Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

January 24, 2011

Semuanya Kerana Kekuatan "PAKATAN RAKYAT"

Kini tidak boleh dinafikan lagi kekuatan PR dalam arena politik tanah air. Semasa keagungan BN satu ketika dulu, suara2 rakyat yang memerlukan bantuan hampir tidak boleh bersuara lagi. Kaum2 yang berlindung di bawah panji2 MCA, Gerakan dan MIC tiada boleh menyuarakan apa2 pendapat yang mereka fikirkan bertentangan. BN angkuh kerana parti2 pembangkang lemah.

Selepas PRU-12 yang lalu BN tersedar bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu. Kerajaan BN hampir tumbang, cuma ianya telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak sahaja. Makin hari kesehari kini rakyat Sabah dan Sarawak juga sudah mula tersedar dan semakin bijak membuat pernilaian.

Hakikat ini telah disedari oleh BN, segala daya usaha sedang mereka lakukan untuk kembalikan sokongan nya. Apa yang kami minta pasti diberikan, apa yang kami tidak suka pasti mereka turuti, pendek kata kita sudah jadi 'anak emas'.

Dengan ini kita harus perkuatkan lagi kedudukan Parti Pakatan Rakyat. Kekuatan Pakatan Rakyat ini lah yang menyebabkan kerajaan BN terpaksa berkendur dan tunduk melutut. Jika BN kembali kuat seperti dahulu kita akan tertindas semula. Maka dengan mengekal kan kekuatan Pakatan Rakyat sahaja lah kita akan boleh terus dipandang dan diberi perhatian yang sepenuh nya oleh BN.

July 19, 2010

UMNO di akhir zaman.

UMNO sudah terlalu tua dan uzur. Di sebabkan ketahanan dirinya sudah sangat berkurangan, maka UMNO sedang di hidapi berbagai2 penyakit yang sangat berbahaya. Kini UMNO ter rangkak2 untuk bergerak, merintih dan mengeluh minta pertolongan dari orang yang dianggap nya musuh pada satu ketika dahulu.

UMNO sudah tidak perlu sorok kan lagi tentang penyakit2 yang dihidapi nya. Hampir semua cawangan dan bahagian UMNO di landa berbagai masalah. Tidak ada seorang pun pemimpin2 UMNO yang mampu menyelesaikan masalah ini. Semakin hampir tiba PRU-13 semakin parah keadaan UMNO.

Parti2 komponen UMNO juga apa kurang nya, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain2 nya juga sedang dilanda berbagai masalah. Boleh dikatakan hampir semua kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap UMNO. Keadaan UMNO juga semakin bertambah buruk dengan terujud nya pertubuhan NGO seperti PERKASA.

Sedikit sebanyak PERKASA telah memecah belahkan sokongan UMNO dari kaum melayu itu sendiri. Ini di sebabkan ada nya kumpulan pemimpin2 UMNO yang anti PERKASA. Ini lah yang sebabkan sebilangan melayu marah pada UMNO. Sedangkan kaum bukan melayu pula hilang sokongan nya terhadap pemimpin UMNO yang pro PERKASA.

UMNO memang parah, berkeadaan dalam serba salah. Kini UMNO cuba pula berbaik dengan PAS dengan alasan untuk menyatukan melayu. Tugasan UMNO untuk bersatu dengan PAS bukan nya perkara mudah. Ibarat menimba air dengan sekap jarang.

Pemimpin2 PAS tergulung dari manusia yang berakhlak dan berilmu tinggi, ia tidak akan mudah boleh di pengaruhi oleh UMNO. Kekuatan PAS juga sudah tidak dipersoalkan lagi dengan adanya sokongan padu dari penyokong2 DAP dan PKR. Erti nya sokongan mantap dari bukan melayu kepada PAS.

Bukan nya mudah bagi PAS untuk mendapat sokongan dari bukan melayu, sekarang masa nya sudah sampai. Beruntung bertuah bagi PAS kerana telah mendapat kurnia sokongan padu dari kaum bukan melayu. Ini lah yang di namakan berkat dari doa Tuan Guru2 PAS selama ini.

Harapan PR berjaya mengambil aleh kerajaan semakin bertambah cerah apabila pemerintah menaikan harga (kurang subsidi) barang2. Kehidupan rakyat yang sememang nya sudah sempit telah semakin di sempitkan lagi.

Setiap kali sedikit barang yang di naik harga, ianya kan meyebabkan kenaik kan berangkai bagi semua barang2 dan perkhidmatan. Kementerian yang berkaitan sememang nya GAGAL dalam tugas2 nya untuk mengawah kenaikan barang2 yang lain.

PRU-13 akan menentukan kebenaran bahawa rakyat TIDAK merestui sama   sekali sebarang kenaikan barang atau perkhidmatan.

July 15, 2010

Bila minyak naik, semua barang akan naik sama -

Bebanan yang sedang ditanggung sudah terlalu berat untuk di pikul. Sekarang kerajaan "Barang Naik" sudah tambahkan lagi bebanan yang sudah tidak terdaya di pikul ini. Di sini Nalapambu tidak perlu cerita panjang bab barang naik ini. Kerana semua rakyat biasa akan rasakan keperitan nya. Bagi pencacai2 UMNO yang kaya raya ianya tidak mendatangkan apa2 masalah.

Semua rakyat biasa harus berfikir sejenak dan ambil keputusan muktamat pada PRU-13 akan datang. TUKAR KERAJAAN - angkat PAKATAN RAKYAT sebagai pemerintah yang baru.

July 13, 2010

Harapan UMNO/BN semakin gelap - gaduh, gaduh dan terus bergaduh sama sendiri ~~~~~~

UMNO masih belum berubah, masih kekal di takuk lama. Sikap dan sifat pemimpin2 nya yang tamak dan gila kuasa tidak boleh diperbaiki lagi.

Sebenar nya perkara sebegini sudah memang ada dari zaman dahulu lagi, bezanya hari ini ianya semakin terserlah dan semakin 'ganas'. Pada zaman dulu 'pergaduhan ini di tutup dan disembunyikan - simpan dalam hati saja.

Ada banyak sebab mengapa puak2 UMNO ini bergaduh. Pergaduhan utama disebabkan berebut kuasa. Mengapa mereka sangat ber sungguh2 merebut kan kuasa?
Jawapan nya sangat mudah. - Bila sudah dapat kuasa, maka boleh pula kumpul harta kekayaan pula. Itu lah sebab nya mereka sanggup bergaduh merebut kuasa.

Keadaan ini semakin bertambah parah apa bila pemerintah umumkan ber bilion2 ringgit akan dibelanjakan pada setiap budget di umumkan. Mereka akan memastikan 'habuan' mereka tidak terlepas. Bagi yang belum pernah mendapat 'habuan' akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan 'habuan'.

Yang sedang menikmati 'habuan' akan sedaya upaya mempertahan kan 'habuan' nya. Bagi yang belum mendapat 'habuan' akan ber mati matian cuba 'merampas' nya. Ini lah sebab utama mengapa puak2 UMNO ini terus bergaduh.

Dalam proses pergaduhan ini berbagai 'senjata' digunakan, senjata paling berkesan ialah RASUAH. Ini tidak boleh di nafikan lagi, ianya berlaku dari pucuk hingga ke akar umbi. Maka jadi nya perkara ini sudah berakar umbi - tiada kuasa dalam dunia ini yang boleh membaiki nya.

UMNO hanya boleh berubah jika ianya musnah dan hilang kuasa nya. Ini pasti akan terjadi pada PRU13 akan datang. Rakyat yang sedar pasti akan memberikan keadilan yang se adil2 nya kepada UMNO.

July 08, 2010

Harapan PR semakin cerah - Pergolakan UMNO dan parti2 komponen nya semakin parah.

PRU 13 semakin menghampiri UMNO. Parti2 komponen nya seperti MCA, MIC dan Gerakan masih terumbang ambing di lautan bergelora. Sokongan kaum cina dan india sudah beraleh kepada DAP, PKR dan PAS.

Kedudukan UMNO semakin bertambah parah dengan ujudnya beberapa pertubuhan NGO Melayu seperti PERKASA. Tidak perlu di huraikan betapa bencinya kaum cina dan india terhadap pertubuhan ini. Kini UMNO semakin sukar di percayai lagi.

Walaupun UMNO mendabik dada menyatakan bahawa sokongan melayu terhadap UMNO adalah padu. Tetapi malang nya melayu sudah berpecah tiga, cuma satu kumpulan sahaja yang menyokong UMNO, sedangkan dua lagi iaitu PAS dan PKR menyokong DAP. Kedudukan PAS dan PKR semakin bertambah kukuh dengan adanya sokongan dari kaum cina dan india.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa PR memang kuat. Ianya telah terbukti benar pada PRK Parlimen Sibu di Sarawak. Kubu kuat BN tumbang tergolek walaupun telah bergunakan berbagai senjata sulit yang cangeh2. PM, TPM dan hampir semua menteri2 BN turun padang membantu calun nya, alas! tumbang juga.

Apabila kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN, maka inilah isyarat menyatakan BN akan berakhir. PRU13 pasti BN akan menghadapi tentangan yang sangat hebat dari PR terutama di Sabah dan Sarawak. Mampukah UMNO bertahan se mata2 dengan sokongan melayu sahaja? Cuba fikir2 kan wahai pencacai2 UMNO.

June 25, 2010

Kerajaan BN sudah benar2 terdesak - komek kartun pun sudah jadi sasaran.

Buku komek kartun pun sudah jadi ancaman terhadap negara. Adakah pehak berkuasa masih lagi beranggapan bahawa rakyat hari ini berfikiran kuno macam 100 tahun dahulu?

Dengan mengharamkan buku kartun ini tanggapan rakyat terhadap pemerintah akan bertambah buruk. Boleh dikatakan bahawa rakyat hari ini hampir semuanya berpelajaran dan boleh berfikir dengan waras dan boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik.

Sebalik nya pehak yang berkenaan menerbitkan buku ini lah yang mendapat untung. Buku ini akan bertambah laris di jual dalam pasaran gelap.  Orang yang tidak pernah tahu buku ini ujud sekarang sudah tahu. Pasti mereka terlalu ingin memiliki nya.

Sebenarnya buku kartun ini tidak banyak yang boleh melemahkan kerajaan BN yang sudah sememang nya lemah. Sebab utama kelemahan BN ialah di sebabkan sudah hilang sokongan dari kaum bukan melayu terhadap UMNO.

Pada pandangan kaca mata bukan melayu, UMNO sudah tidak boleh lagi dipercayai untuk menerajui pemerintahan negara. Sebab2 nya UMNO sendiri sudah sedia maklum mengetahui nya.

UMNO perlu berubah, malangnya bukan nya perkara yang senang untuk berubah. UMNO cuma boleh di ubah, makna nya digantikan dengan yang lain iaitu PAS. Kini kaum bukan melayu lebih percaya kan PAS untuk menerajui pemerintahan negara. Itu sebab bukan melayu sudah sebulat suara akan menyokong PAS.

Hari ini BN sangat phobia terhadap PRU atau PKR. Tetapi PRU 13 tidak boleh di elak kan, BN pasti akan menerima padah nya.

May 26, 2010

Akhirnya - MIC berperang juga dengan UMNO~~~~~~~~~~~~

UMNO sudah buat silap besar - berperang dengan MIC. Walaupun ramai calun ADUN dan AP MIC kalah pada PRU12 yang lepas, MIC tetap masih setia dengan BN, setiap PRK MIC banyak membantu BN/UMNO untuk memberi kemenangan.

Malang sungguh bagi nasib MIC yang selama ini sangat setia kepada BN/UMNO telah dicemuh dan di cacai oleh UMNO cuma kerana sedikit perkataan dari anak Samy Vellu. Selalunya jika ada terkeluar pandangan nagetiv dari mulut pemimpin2 UMNO, UMNO boleh terima dan nyatakan itu 'pendapat peribadi' sahaja.

Mengapa UMNO tidak boleh anggap kenyataan anak Samy Vellu itu juga 'pendapat peribadi' nya sahaja? UMNO memang mahu cari salah dan cari pasal dengan MIC. Sekarang UMNO terpaksa terima padah dengan kesombongan nya itu.

UMNO memang sombong dan bebal, tidak sedar diri. Sebenarnya UMNO sudah hilang kuasanya pada PRU12 yang lepas, cuma rakyat Sabah dan Sarawak yang kurang bijak itu telah selamatkan UMNO untuk terus berkuasa.

PRU13 semakin hampir tiba, BN semakin bermasalah. Nalapambu haraf UMNO akan terus berkomprantasi dengan MIC. Ada harapan kerajaan baru akan memerintah negara selepas PRU13 nanti.

April 27, 2010

P94 Hulu Selangor telah membuktikan kegagalan "1 Malaysia"


"1 Malaysia" yang di laung2 kan dan di banggakan serta di agung2 kan oleh PM telah terbukti gagal terlaksana. Apakah makna nya '1 Malaysia' jika kaum cina masih lagi tidak menyokong BN?

Sebenarnya bukan sahaja kaum cina yang tidak sokong BN, malahan kaum india juga tidak sokong BN. Jika sekiranya BN meletak kan calun melayu dari UMNO di P94 HS sudah pasti kaum india juga akan tidak sokong BN. 

'1 Malaysia' cuma tinggal slogan kosong yang tidak memberikan apa2 makna langsung jika kaum cina dan india masih lagi tidak sokong BN.

Sepatutnya PKR sudah kalah teruk di P94 HS. PKR turun padang dalam keadaan yang sangat buruk, sedang dilanda ber bagai2 krisis dalaman dan luaran parti. PKR boleh lah di ibaratkan se ekor kuda tempang yang turun padang untuk berlumba.

BN pula yang kunun nya sedang berada di kemuncak kekuatan nya, sudah pulih dan sudah diterima oleh semua gulungan rakyat. Wira2 gagah BN semua turun padang dengan mengunakan berbagai2 senjata yang canggeh untuk menentang musuhnya yang lemah dan sudah tercederakan.

Malang sungguh bagi BN, diakhir perlawanan nya ianya hampir tewas, menang dengan kecederaan yang teruk.

Terbukti bahawa BN masih dipinggirkan oleh kaum bukan melayu. Slogan '1 Malaysia' gagal terlaksana. BN masih berada di takuk lama. Menunggu masa ketibaan PRU13 untuk dikorban kan.

March 02, 2010

1 Pakatan Rakyat Satu Malaysia

UMNO bergembira meraikan beberapa orang pemimpin2 hampas dari Pakatan Rakyat. Sebenarnya dengan terkeluar nya pemimpin2 hampas ini PR adalah sebuah parti yang sangat bersih dari segi pemimpin nya.

PR tidak seperti UMNO yang di pimpin oleh pemimpin yang bergelumang dengan najis rasuah, gila harta dan kuasa. Boleh dikatakan hampir semua pemimpin2 UMNO ini terlibat dengan gegala2 buruk. Sekarang UMNO dengan bangga dan besar hati nya pula menerima pemimpin2 hampas ini masuk menyertai UMNO. UMNO sudah jadi bakul sampah untuk menadah barang busuk yang telah di buang.

UMNO yang busuk itu akan menjadi ber tambah2 lagi busuk dengan kemasukan lebih ramai pemimpin2 busuk kedalam UMNO. Pemimpin busuk ini dianggap seperti haiwan sahaja kerana telah sanggup mengkhianati penyokong2 nya. Dia tidak sedar bahawa kedudukan nya sebagai Wakil Rakyat itu se mata2 hasil dari usaha dan titik peluh penyokong nya.

Yang melompat dan mengkhianati penyokong itu cuma beberapa ekor sahaja. Akan tetapi penyokong2 nya tidak ada yang pernah ikut sama melompat keluar macam katak atau beruk. Pemimpin yang melompat dan mengkhianati penyokong ini sama dengan katak atau beruk.

Sebenar nya sokongan rakyat terhadap PR makin ber tambah2 kuat lagi, kerana kini kita boleh berbangga di pimpin oleh pemimpin2 yang SANGAT BERSIH. Kekuatan PR terbukti makin bertambah kuat jika di tinjau dalam semua ceramah2 dan program yang dianjurkan oleh nya.

October 19, 2009

Sambutan hangat 1 Malaysia di stadium Ipoh Perak sudah buktikan BN/UMNO pulih?


Sambutan 1 Malaysia

Adakah kemenangan besar oleh UMNO di Bagan Pinang sudah menandakan bahawa UMNO sudah mula puleh? Sebenarnya kemenangan UMNO ini disebabkan permainan politik kaum bukan melayu. Pakatan Rakyat tidak mendapat rugi apa2 jika memberi kemenangan kepada UMNO, sebabnya Bagan Pinang milik UMNO. Sebaliknya penyokong PR dari keturunan bukan melayu bijak berpolitik.

UMNO kena  tunaikan janji nya kepada penduduk Bagan Pinang, ini dengan secara langsung akan menguntungkan kami. Jika sekiranya Bagan Pinang milik PR  atau pun akan menjejaskan pentadbiran PR pasti ianya akan dipertahankan.

UMNO memang bodoh menjangkakan ianya sudah pulih dan diterima oleh semua kaum.

Sekarang perayaan 1 Malaysia pula sedang di lancarkan disana sini. Di Ipoh Perak kita telah saksikan puluhan ribu rakyat hadir berhimpun meraikan nya.

Sebenarnya jika kehadiran mereka ini tidak angkut dan diberi makan dah tentu stadium akan kosong.

April 02, 2009

UMNO Vs PAS


Semangat PAS yang padu --------UMNO semakin mereput

Pada PRU12 yang lepas kerajaan BN/UMNO di kira sudah tumbang di Semenanjung Malaysia. BN/UMNO bernasib baik kerana rakyat di Sabah dan Sarawak masih tidak sedar dan kurang mendapat melihat dunia luar yang sedang berkemajuan.

Di Semenanjung Malaysia, hampir semua kaum cina telah sokong DAP, kaum india pula ada yang sokong DAP, PAS dan PKR. Parti2 ini bergabung - menjadikan sebuah parti yang di namakan Pakatan Rakyat.

Bagi kaum cina dan india, PAS telah mengantikan kepada UMNO. PAS telah membuktikan ketelusan dan keadilan nya semasa memerintah di Perak. Tidak ada pemimpin PAS yang terlibat dengan perkara buruk.

Parti Pakatan Rakyat akan mengantikan Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Ini kerana sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sudah mula mengembang.

Tetapi makin sehari rakyat diSabah dan Sarawak sudah mula pandai dan faham tentang politik yang telah memberi penerangan dari Pakatan Rakyat di sana. Jika mereka sudah sedar dan bijak berpolitik, maka sokongan mereka tetap pada Pakatan Rakyat.

MELAYU, CINA, INDIA DAN PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK BERSATU MEMBENTUK KERAJAAN BARU.