Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

May 26, 2010

Akhirnya - MIC berperang juga dengan UMNO~~~~~~~~~~~~

UMNO sudah buat silap besar - berperang dengan MIC. Walaupun ramai calun ADUN dan AP MIC kalah pada PRU12 yang lepas, MIC tetap masih setia dengan BN, setiap PRK MIC banyak membantu BN/UMNO untuk memberi kemenangan.

Malang sungguh bagi nasib MIC yang selama ini sangat setia kepada BN/UMNO telah dicemuh dan di cacai oleh UMNO cuma kerana sedikit perkataan dari anak Samy Vellu. Selalunya jika ada terkeluar pandangan nagetiv dari mulut pemimpin2 UMNO, UMNO boleh terima dan nyatakan itu 'pendapat peribadi' sahaja.

Mengapa UMNO tidak boleh anggap kenyataan anak Samy Vellu itu juga 'pendapat peribadi' nya sahaja? UMNO memang mahu cari salah dan cari pasal dengan MIC. Sekarang UMNO terpaksa terima padah dengan kesombongan nya itu.

UMNO memang sombong dan bebal, tidak sedar diri. Sebenarnya UMNO sudah hilang kuasanya pada PRU12 yang lepas, cuma rakyat Sabah dan Sarawak yang kurang bijak itu telah selamatkan UMNO untuk terus berkuasa.

PRU13 semakin hampir tiba, BN semakin bermasalah. Nalapambu haraf UMNO akan terus berkomprantasi dengan MIC. Ada harapan kerajaan baru akan memerintah negara selepas PRU13 nanti.

April 20, 2010

Senjata BN yang paling berkesan dalam menentang lawan nya..........

P94 Hulu Selangor sedang dihujani oleh wang ringgit yang sedang diturunkan oleh kerajaan BN untuk mengambil hati rakyat. Segala permintaan dan tuntutan sudah mendapat jaminan ditunaikan jikasekiranya BN berkuasa semula di P94 Hulu Selangor.

Tanah kuil Hindu yang tertangguh selama hampir 20 tahun pun sudah mendapat jaminan untuk diselesaikan. Minta saja apa2 yang dihajatkan, pasti kerajaan BN akan mengaku dan berjanji akan tunaikan nya.

Inilah masanya BN sangat bermurah hati dan perihatin terhadap rakyat. Pemimpin2 BN pun apa kurang nya, semuanya menunjuk kan sikap dan sifat berbaik2 mesra, murah hati dan intim dengan rakyat. Minta apa saja, anda pasti tidak akan kecewa. Kalau tak dapat pun sekurang2 nya anda akan mendapat janji atau jaminan.

Selain dari itu, kita pula akan dihidangkan oleh semua media BN dengan berita2 tentang kelemahan dan keburukan PR. Dan diceritakan pula tentang kebaik kan BN, pergi sana sini bantu rakyat miskin dan segala kesusahan rakyat.

Ini lah cara BN laku kan setiap kali ada PRU atau PRK diadakan.

PR sebenarnya sudah lali dan biasa sangat dalam menghadapi taktik buruk BN ini. Rakyat yang bijak dan sedar akan keburukan BN juga sudah tidak ambil kesah tentang propaganda BN ini.

Sebenar nya BN sedang dalam ketakutan dan cemas dalam menghadapi PRK di P94 ini. Jika BN tewas, MIC akan berkubur buat selama2 nya. BN juga akan mendapat aib yang besar. Pemimpin2 besar BN sendiri mengakui bahawa P94 adalah sebagai medan untuk ujian kepada BN, sama ada ianya diterima rakyat atau sebalik nya.

Kepada para penyokong PR, ini lah masa nya untuk kita mematahkan kekuatan BN yang tidak lagi kuat itu.

April 14, 2010

Mengapa P94 masih di kekalkan kepada MIC...............

Kebijaksanaan PM untuk menutup malu jika P94 akan kekal di tangan PKR. Jika P94 diserahkan kembali kepada UMNO pasti BN akan kalah sekali lagi. Kekalahan di tangan UMNO akan mendatangkan kemaluan yang teramat besar kepada BN.

Sebenarnya BN sudah menghidu kekalahan di P94. BN belum lagi pulih bahkan ianya bertambah parah lagi. Rebutan kerusi P94 antara MIC dengan UMNO ini sahaja sudah mendatangkan bencara besar kepada BN.

Kaum india yang berjumlah 19% sahaja ini tidak semuanya ahli MIC. Kaum india telah terlalu ramai sudah tinggalkan MIC, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap MIC dan Datuk S Vellu. Jika betul2 di kira kaum india yang masih lagi tinggal menyokong MIC cuma tidak lebih 10% sahaja.

BN juga sudah lupa bahawa sebelum P94 diserahkan kepada MIC ianya milik MCA. Kaum cina yang melebihi kaum india iaitu berjumlah 26.7%. MCA juga ada hati mahukan juga P94 dikembalikan kepada nya. Tetapi malang nya MCA tidak terdaya kerana kaum cina sudah hampir semuanya menyokong DAP.

Kini BN cuma sebuk tentang MIC yang mempunyai beberapa orang penyokong yang setia dan masih menyokong BN. BN sudah ketepikan UMNO yang lebih ramai penyokong nya. Adakah penyokong UMNO ini boleh diperbodohkan oleh BN untuk se lama2 nya?

PKR tidak bermasalah mempertahankan P94 kerana sudah terjamin sepenuhnya 26.7% undi dari kaum cina. Jika 15% sahaja melayu menyokong PAS dan 10% lagi menyokong PKR sudah pasti MIC akan tumbang tergolek. Ini belum lagi diambil kira penyokong dari kaum india yang bencikan MIC.

April 13, 2010

Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu.

BN memang mengundang bencana kerana terus kelakan P 94 Hulu Selangor kepada MIC. Sebenarnya UMNO Hulu Selangor telah lama mahukan P94 dikembalikan kepada UMNO. Pada PRU 12 yang lepas UMNO sudah bertindak memberi isyarat supaya MIC menyerahkan P 94 kembali kepada UMNO.

Sungguh malang bagi BN kerana telah mempertahankan P 94 kekal kepada MIC. Presiden MIC yang kecundang di Sg Siput itu pula mahukan timbalan nya yang sudah kalah pada PRU12 yang lepas di calun kan semula di P 94. Sudah lah perkara pertama ditunaikan tetapi masih lagi tidak puas hati mahukan pula calun yang pernah kalah ditempat yang sama itu dicalun kan semula.

P 94 bermajoriti kan kaum melayu, sedangkan kaum india cuma lebih kurang 19% sahaja. Itu pun bukan semuanya penyokong MIC. Ada kemungkinan kaum india yang menyokong MIC cuma lebih kurang 5 atau 10% sahaja paling ramainya.

Kaum melayu di Hulu Selangor sudah terlalu lama diperbodohkan oleh S Vellu dan MIC nya. Adakah melayu di Hulu Selangor mahu terus diperbodohkan? Jika tidak, bangun lah segera dan menentang S Vellu dan MIC nya berserta dengan kuncu2 nya.

April 06, 2010

P94 Hulu Selangor - medan 'pertempuran' MIC Vs UMNO.

Kekosongan kerusi P94 tidak membawa kegembiraan kepada BN. Malahan ianya akan membawa bencana besar kepada BN.

P94 memang unik, ianya telah menjadi lambang kesetiakawanan antara parti dalam BN. Pada awal nya ianya di miliki oleh UMNO. Setelah habis satu penggal ianya diserahkan kepada MCA selama empat penggal, selepas itu ianya diberikan peluang pula kepada MIC.

MIC telah menguasai nya selama enam penggal sehingga kalah pada PRU12 yang lepas. UMNO memang baik hati, sanggup memberi peluang selama 10 penggal kepada sahabat parti komponen nya MCA dan MIC. Sebenarnya UMNO sudah terlalu banyak berkorban untuk parti2 komponen nya terutamanya MIC.

Jika mahu dikirakan, semua kerusi yang dimiliki oleh MIC itu adalah kawasan majoriti kaum melayu. Kerana di Malaysia ini tidak ujud satu kawasan pun yang bermajoritikan kaum india. Jika MIC di berikan kepada kawasan majoriti kaum cina, pasti MIC akan kalah teruk. Itu sebab MIC diberi keistimewaan di kawasan2 majoriti melayu sahaja.

Presiden MIC pada awal2 nya sudah umumkan timbalan nya untuk dicalun kan semula di P94. Dia tidak sabar2 lagi untuk tunggu pengumuman dari yang lebih berkuasa dalam BN. Beberapa hari kemudian beliau bersuara kembali dengan meyerahkan kepada PM untuk menentukan siapa yang patut dicalun kan.

Sebenarnya P94 sudah lama dituntut kembali oleh UMNO. Malangnya MIC berdegil tidak mahu serahkan kembali kepada tuan asalnya iaitu UMNO. Kedegilan MIC ini telah menerima padah pada PRU12 yang lepas. UMNO telah jatuhkan MIC dengan undi protest.

Sekarang akan berlaku lagi satu episod rebutan kerusi di P94. Kali ini rebutan kerusi ini tidak boleh di sembunyikan lagi. Dimana sahaja sembang2 kita akan terdengar rintihan dari kaum melayu yang mahukan P94 diserahkan kembali kepada UMNO. Jika tidak, ada kemungkinan peristiwa buruk PRU12 akan berulang kembali.

March 30, 2010

PKR @ Pakatan Rakyat tiada masalah pertahankan P94 Hulu Selangor.

Pendita agung MIC awal2 lagi sudah buat booking diatas kerusi yang telah kosong kerana kembali nya YB Dr Zainal Abidin Ahmad ke alam yang kekal abadi. Nampak benar pendita MIC ini benar2 sudah jadi berani mendahului PM.

Seharusnya beliau terlebih dahulu berbincang dengan PM sebelum membuat sebarang kenyataan. P94 memang kerusi tradisi bagi MIC, kalah atau menang itu lain perkara, P94 akan tetap untuk MIC sahaja. Jadi tidak perlulah bagi beliau awal2 bersuara merebut P94.

UMNO akan mengundang bahaya jika merampas kerusi P94 dari MIC. Kaum india akan boikot dan semua akan undi PKR, yang pasti BN akan kehilangan 19% undi yang sudah tentu milik BN. MCA walau pun ada 26.7%, tetapi masalah dalaman parti itu masih kusut dan belum selesai. Boleh dikatakan hampir semua kaum cina telah menyokong DAP.

Walaupun kaum melayu ada 53.9%, tetapi ianya sudah berpecah tiga. Dua kumpulan menyokong PR iaitu PAS dan PKR. Jika 20% sahaja kaum melayu ini menyokong PR, Pasti BN/UMNO akan kalah besar. Lebih teruk lagi dari PRU12 yang lepas.

Sekarang PM kita pasti akan pening kepala, kerana UMNO juga sedang giat menuntut P94 supaya di serahkan kepada UMNO, kerana kunun nya MIC sudah hilang sokongan dan tidak mampul untuk merampas P94 dari PKR.

Tanggapan dari UMNO ini memang ada kebenaran nya, kerana kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN. MCA dan MIC sudah jadi lompang, yang tinggal cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya sahaja.

Keputusan nya, walau siapa pun dicalun kan atau parti apa pun selain PKR@PR pasti akan kalah teruk di P94 Hulu Selangor. Untuk menjaga nama baik BN adalah lebih baik jangan bertanding langsung untuk merebut P94 dari PKR.

November 24, 2009

Untung nya DAP bila MCA berperang sama sendiri


Dua parti gergasi cina ini sebenarnya disokong oleh kaum cina yang sama. Satu ketika dahulu kaum cina ini menyokong MCA, hanya sebilangan kecil sahaja yang menyokong DAP.


Pada PRU12 yang lepas trend sokongan kaum cina terhadap MCA sudah berubah, hampir semua kaum cina sudah lari dari MCA dan menyokong DAP pula.

Kini berlaku pula krisis besar dalam pucuk pimpinan MCA. Ini akan menambah kan lagi kebencian kaum cina terhadap parti MCA.



Sebenar nya kaum cina tidak hirau atau ambil kesah tentang apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang. Kerana mereka sudah selesa berada dalam DAP.

Apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang boleh di ibaratkan dua orang nahoda kapal berebut kan sebuah kapal yang kosong. 


Kaum cina lebih suka MCA itu mati atau dibubarkan sahaja. Kerana yang masih tinggal menyokong MCA itu cuma pencacai2 dan pemimpin2 nya sahaja. 


Sekarang PM dan timbalan nya sudah keluar untuk selamatkan MCA yang sebenar nya sudah pun mati pada PRU12 yang lepas. PM cuma akan mendapat malu sahaja, kerana pasti akan gagal selamatkan parti yang sudah mati itu.


PRU13 semakin hampir tiba, DAP parti sokongan kaum cina bertambah semakin kuat. Kekuatan DAP ini memberi makna akan kekuatan Pakatan Rakyat.


BN pasti akan tumbang kerana MCA dan MIC sudah di tinggal kan oleh kaum cina dan india.

September 14, 2009

Kemenangan Puak S Velu akan memberikan sokongan kaum India terhadap MIC/BN?

President MIC Yang Terunggul

Saranan mantan PM TDM supaya President MIC berundur untuk memberi laluan lepada muka baru adalah tepat dan ikhlas. Sebenar nya MIC tak ubah seperti sebuah bahtera yang cuma di huni oleh nakhoda dan anak2 kapalnya sahaja. Ianya tiada penumpang atau passanger dalam bahtera MIC ini.

Sebenarnya semua pemunpang2 nya sudah lagi keluar tinggalkan kapal MIC dan menjadi penumpang dalam kapal DAP atau PKR. Ini telah terbuktikan pada PRU12 yang lepas. Hampir semua calun 2 MIC dalam kerusi DUN atau parliment tewas.

S Velu mendabik dada kunun nya MIC masih kuat dan di terima oleh kaum India. Jika ianya benar mengapa calun MIC di PRK Bukit Selambau tewas dengan teruk nya. Ini membuktikan bahawa MIC sudah tidak diterima oleh kaum India.

Sebenarnya President MIC itu sendiri telah menyebabkan MIC menjadi tidak popular lagi bagi kaum India. Sudah lebih 60 tahun MIC jadi parti pembela kaum India, tetapi malang nya taraf hidup kaum India masih jauh ketinggalan.

Sekarang kita sudah sedar dan akan menentang habis habisan MIC, mulai dari PRU12 yang lepas hingga kini BN akan menerima nasib malang, akan kalah dalam semua PRK atau PRU 13 yang akan datang nanti.

Kami menyokong Persident MIC ini dikekalkan sehingga kerajaan BN senang ditumbangkan pada PRU13 nanti.

Selamat bertahta President MIC hingga ka akhir hayat BN pada PRU13.