May 31, 2009

Siapa Sebenar Peneraju PKR

Hingga ke hari ini nala masih ter tanya2 siapa sebenarnya peneraju Pakatan Rakyat?

Tidak pernah disebut oleh mana2 pehak sama ada DAP, PAS atau PKR yang menjadi teraju utama nya. Tn Guru Hadi Awang mewakili PAS, YB Lim kit Siang mewakili DAP dan DSAI mewakili PKR.

Berbalik kepada persoalan siapa yang menjadi teraju utama tidak penting, mungkin ke tiga2 nya sekali menjadi teraju utama Pakatan Rakyat. Tn Guru menerajui PAS bagi kaum melayu/islam, YB Lim Kit Siang peneraju DAP bagi kaum cina, DSAI menerajui PKR bagi semua kaum.

Sekarang nala mahu tahu siapa pula yang menjadi wakil kaum india dalam Pakatan Rakyat ini. Apa kah parti bagi kaum india di dalam Pakatan Rakyat? Tanpa parti? Cuma menumpang pada DAP, PKR atau PAS?

Nampak nya kaum india yang menyokong Pakatan Rakyat sudah tertipu bulat2. Kaum ini dalam Pakatan Rakyat sebenarnya sepagai menumpang sahaja. Parti kaum india tidak ujud di dalam Pakatan Rakyat.

Nala kira adalah lebih baik semasa menyokong BN dahulu, se kurang2 nya kaum india berparti sendiri iaitu MIC. Kaum india harus sedar akan perkara ini.

Satu perkara lagi, sudah lebih satu tahun kita berada menyokong Pakatan Rakyat, tetapi masalah kita satu pun tidak dapat di selesaikan oleh Pakatan Rakyat. Apa yang nampak nyata, kerajaan BN berterus terusan menolong dan membantu kaum india.

Kita harus sedar dan harus kembali mensokong kerajaan BN semula.

May 21, 2009

Mampukah UMNO di pulihkan?



Selama ini UMNO adalah sebuah parti melayu yang sangat kuat dan berpengaruh di tanah melayu. UMNO menguasai hampir keseluruh Malaysia. Kekuatan UMNO ini pula disokong penuh oleh kaum cina dan india. Setiap PRU atau PRK parti lawan menghadapi kesukaran untuk menang. Bahkan ramai parti lawan hilang wang pertaruhan nya. Cuma PAS sahaja yang mampu bertahan di Kelantan.

Kekuatan UMNO ini telah menjadikan pemimpin2 nya angkuh dan lupa diri. Siang malam mereka sebok menambah harta kekayaan. Hampir semua pemimpin2 ini menjadi kaya raya dalam masa yang singkat. Mereka juga telah membenarkan 'politik wang' dalam UMNO.

Setiap kali diadakan PAU, pemimpin2 UMNO ini membelanjakan berjuta2 RM untuk mempertahan kan kedudukan mereka sebagai pemimpin. Maka timbul lah apa yang dikatakan 'rasuah politik' yang di halalkan oleh UMNO. Ketua pemuda UMNO didapati bersalah kerana 'rasuah politik' di maafkan dan dibenarkan bertanding dan seterus nya menang.

Seorang ketua menteri di negara Hang Tuah juga didapati bersalah kerana 'rasuah politik', dia tidak dibenarkan bertanding, tetapi boleh terus menjadi ketua menteri.

Pemimpin2 UMNO yang jujur dan takut dengan 'rasuah politik' semua nya gugur semasa PAU. Hanya yang berani sanggup memeberi 'rasuah politik' sahaja akan dapat mengekal kan jawatan mereka. Maka dengan ini UMNO sudah bergelumang dengan 'rasuah politik'.

Orang melayu/islam yang sedar sudah mula meninggalkan UMNO. Mereka nampak bahawa PAS lebih jujur dan lebih bersih dari UMNO. Semenjak dua tiga PRU yang lepas PAS sudah mula mendapat sokongan dari kaum cina dan india pula. Setiap PRU atau PKR di adakan PAS telah menambah bilangan kerusi nya. Sudah tidak kedengaran lagi hilang wang pertaruhan.

Perubahan sokongan kaum cina dan india dari UMNO kepada PAS inilah yang menyebabkan kelemahan UMNO. Sebenarnya hampir semua kaum cina dan india sudah tinggalkan BN, mereka menyokong DAP, PAS dan PKR (Pakatan Rakyat), ini terbukti pada PRU yang lepas. P Pinang dapat di perintah oleh DAP kerana sokongan padu kaum cina terhadap DAP.

Di negeri Perak, semua kawasan DUN yang ditandingi oleh DAP kesemua nya telah menang . Dengan bantuan DAP ini juga PAS dan PKR telah memenangi banyak kawasan DUN . Perkara yang sama juga telah berlaku di Kedah dan Selangor. Kekuatan Pakatan Rakyat ini juga telah terbukti dalam 5 PRK. Pakatan Rakyat telah menang 4 PRK dan kalah dengan bergaya di Batang Ai.

PKR buat kali pertama bertanding di Batang Ai walau pun kalah, tetapi telah mendapat lebih 2000 undi dan tidak hilang wang pertaruhan nya. Itu dikira sangat baik. Ini bermakna rakyat di sana sudah mula terima Pakatan Rakyat.

TPM berkata, UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Malang nya kita lihat hingga ke saat ini UMNO makin bertambah parah. Hinggakan tidak sanggup meletak kan calun UMNO di PRK N12 Penanti.

Sepatutnya ini lah masa yang tepat untuk bukti kan bahawa UMNO sudah mula pulih (jika UMNO menang). Tetapi sungguh malang, UMNO tidak berani berbuat demikian. UMNO takut akan di malukan buat kali ke 5 pula. UMNO menyedari bahawa mereka masih lemah dan akan bertambah lemah kerana tiada sokongan dari kaum cina dan india.



May 19, 2009

Mengapa rakyat menolak kerajaan BN/UMNO


Rakyat hari ini sudah banyak yang berpelajaran tinggi. Cara mereka berfikir sudah jauh lebih maju jika di bandingkan 50 tahun dahulu. Mereka sudah nampak banyak kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin2 BN/UMNO. Pemimpin2 BN/UMNO ini hampir semua nya terlibat dengan 'rasuah politik'. Mereka sanggup melakukann ini se mata2 untuk mendapat kuasa dalam parti. Bila sudah berkuasa maka senanglah mengaut kekayaan.

Sekarang rakyat mahukan pemimpin yang lebih bersih dan boleh diharaf membela rakyat. Bukan nya pemimpin yang cuma pentingkan cari harta kekayaan sahaja. Pemimpin2 PAS adalah menjadi tumpuan sokongan rakyat pada hari ini. Kerana pemimpin PAS nampak lebih bersih dan jujur memimpin rakyat.

Jika 20 tahun yang lepas, setiap 10 orang calun PAS bertanding di luar Kelantan, 8 orang akan hilang wang pertaruhan nya. Tetapi hari ini jarang2 kita dengar calun PAS hilang wang pertaruhan. Ini membuktikan bahawa PAS sudah mendapat ramai sokongan rakyat. Dimerata kawasan melayu, PAS sudah banyak mendirikan dewan ceramah nya. Setiap kali cerama dewan ini dipenuhi hingga melempah keluar oleh rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih bersih dan jujur.

Hari ini jika dalam satu kawasan itu penduduk melayunya 70%, tidak kurang 25% sudah menyokong PAS, 15% menyokong PKR. Cuma tinggal 30% sahaja yang masih menyokong UMNO.

Dalam Pakatan Rakyat PAS dan PKR = 40%, jadinya cuma memerlukan lebih kurang 15% sahaja sokongan dari DAP untuk memastikan kemenangan dalam sesuatu DUN. Perkiraan ini telah terbukti dalam 4 PRK - iaitu di P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau.

Jika BN/UMNO bertanding di N12 Penanti, pengalaman yang sama akan berlaku. Itu sebab BN/UMNO tidak berani meletakan calun UMNO di N12 Peranti.

Sekarang BN/UMNO cuma boleh menang jika kawasan DUN yang mempunyai 80% -100% melayu atau kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat pasti akan menumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU13 nanti.

May 14, 2009

BN/UMNO semakin terpinggir



Kuasa memerintah BN/UMNO cuma bergantung kepada 'talian hayat' dari rakyat Sabah dan Sarawak. Talian hayat ini makin sehari makin menjadi genting dan mungkin putus sebelum PRU13. Keadaan ini mungkin berlaku kerana kekecohan yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia.

Dalam UMNO kecoh dalam PAU - berlaku rasuah secara terang2, pada pandangan pemimpin itu perkara biasa, tetapi bagi rakyat yang berfikiran waras ianya satu perbuatan terkutuk dan sukar di terima.

Parti MCA kecoh, MIC kecoh, Gerakan kecoh, PPP kecoh dan UMNO lagi kuat kecoh nya. Sebenarnya hampir semua kaum india dan cina sudah tinggalkan BN. Mereka sudah bersatu dalam DAP. Itu sebab pada PRU12 yang lepas calun dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP hampir semua nya tewas. Kalau ada yang menang itu pun dengan sokongan undi melayu sahaja - seperti di Gerik, Perak.

Di Semenanjung Malaysia, empat negeri di perintah oleh Pakatan Rakyat. Negeri yang di perintah oleh BN banyak yang kecoh, seperti Perak dan Terengganu. Rakyat dari Sabah dan Sarawak sedang memerhatikan segala kekecohan yang sedang berlaku ini. Bagi mereka yang bijak berfikir, mereka sudah nampak akan kelemahan pemerintah negara. Kerana perkara kecil yang berlaku ini tidak dapat di selesaikan dengan segera.

Di khawatiri lambat laun pada PRU13 nanti mereka boleh berubah arah dan akan menyokong PR pula.

Selepas PRU12 yang menghitam kan BN/UMNO, tidak ada tanda2 BN/UMNO akan pulih dan bertambah segar dan kuat. Kemenangan BN/UMNO di Batang Ai tidak boleh dibanggakan. PKR bertanding buat kali pertama telah mendapat lebih 2000 undi. Sepatutnya PKR hilang wang pertaruhan nya di Batang Ai.

Para penyokong BN/UMNO harus sedar dan jangan pandai cakap besar sahaja - pulihkan BN/UMNO dengan segera sebelum terlambat.