Showing posts with label UMNO tumbang. Show all posts
Showing posts with label UMNO tumbang. Show all posts

May 21, 2009

Mampukah UMNO di pulihkan?



Selama ini UMNO adalah sebuah parti melayu yang sangat kuat dan berpengaruh di tanah melayu. UMNO menguasai hampir keseluruh Malaysia. Kekuatan UMNO ini pula disokong penuh oleh kaum cina dan india. Setiap PRU atau PRK parti lawan menghadapi kesukaran untuk menang. Bahkan ramai parti lawan hilang wang pertaruhan nya. Cuma PAS sahaja yang mampu bertahan di Kelantan.

Kekuatan UMNO ini telah menjadikan pemimpin2 nya angkuh dan lupa diri. Siang malam mereka sebok menambah harta kekayaan. Hampir semua pemimpin2 ini menjadi kaya raya dalam masa yang singkat. Mereka juga telah membenarkan 'politik wang' dalam UMNO.

Setiap kali diadakan PAU, pemimpin2 UMNO ini membelanjakan berjuta2 RM untuk mempertahan kan kedudukan mereka sebagai pemimpin. Maka timbul lah apa yang dikatakan 'rasuah politik' yang di halalkan oleh UMNO. Ketua pemuda UMNO didapati bersalah kerana 'rasuah politik' di maafkan dan dibenarkan bertanding dan seterus nya menang.

Seorang ketua menteri di negara Hang Tuah juga didapati bersalah kerana 'rasuah politik', dia tidak dibenarkan bertanding, tetapi boleh terus menjadi ketua menteri.

Pemimpin2 UMNO yang jujur dan takut dengan 'rasuah politik' semua nya gugur semasa PAU. Hanya yang berani sanggup memeberi 'rasuah politik' sahaja akan dapat mengekal kan jawatan mereka. Maka dengan ini UMNO sudah bergelumang dengan 'rasuah politik'.

Orang melayu/islam yang sedar sudah mula meninggalkan UMNO. Mereka nampak bahawa PAS lebih jujur dan lebih bersih dari UMNO. Semenjak dua tiga PRU yang lepas PAS sudah mula mendapat sokongan dari kaum cina dan india pula. Setiap PRU atau PKR di adakan PAS telah menambah bilangan kerusi nya. Sudah tidak kedengaran lagi hilang wang pertaruhan.

Perubahan sokongan kaum cina dan india dari UMNO kepada PAS inilah yang menyebabkan kelemahan UMNO. Sebenarnya hampir semua kaum cina dan india sudah tinggalkan BN, mereka menyokong DAP, PAS dan PKR (Pakatan Rakyat), ini terbukti pada PRU yang lepas. P Pinang dapat di perintah oleh DAP kerana sokongan padu kaum cina terhadap DAP.

Di negeri Perak, semua kawasan DUN yang ditandingi oleh DAP kesemua nya telah menang . Dengan bantuan DAP ini juga PAS dan PKR telah memenangi banyak kawasan DUN . Perkara yang sama juga telah berlaku di Kedah dan Selangor. Kekuatan Pakatan Rakyat ini juga telah terbukti dalam 5 PRK. Pakatan Rakyat telah menang 4 PRK dan kalah dengan bergaya di Batang Ai.

PKR buat kali pertama bertanding di Batang Ai walau pun kalah, tetapi telah mendapat lebih 2000 undi dan tidak hilang wang pertaruhan nya. Itu dikira sangat baik. Ini bermakna rakyat di sana sudah mula terima Pakatan Rakyat.

TPM berkata, UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Malang nya kita lihat hingga ke saat ini UMNO makin bertambah parah. Hinggakan tidak sanggup meletak kan calun UMNO di PRK N12 Penanti.

Sepatutnya ini lah masa yang tepat untuk bukti kan bahawa UMNO sudah mula pulih (jika UMNO menang). Tetapi sungguh malang, UMNO tidak berani berbuat demikian. UMNO takut akan di malukan buat kali ke 5 pula. UMNO menyedari bahawa mereka masih lemah dan akan bertambah lemah kerana tiada sokongan dari kaum cina dan india.



May 19, 2009

Mengapa rakyat menolak kerajaan BN/UMNO


Rakyat hari ini sudah banyak yang berpelajaran tinggi. Cara mereka berfikir sudah jauh lebih maju jika di bandingkan 50 tahun dahulu. Mereka sudah nampak banyak kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin2 BN/UMNO. Pemimpin2 BN/UMNO ini hampir semua nya terlibat dengan 'rasuah politik'. Mereka sanggup melakukann ini se mata2 untuk mendapat kuasa dalam parti. Bila sudah berkuasa maka senanglah mengaut kekayaan.

Sekarang rakyat mahukan pemimpin yang lebih bersih dan boleh diharaf membela rakyat. Bukan nya pemimpin yang cuma pentingkan cari harta kekayaan sahaja. Pemimpin2 PAS adalah menjadi tumpuan sokongan rakyat pada hari ini. Kerana pemimpin PAS nampak lebih bersih dan jujur memimpin rakyat.

Jika 20 tahun yang lepas, setiap 10 orang calun PAS bertanding di luar Kelantan, 8 orang akan hilang wang pertaruhan nya. Tetapi hari ini jarang2 kita dengar calun PAS hilang wang pertaruhan. Ini membuktikan bahawa PAS sudah mendapat ramai sokongan rakyat. Dimerata kawasan melayu, PAS sudah banyak mendirikan dewan ceramah nya. Setiap kali cerama dewan ini dipenuhi hingga melempah keluar oleh rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih bersih dan jujur.

Hari ini jika dalam satu kawasan itu penduduk melayunya 70%, tidak kurang 25% sudah menyokong PAS, 15% menyokong PKR. Cuma tinggal 30% sahaja yang masih menyokong UMNO.

Dalam Pakatan Rakyat PAS dan PKR = 40%, jadinya cuma memerlukan lebih kurang 15% sahaja sokongan dari DAP untuk memastikan kemenangan dalam sesuatu DUN. Perkiraan ini telah terbukti dalam 4 PRK - iaitu di P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau.

Jika BN/UMNO bertanding di N12 Penanti, pengalaman yang sama akan berlaku. Itu sebab BN/UMNO tidak berani meletakan calun UMNO di N12 Peranti.

Sekarang BN/UMNO cuma boleh menang jika kawasan DUN yang mempunyai 80% -100% melayu atau kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat pasti akan menumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU13 nanti.