UMNO menerajui negara lebih 60, se tidak2 nya tidak ada lagi melayu yang miskin hidup melarat di bumi sendiri.

 UMNO sangat berbangga dengan ketuanan melayu, dasar ekonomi baru dan berbagai2 slogen yang membangkit kan semangat melayu. Tetapi malang sunggguh bagi kaum melayu, masih lagi berada ditakuk lama.
 
Sebenar nya melayu sudah ditipu dan dipermainankan oleh pemimpin2 UMNO yang tamak harta dan tamak kuasa. Setiap kali budget di umumkan ribuan juta RM diperuntukan bagi kepentingan rakyat miskin. Malang nya hanya sekumit sahaja yang benar2 sampai sesasaran nya, baki yang lain tersimpat kedalam perut tempayan pemimpin2 UMNO yang tidak jujur.


Sebagai contoh:  Setiap tahun, beratus juta PM di peruntukan bagi kaum Asli, jika peruntukan ini benar2 sampai kesasaran nya sudah pasti tidak ada lagi orang Asli yang papakedane lagi.

Malang, sungguh malang, ini lah yang telah berlaku sejak turun temurun pemimpin2 UMNO berkuasa. Mereka yang kaya makin bertambah kaya. Lihat sahaja empaire keturunan  pemimpin2 UMNO ini, semuanya hidup mewah kaya raya miliki ribuan billion RM. Di sini lah terkumpul nya segala harta kekayaan negara.

Negara kita adalah salah satu negara yang kaya dengan segala hasil bumi dan lautan, begitu juga dengan bidang pertanian dan industri. Jika segalanya diurus dengan baik dan jujur pasti negara ini sudah jadi sebuah negara sifar kemiskinan.

March 24, 2010

Pakatan Rakyat semakin mantap - DAP,PAS dan PKR bersatupadu.


Sekarang kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN yang diterajui oleh UMNO. Lihat sahaja bagai mana rupanya keadaan MCA, MIC, Gerakan dan PPP, semua nya hidup segan dan hampir mati.

UMNO pasti musnah tampa sokongan dari kaum bukan melayu. UMNO hanya bergantung talian hayat nya kepada Sabah dan Sarawak sahaja. Rakyat di sana sudah mula sedar dan celek mata selepas PRU12. Ini terbukti pada PRK Batang Aii, dimana calun dari PKR telah mendapat sambutan besar walaupun kalah.

Buat pertama kali bertanding, sepatutnya PKR kalah dan hilang wang pertaruhan nya. Tetapi perkara sebalik nya telah berlaku. Ini telah menandakan bahawa rakyat di seberang sana sudah mula sedar dan bangun dari tidurnya.




Tidak mustahil pada PRU13 akan datang rakyat di Sabah dan Sarawak juga inginkan perubahan seperti di semenanjung ini. Kini DAP sedang giat berusaha memajukan PR di Sabah dan Sarawak, kegiatan ini telah dibantu pula oleh PKR dan PAS.







UMNO harus sedar dan jangan terlalu sombong dan bangga diri, sedangkan melayu sudah berpecah tiga, cuma satu bahagian sahaja yang menyokong UMNO, sedangkan dua lagi menyokong PAS dan PKR.

Kekuatan DAP tidak boleh disangkal lagi hampir semua kaum bukan melayu telah menyokong DAP, kini DAP pula sudah ditambah kuat kan pula oleh PAS dan PKR. Jika satu ketika dulu kekuatan UMNO dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kini suahsana sudah berubah, sebenarnya hampir semua penyokong parti komponen BN itu sudah menyokong PR.

Peringatan Nala tentang perenggan akhir ini perlu dihayati oleh semua pencacai2 UMNO yang masih lagi tidak sedarkan diri.

UMNO tak ubah seperti 'Pak Kaduk' - menang sorak kampung tergadai

lagi2 mau tunjuk keris

Harapan untuk UMNO mendapat sokongan dari kaum bukan melayu menjadi semakin tipis. Sebenarnya tanpa 'PERKASA' pun kaum bukan melayu sudah tinggalkan BN/UMNO. BN/UMNO pasti akan tumbang tanpa sokongan dari kaum bukan melayu.

Apakah tujuan sebenar nya PERKASA di tubuhkan? Adakah UMNO sudah GAGAL membela melayu maka PERKASA terpaksa ditubuhkan?Mungkin kah UMNO akan bertambah kuat dengan tertubuhnya PERKASA?

Sebenarnya PERKASA akan menambah buruk kan lagi kedudukan UMNO dari segi sokongan kaum bukan melayu. Penubuhan PERKASA ini sebalik nya akan menambah kan lagi kekuatan Pakatan Rakyat.

BN masih lagi gagal di pulih kan setelah ditimpa kemalangan yang sangat teruk pada PRU12 yang lepas. Kekalahan calun2 dari parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP se mata2 disebabkan kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap parti itu.

UMNO juga sudah menjadi lemah kerana kaum melayu sudah hilang kepercayaan nya dan menyokong PAS dan PKR. Gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR sangat sukar ditandingi oleh BN. 

Krisi yang sedang berlaku dalam PR cuma pada parti PKR sahaja. Itu pun cuma masalah pemimpin nya yang korupt dan tidak jujur sahaja. Pemimpin yang korupt dan tidak jujur ini sudah selamat disingkirkan keluar dari parti. Akan tetapi penyokong2 parti tetap unggul, kuat dan bersatu padu.

Masalah dalam BN sangat berlainan dengan PR. Sebenar nya parti2 komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP sedang menghadapi masalah hilang kepercayaan dari penyokong2 nya. Hampir semua penyokong2 parti itu sudah cabut lari keluar pada PRU12 yang lepas.

Hingga kehari ini parti komponen BN ini bermasalah dan tidak tentu arah. Pemimpin2 dan pencacai2 nya sedang berebut kuasa, sedangkan ahli2 dan penyokong2 nya sudah tiada lagi, mereka sudah selesa berada dalam PR.

Masalah dalam UMNO lebih besar dan sulit daripada parti2 komponen nya. Pe3rmasalahan UMNO ini dapat di sembunyikan kerana semua media2 tidak dibenarkan siarkan berita2 tentang permasalahan dalam UMNO, siarkan berita2 yang baik sahaja.

UMNO pasti akan musnah, kerana sokongan kaum melayu sudah terpecah tiga. Dua kumpulan melayu telah menyokong PAS dan PKR, cuma satu kumpulan melayu sahaja yang menyokong UMNO. Mampukah UMNO hidup sendirian seperti kera sumbang?

PAS dan PKR pula telah mendapat sokongan padu dari DAP. Sebenar nya DAP telah disokong oleh kaum bukan melayu yang dulu nya menyokong BN. Dengan secara tidak langsung PAS dan PKR telah mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu, seperti mana UMNO masa lampau.

Sekarang pemgaruh DAP terhadap kaum bukan melayu semakin bertambah kuat. Tidak mustahil ianya akan dapat menguasai pengapur nya di Sabah dan Sarawak pula.


March 18, 2010

Statement tolol dari pemimpin tolol.

Tengok muka pun sudah nampak tolol, setelah ber kata2 memang sah dia seorang yang tolol. Si tolol ini dengan perasaan penuh bangga menyatakan bahawa dia tidak perlu letak jawatan kerana cuma 1300 orang sahaja yang buat bantahan terhadap nya. Seterus nya si tolol ini menyatakan bahawa ada beribu2 lagi penyokong nya yang masih setia menyokong nya.

Jika si tolol ini benar2 ada !@#%&!, cuba letak jawatan dan bertanding semula sebagai calun BEBAS. Apa macam, ada berani ka? Pasti si tolol ini akan hilang wang pertaruhan nya. Ini pernah berlaku kepada se ekor katak di negeri Che Wan Kembang. Dia di singkir kan dari parti asalnya, kemudian dia bertanding sebagai calun bebas - nah! dia dapat habuan besar - KALAH BESAR dan hilang wang pertaruhan.

Si tolol ini semakin mendapat sambutan hangat (hangat2 tahi ayam) oleh sebuah parti yang sedang nazak. Setiap hari media2 yang dibawah jagaan nya menyiar kan ucapan si tolol ini. Segala pemimpin2 pencacai2 UMNO sangat teruja dengan 'pidato' sitolol ini. Mereka sudah lupa bahawa nyawa mereka cuma bergantung kepada pengundi2 dari negeri2 dibawah bayu sahaja, ini pada PRU13.

PRU13 kita akan saksikan angin perubahan pada pengundi2 dari negeri2 dibawah bayu pula. Sebenar nya UMNO gagal menarik kembali sokongan pengundi bukan melayu terhadap BN/UMNO. Kegagalan UMNO berpunca dari terlalu ramai 'hantu' yang sentiasa menakutkan pengundi2 bukan melayu dari menghampiri BN/UMNO.

UMNO boleh dikatakan seperti kera sumbang, parti2 komponen nya yang selama ini banyak membantu nya sudah musnah. Parti2 komponen UMNO dalam BN ini boleh di ibaratkan sebuah tongkang yang kosong, yang tinggal hanya nakhoda dan beberapa orang anak2 kapal nya sahaja, sedangkan semua penumpang2 nya sudah keluar lari naik ke 'rocket'.

PRU13 semakin hampir, 'dacing' masih terjongkang-jongkit tidak stabil. Selepas PRU13 dacing jongkang-jongkit ini pasti akan patah kerana terlalu berat dengan masalah nya.

EX-PKR dalam UMNO akan hancurkan BN/UMNO.

Pemimpin 'lalang' dalam UMNO

Kini UMNO sedang dipenuhi oleh pemimpin2 'lalang' tanpa pendirian, tanpa kesetiaan dan tanpa maruah. Sekarang pemimpin2 'lalang' ini sedang sebok buat road-show ke serata negara. Segala ucapan2 nya sungguh menaik kan semangat dan emosi orang melayu. 

Tetapi mereka sudah lupa bahawa disebalik menaik kan semangat melayu nya itu, mereka telah menurun kan semangat kaum bukan melayu untuk menyokong BN/UMNO. Sebenarnya, setiap ceramah2 yang mereka ada, cuma melayu dari gulungan pencacai2 UMNO sahaja yang ramai hadir.

Umum semua maklum sudah tahu dan kenal siapa itu Ezam, yang boleh terima dan boleh dengar dan percayakan cakap nya cuma pencacai2 UMNO sahaja. Kepada penyokong2 dan ahli PAS dan PKR ianya dianggap hampas sahaja. Kepada kaum bukan melayu yang inginkan pemimpin yang tulin, jujur dan berwibawa, manusia seperti ini dianggap pengkhianat yang tidak boleh dipercayai sama sekali. 

EX-PKR yang berada dalam UMNO atau yang menyokong UMNO ini boleh lah di ibarat kan 'duri dalam daging' UMNO. Duri ini lah yang akan mendatang kan nanah yang akan menyebab kan jadi kudis dan seterus nya menjadi tokak. UMNO yang sudah memang mengidap penyakit 'kencing manis' kronik ini akan menerima pada buruk pada PRU13 akan datang.

Suahsana sangat berlainan jika dibandingkan dengan ceramah2 PR, semua kaum ramai hadir, hinggakan terpaksa dikerah pehak berkuasa bertindak untuk menyurai kan majlis ceramah PR itu. Pendek kata setiap kali ada ceramah PR, pasti ada gangguan dibuat oleh pehak yang berkuasa. Itu lah hebatnya ceramah2 PR.
Sebenar nya ceramah2 PR ini cuma ucapan2 pemimpin2 nya untuk menyampai kan massage2 berkenaan hal ehwal semasa sahaja. Oleh kerana ianya terganggu setiap kali cerama, maka dengan secara tidak langsung ianya telah menjadikan episod ini menjadi popular dan jadi bualan di kedai2 kopi di kampung2. PR hebat, hingga terpaksa di kekang ceramah2 nya, jika tidak ianya akan menyusah kan BN/UMNO.

Sebenar2 nya rakyat tersangat ingin mahu tahu mengapa ceramah2 PR ini sangat digeruni oleh BN/UMNO. Itu lah persoalan nya yang menjadi kan ceramah2 PR sangat popular dikalangan rakyat. Sudah menjadi lumrah manusia, ingin mengtahui benda2 dan perkara2 yang ''sulit2' atau yang di larang.

Adalah lebih baik UMNO buat road-show untuk kembalikan sokongan kaum bukan melayu terhadap BN/UMNO.


March 15, 2010

Inilah masanya - Pakatan Rakyat tunjukkan kekuatan nya.


 PAS kawasan Bagan Datuk menyampaikan bantuan kepada rakyat miskin

Pakatan Rakyat tidak sepatutnya dilanda krisis yang berlarutan. Yang bermasalah cuma dalam PKR sahaja. Ianya cuma masalah kecil yang melibatkan segelintir pemimpin yang tidak berpendirian tetap yang tersalah pilih pada PRU12 yang lepas. Sekarang pemimpin2 yang kotor ini sudah terkeluar dari Pakatan Rakyat.

Apa yang perlu sekarang untuk dilakukan ialah mengukuhkan Pakatan Rakyat. Sebenarnya PR tidak pernah hilang sokongan nya dari rakyat, malahan sokongan akan bertambah lagi setelah pemimpin yang kotor itu terkeluar dari PR.

Kempen dan ceramah2 mesti ditambah kerapkan dan diperluaskan keserantau negara terutamanya di Sabah dan Sarawak. Inilah masanya PR berkempen dan berceramah kerana kerajaan sedang menghadapi berbagai isu besar seperti kegagalan nya mengawal harga barang2 dan perkhidmatan2. Dengan kenaikan harga barang2 terutamanya makanan telah sangat menekan hidup rakyat jelata.

Menteri2 yang berkenaan untuk mengawal kenaikan harga barang2 ternyata telah gagal dengan tugas nya. Setiap hari hampir semua jenis barangan telah naik hargan nya. Terutananya Beras, jika lebihkurang setahun dahulu bagi bersa 5% harganya cuma sekitar RM15.00 sahaja, tetapi hari ini ianya sudah naik hingga RM25.00 lebih.

Paling menyedihkan ialah berkenaan dengan harga ikan, sekarang ikan yang paling murah ialah disekitar RM6.00 satu kg. Ikan kembung pun sudah tetap dengan harga RM8.00 keatas. Itu cuma contoh untuk yang kita mesti makan sekurang2 nya dua kali sehari.

Setiap kali menteri berkenaan muncul berucap, dia akan berikan penjelasan 'bodoh' sahaja - boikot, pergi ke kedai yang jual murah, cari bahan lain sebagai ganti, dan berbagai2 nasihat 'bodoh' lagi. Yang pasti rakyat tetap menderita untuk mengisi perut keluarganya.

Kepada pegawai2 kerajaan dan pekerja2 lain mungkin ianya tidak membeban kan sangat, tetapi bagi buruh2 atau yang tidak punya perkerjaan tetap ianya memang terseksa untuk menyara hidup keluarganya.

Kes kecurian semakin bertambah di mana2 juga dinegara ini. Orang kampung yang susah semakin bertambah susahnya. Apakan tidak, hendak pelihara ayam itek pun sudah tidak boleh lagi kerana pencuri terlalu banyak. Pantang saja rumah kosong, pasti kena pecah.

March 12, 2010

BN/UMNO diambang kemusnahan

Inilah yang sangat digeruni oleh UMNO - penyokong SETIA PR

PAS mempunyai ramai penyokong nya seperti ini. Penyokong yang sanggup berjuang se mata2 untuk parti. Penyokong2 seperti ini tidak pernah menghafarkan apa2 balasan dari parti sebalik nya mereka sanggup berkorban apasaja untuk parti.

Perjuangan rakyat seperti ini langsung tidak terdapat dalam UMNO. Penyokong2 UMNO hanya terdiri dari manusia yang pentingkan kebendaan dan wang ringgit sahaja. Mereka cuma sanggup berkerja untuk parti walaupun dilemparkan sekupang dua. 

Dari peringkat paling tertinggi hingga keperingkat paling pariah semua ahli UMNO ini mementingkan wang sahaja. Itulah sebab nya UMNO sudah menjadi sebuah parti yang tidak boleh lari dari RASUAH.

Bagaimana UMNO boleh nafikan hal pemimpin2 yang terlibat rasuah. Sudah memang terbukti sah masih ada ramai lagi pemimpin2 UMNO yang amalkan rasuah memegang jawatan penting dalam UMNO.

UMNO sudah tidak boleh sorok kan lagi segala kepincangan nya - rakan2 parti komponen nya yang bermasalah besar, penghijrahan kaum bukan melayu kedalam PR dan krisis dalaman UMNO itu sendiri.

Kini UMNO cuba timbulkan berbagai masalah pula kepada pehak parti lawan nya iaitu PR. Masalah pertama yang ditimbulkan ialah berkenaan DSAI. Sedaya upaya UMNO mesti binasakan DSAI terlebih dahulu. Kedua nya membeli atau lebih jelas merasuah ADUN/MP Pakatan Rakyat. 

Malangnya UMNO masih lagi GAGAL memecahkan benteng sokongan dari penyokong2 PR. Walauapa pun tindakan yang dilaku kan oleh UMNO untuk memecahkan benteng ini, ianya tetap gagal. Sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah kuat.

Tidak boleh di nafikan juga bahawa setiap perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh PR ianya telah mendapat sambutan yang sangat besar. Sehinggakan UMNO terpaksa gunakan pasukan keselamatan membantu mereka. Sokongan rakyat yang sangat memberangsangkan ini lah yang sangat meng gerunkan UMNO.

Berbagai tekanan telah dilakukan terhadap parti lawan, sebaliknya tekanan ini lah yang telah memperkasakan PR.

March 10, 2010

Gabungan PAS, PKR dan DAP

Pakatan Rakyat (PR) adalah sebuah gabungan parti yang sangat sesuai untuk memerintah negara Malaysia. PR terdiri dari komposisi parti2 yang boleh diterima oleh semua gulungan kaum di Malaysia.

PR berbeza sama sekali dengan BN, BN telah dikuasai sepenuhnya oleh UMNO. Parti2 komponen BN seperti MCA, MIC, Geraka, PPP dan parti2 yang lain dari Sabah dan Sarawak tidak boleh bebas bergerak atau bersuara tanpa merujuk kepada UMNO.

Pemimpin2 UMNO semua nya menjadi kaya raya kerana mereka berkuasa sepenuh nya dalam semua bidang pentadbiran. Lihat sahaja di peringkat pemimpin bawahan seperti ketua2 cawangan dan ketua2 bahagian, semuanya kaya raya walaupun baru pegang satu atau dua penggal jawatan nya.

Itulah sebabnya setiap kali ada pemilihan jawatankuasa di semua peringkat pasti berlaku rebutan kuasa yang hebat. Di sini lah berlakunya rasuah merasuah dikalangan ahli2 UMNO ini. Pemimpin2 yang kedekut atau takut beri rasuah pasti akan gugur. Yang berani dan tidak kedekut pasti akan berjaya menjadi pemimpin UMNO.

Menjadi pemimpin UMNO walau di peringkat mana pun adalah menjadi satu aset yang sangat menguntungkan. Itu sebab RASUAH dalam UMNO tidak mungkin boleh dihapuskan.

Negara kita adalah sebuah bumi yang bertuah, kita mendapat hasil dari muka bumi, dalam bumi dan dilautan. Negara kita memiliki segala hasil yang sangat lumayan. Jika dibandingkan dengan Singapura yang kering kontang hasil bumi nya, sepatutnya kita akan lebih maju dan kaya raya dari Singapura.

Singapura menjadi jauh lebih maju dari Malaysia kerana kejujuran dan ketelusan pemimpin2 nya. Singapura juga di pimpin oleh pemimpin2 yang sangat berwibawa dan berakhlak tinggi. Ini kerana tidak berlaku sebarang rasuah semasa pemilihan pemimpin di buat.

Keadaan sangat berbeza di Malaysia, pemimpin yang tidak jujur dan tidak bermaruah telah diketengahkan melalui RASUAH. Maka di sini lah kita telah mempunyai pemimpin2 yang yang bertaraf barua dan bangsat - tamak harta, gila kuasa dan tidak jujur.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi, tetapi rakyat hidup melarat. Kehidupan melarat ini lah yang telah menyebabkan berlaku nya berbagai gejala sosial yang buruk seperti samun dan bunuh.

Kita harus bertindak segera menghapuskan pemimpin2 yang RASUAH ini dari menerajui negara yang kaya raya ini sebelum terlambat. Pemimpin2 RASUAH ini lah yang telah menghisab segala harta kekayaan negara selama ini.

Mereka campak sekupang pada kita, sebalik nya mereka kebas RM 1 juta.

March 08, 2010

BN/UMNO semakin parah


Kedudukan BN/UMNO sebenarnya lebih menggerunkan dari kududukan PR. Dalam PR cuma ada berlaku sedikit krisis dalam pucuk pimpinan parti yang melibatkan ADUN dan MP nya sahaja. Sokongan rakyat terhadap PR sedikit pun tidak terjejas, malahan ianya semakin bertambah kuat.

Tetapi dalam BN/UMNO telah berlaku pergolakan didalam semua peringkat parti, terutamanya dalam MCA. Sekarang MCA sedang menghadapi satu krisis yang yangat besar. Sebenarnya krisis ini tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Krisis ini telah melibatkan pucuk pimpinan dan semua anggota penyokong parti.

Parti MCA ini sebenarnya boleh di ibaratkan sebuah bahtera tongkang yang sudah kosong. Yang tinggal cuma nakhoda dan sedikit kelasi nya sahaja. Sedangkan semua penumpang dan kargo nya sudah berpindah kedalam bahtera tongkang DAP. Nakhoda dan kelasi2 MCA ini bergaduh pula, sedangkan tongkang nya sedang mahu karam.

UMNO menaruh harapan kepada MCA, sedangkan MCA pula sudah hampir tenggelam. Begitu juga dengan parti2 harapan nya seperti MIC, Gerakan dan PPP, semua parti harapan UMNO ini sudah tinggal nyawa2 ikan sahaja. Sebenarnya hampir semua penyokong nya dari kaum bukan melayu sudah cabut lari menyokong DAP.

UMNO cuba menyorok kan segala berita2 buruk ini dengan mengsensasikan berita2 berkenaan pemimpin2 PR yang melompat parti. Walaupun perkara pemimpin2 PR lompat parti ini perkara benar, ianya sedikit pun tidak merisaukan, kerana yang lompat itu cuma beberapa orang sahaja. Penyokong nya seorang pun tidak ada pernah ikut lompat.

March 05, 2010

Hidup tanpa kemaluan, makan dari hasil sumpahan - HARAM

ADUN dan AP yang fikir rasa tidak puas hati sepatutnya meletakan jawatan dan bukan nya melompat keluar parti. 

Jawatan2 yang dipegang oleh ADUN dan AP ini sebenar nya adalah hasil dari titik peluh penyokong2 parti yang telah berkerja keras bertungkus-lumus siang dan malam. 

Penyokong2 parti ini bergadai nyawa semasa menyokong parti nya dan memenangkan ADUN dan AP ini. Ada yang sanggup tinggalkan keluarga dan anak-bibi semasa berkempen. Tidak cukup dengan itu penyokong2 ini juga sanggup berbelanja habis-habisan dengan wang poket sendiri demi parti yang disokong nya.

Duka cita sungguh dengan perbuatan ADUN dan AP yang mengkhianat penyokong2 dan parti nya ini. Setelah melompat, mengutuk parti yang telah berjasa memberikan nya jawatan. Jenis apakah manusia seperti ini. Tidak bermoral dan tidak tahu malu, muka di tampal kulit babi.

Sebenarnya pengkhianat ini telah memberi makan anak-bini dan keluarganya dengan hasil pendapatan yang HARAM. Adalah lebih baik pengkhianat ini makan babi sahaja, sama juga haram nya.

Jika pengkhianat ini benar2 jujur dan ikhlas, tidak sanggup lagi pegang jawatan, dia harus berundur dan letak kan jawatan. Bukan nya melompat dan mengutuk parti yang telah berikan nya jawatan.

Adalah akan lebih mulia jika pengkhianat ini letak jawatan dan cari kerja lain yang halal seperti jadi jaga atau tukang kebun untuk sara hidup keluarganya.

Segera lah berundur dan letak jawatan, kami sebagai penyokong parti tidak halalkan setiap sen yang awak berbelanja untuk keluarga dan anak-bini awak. Selagi awak tidak letak jawatan bermakna awak sentiasa makan hasil sumpahan yang HARAM bagi keluarga awak.

March 04, 2010

Pakatan Rakyat akan tetap bertambah kuat

UMNO cuma boleh memusnahkan para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak jujur dan lemah semangat sahaja. Tempat pemimpin2 yang pengkhianat ini pasti akan digantikan dengan pemimpin yang benar2 amanah dan jujur.

Hari ini pencacai2 UMNO sedang bergembira meraikan katak2 yang melompat keluar dari PR. Sebenar nya PR telah menjadi sebuah parti yang bersih setelah katak2 ini melompat keluar. Segala kotoran yang ada pada katak2 ini akan terbawa nya kedalam UMNO yang sudah sememang nya busuk.

Kekuatan PR bukan nya terletak pada katak2 ini. Kekuatan PR terletak kepada perpaduan kaum cina dan india ke dalam sebuah parti - iaitu DAP. DAP pula telah mendapat sokongan padu dari ahli2 dan penyokong2 PAS dan PKR yang sangat setia kepada parti nya. Selagi penyokong2 PAS dan PKR ini bersatu padu dengan DAP, pasti kerajaan BN akan tumbang pada PRU13 akan datang.

Kekuatan perpaduan penyokong PR dari DAP, PAS dan PKR tidak boleh dapat diganggu gugat oleh UMNO. Boleh berupaya kah UMNO menarik penyokong2 PR ini menyertai menyokong BN/UMNO? Sama sekali tentunya TIDAK BOLEH. Yang UMNO boleh tarik cuma katak kodok yang tidak berguna sahaja.

Publisiti yang sangat meluas yang dibuat oleh UMNO tentang katak2 melompat ini cuma untuk tarik perhatian pengundi2 DUN Sabah dan Sarawak yang akan diadakan pada bila2 masa sahaja. Sebenar nya publisiti murahan ini tidak banyak akan dapat memperngaruhi pengundi2 di Sabah dan Sarawak.

Kerana pengundi2 di Sabah dan Sarawah hari ini sudah lebih sedar dan lebih berfikiran matang. Mereka tidak mudah di kelirukan oleh UMNO. PRU13 akan datang pasti Sabah dan Sarawak akan lebih matang dan berani membuat perubahan besar.

Wajah2 Pengkhianat - Haramjadah

Inilah rupa wajah2 pengkhianat, sanggup menipu dan mungkir janji2 nya terhadap penyokong2 nya yang telah memberi undi sehingga menjadi wakil rakyat. 

Setelah dapat menikmati gaji dan imbuhan yang lumaian mereka lupa diri akan siapa yang sebenarnya telah meletak kan mereka ketempat itu. Tanpa sokongan kami pasti semua bangsat2 haramjadah ini cuma jadi sampah sahaja.

Perbuatan pengkhianat ini lebih dari bersifat BABI, tamak, babi lebih baik dari manusia ini.

Jika mereka ini manusia, sepatut nya mereka meletak kan jawatan 'wakil rakyat' nya sebelum berundur diri, supaya rakyat boleh membuat pilihan yang baru. Ini telah tunjuk kan mereka ini bersifat babi, tidak malu dan tidak sedar diri bahawa jawatan yang di pegang nya itu adalah hasil dari sokongan Pakatan Rakyat - BUKAN sokongan BEBAS.

Paling malang seorang pak lebai juga turut jadi pengkhianat. Awak beri lah anak bini awak makan duit haram. Kerena kami sudah tidak izinkan setiap undi yang kami beri itu adalah sudah menjadi haram kepada awak. Kami tidak pernah berniat mengundi calun bebas.

Jika haramjadah ini benar2 sudah insaf dan menuduh PR tidak baik, adalah lebih baik mereka letak kan jawatan wakil rakyat nya dahulu dan bertanding semula atas ticket bebas, UMNO atau mana2 parti yang mereka fikir baik.

Selagi mereka pegang jawatan wakil rakyat atas sokongan kami dari PR, maka kami sebulat suara tidak halal kan segala gaji atau apa2 imbuhan yang awak terima dan makan bersama keluarga awak.

March 03, 2010

UMNO tetap di geruni dan di jauhi oleh bukan melayu

Mampu kah UMNO pujuk kembali penyokong2 kaum bukan melayu yang sudah lari tinggalkan BN/UMNO. PRU12 telah membukti kan bahawa bukan melayu sudah tinggalkan BN/UMNO. Hampir semua kawasan majoriti kaum bukan melayu dapat ditawan pembangkang. Penghijrahan kaum bukan melayu ini telah sebab kan kerajaan BN hampir tumbang.

Malang sungguh bagi PM yang sedang ber sungguh2 berusaha tarik kembali sokongan kaum bukan melayu di kacau dan di rosak kan oleh sekumpulan melayu kuno yang diketuai oleh seorang johan ahli lompat katak. Sebenar nya ahli lompat katak ini telah sedang menggagalkan usaha2 PM untuk memujuk kaum bukan melayu kembali menyokong BN/UMNO.

Sampai bila melayu boleh buangkan sikap dan sifatnya yang sombong dan berbangga diri ini? UMNO sepatutnya cari jalan perdamaian, bukan provokasi terhadap kaum lain. Melayu tidak perlu tunjukan keperkasaan nya jika ianya betul2 sudah perkasa. Tidak perlu ugut dan takutkan kaum lain. Dunia hari ini bukan macam 100 tahun dahulu, boleh tunjukkan keris dan lembing untuk takutkan musuh2 nya.

Pada pandangan rakyat, UMNO semakin bertambah buruk. Sikap perkauman nya semakin bertambah nyata. Sikap pemimpin2 nya yang rasuah, tamak harta, gila kuasa dan pangkat masih tidak berubah. Sekarang rakyat sudah pandai dan bijak menilai dan memilih pemimpin2 nya yang betul2 benar bersih, amanah dan jujur. Sifat2 ini lah yang sangat sukar terdapat dalam UMNO.

Sebenar nya UMNO sudah tersepit dengan ber bagai2 masalah, UMNO cuma boleh tutup masalah ini dari tersebar melalui media2 sahaja. Sedangkan secara umumnya rakyat sudah sedar dan mengetahui segala kepincangan dalam UMNO.

Tanpa sokongan padu dari kaum bukan melayu, UMNO akan menemui jalan buntu dan sukar untuk menghadapi PRU13 akan datang.

al-banjari online 2010: Tapai dan Keranda !

al-banjari online 2010: Tapai dan Keranda !

Tidak ada apa yang perlu di risaukan tentang 'beruk2' yang lompat keluar parti.

Bekas Pemimpin Nombor 1 UMNO pun pernah lompat keluar UMNO.

Kini UMNO sedang berpesta kerana kegembiraan nya menyambut beruk2 yang melompat keluar dari PR. Sebenar nya beruk3 ini tidak mampu merubah perangai buruk UMNO yang tertanam dalam diri nya ketika berada dalam PR- Jiwa raga nya masih tertumpu kepada Rasuah, tamak harta dan gila pangkat dan kuasa.

Beruk2 ini sangat patut di keluarkan dari parti, PKR sudah menjadi benar2 bersih dengan terkeluarnya beruk2 itu. Sekarang beruk2 ini lah yang akan menambah kan buruk lagi image UMNO yang sememang nya BURUK.

Apa nak di hairan kan tentang lompat melompat parti, sedangkan bekas pemimpin UMNO nombor satu pun pernah lompat keluar parti. UMNO tidak pun mati kerana di sebab kan bekas pemimpin nombor satu nya melompat keluar parti UMNO. Inikan pula ianya hanya melibatkan beberapa orang pemimpin yang tidak ada semangat, tamak harta dan gila kuasa itu sahaja. PR akan tetap kuat dan kukuh seperti biasa.

Boleh kah anda jawab mengapa tidak ada seorang pun pemimpin2 UMNO mahu lompat keluar parti?

Kalau ada pun yang lompat keluar itu cuma gimik mahu tarik perhatian sahaja, atau mahukan simpati. Keluar dari UMNO bermakna keluar dari kepuk wang. Kerana pemimpin atau yang berjawatan dalam UMNO semuanya dihujani oleh WANG. Ber timbun2 wang akan dapat mereka kumpul.

Di takuk yang paling rendah seperti ketua cawangan atau bahagian sahaja cuma pegang satu atau dua penggal sudah boleh miliki kereta mewah, banglo besar dan berbini dua tiga orang. Itu cuma harta kekayaan nya yang kita nampak, harta yang tersembunyi nya tuhan sahaja yang tahu berapa banyak nya.



Sebenarnya dengan terkeluarnya pemimpin2 yang tidak berkualiti nya PR telah terbukti sebuah parti yang di pimpin oleh pemimpin2 yang telah disahkan 100% 
BERSIH.

Sokongan rakyat terhadap PR semakin ber tambah2 kuat, kerana hanya PR  sahaja yang telah terbukti di pimpin oleh pemimpin2 yang benar2 bersih dan jujur.
Jika masih lagi ada pemimpin2 yang kotor dalam PR kita patut keluarkan nya dengan segera.

PRU13 semakin hampir tiba, komponen parti BN seperti MCA, MIC dan Gerakan masih lagi berada di ambang kekacauan. Ahli2 nya yang cuma tinggal sekangkang kera itu pun masih tidak dapat bersatu.

Sebenarnya kaum cina dan india sudah tinggalkan dan melupakan parti2 itu. Kini yang tinggal cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya yang ada kepentingan sahaja.

Berbalik pula kita kepada UMNO yang disifatkan sebagai peneraju BN. Pada hakikatnya UMNO yang menerajui BN ini sendiri punya masalah besar, terutamanya di sayap Pemuda UMNO. Tetapi semua media2 yang dikawal oleh BN telah sorok kan semua kepingcagan ini. Maka pada pandangan rakyat yang bodoh dan dungu, BN/UMNO kuat dan tidak bermasalah.

March 02, 2010

1 Pakatan Rakyat Satu Malaysia

UMNO bergembira meraikan beberapa orang pemimpin2 hampas dari Pakatan Rakyat. Sebenarnya dengan terkeluar nya pemimpin2 hampas ini PR adalah sebuah parti yang sangat bersih dari segi pemimpin nya.

PR tidak seperti UMNO yang di pimpin oleh pemimpin yang bergelumang dengan najis rasuah, gila harta dan kuasa. Boleh dikatakan hampir semua pemimpin2 UMNO ini terlibat dengan gegala2 buruk. Sekarang UMNO dengan bangga dan besar hati nya pula menerima pemimpin2 hampas ini masuk menyertai UMNO. UMNO sudah jadi bakul sampah untuk menadah barang busuk yang telah di buang.

UMNO yang busuk itu akan menjadi ber tambah2 lagi busuk dengan kemasukan lebih ramai pemimpin2 busuk kedalam UMNO. Pemimpin busuk ini dianggap seperti haiwan sahaja kerana telah sanggup mengkhianati penyokong2 nya. Dia tidak sedar bahawa kedudukan nya sebagai Wakil Rakyat itu se mata2 hasil dari usaha dan titik peluh penyokong nya.

Yang melompat dan mengkhianati penyokong itu cuma beberapa ekor sahaja. Akan tetapi penyokong2 nya tidak ada yang pernah ikut sama melompat keluar macam katak atau beruk. Pemimpin yang melompat dan mengkhianati penyokong ini sama dengan katak atau beruk.

Sebenar nya sokongan rakyat terhadap PR makin ber tambah2 kuat lagi, kerana kini kita boleh berbangga di pimpin oleh pemimpin2 yang SANGAT BERSIH. Kekuatan PR terbukti makin bertambah kuat jika di tinjau dalam semua ceramah2 dan program yang dianjurkan oleh nya.

March 01, 2010

Dalam Politik Mana Lebih Penting, -Penyokong atau Pemimpin?

Apa perlunya nya kita sokong pemimpin seperti ini? Tidak bermoral, tiada pendirian tegas dan lemah semangat. Mudah di gugat dan mudah pula tergugat. Kita sebenar nya tidak rugi apa2 bah kan kita sudah untung besar jika manusia seperti ini tidak ada lagi di dalam parti kita. Ianya memang disukai oleh UMNO kerana UMNO sudah menjadi 'tong sampah' kepada pemimpin2 kelakuan buruk seperti ini.

Sebenarnya apa yang lebih penting kepada se sebuah parti itu ialah sokongan, sokongan padu dari semua gulungan rakyat. Hari ini kita semua sudah tahu bahawa rakyat sudah mendapat kesedaran nya, sokongan nya terhadap Pakatan Rakyat(PR) semakin bertambah kuat. PR cuma dipandang lemah dan berpecah di kacamata Barisan Nasional (BN) sahaja.

Setiap hari kita di paparkan dengan berita2 yang bermaksud untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap PR. Tetapi malang nya BN telah gagal, setiap hari dan setiap masa sokongan rakyat terhadap PR bertambah kuat dan maju.

Walaupun berbagai perkara dan cara BN lakukan terhadap pemimpin2 PR, akan tetapi BN telah gagal untuk merubah sokongan rakyat terhadap PR. BN tahu akan kedudukan ini, mereka semakin cemas dan gementar untuk berhadapa dengan sebarang PRK atau PRU13 yang akan datang.

Selagi kami kaum india dan cina bersatu padu dalam PR dan mendapat sokongan padu pula dari PAS dan PKR pasti PRU13 akan datang menamatkan riwayat BN/UMNO dari bumi Malaysia.

Hidup Pakatan Rakyat!!!

Jahanam pemimpin yang belot!!!!!!!