Showing posts with label Boikot. Show all posts
Showing posts with label Boikot. Show all posts

April 13, 2010

Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu.

BN memang mengundang bencana kerana terus kelakan P 94 Hulu Selangor kepada MIC. Sebenarnya UMNO Hulu Selangor telah lama mahukan P94 dikembalikan kepada UMNO. Pada PRU 12 yang lepas UMNO sudah bertindak memberi isyarat supaya MIC menyerahkan P 94 kembali kepada UMNO.

Sungguh malang bagi BN kerana telah mempertahankan P 94 kekal kepada MIC. Presiden MIC yang kecundang di Sg Siput itu pula mahukan timbalan nya yang sudah kalah pada PRU12 yang lepas di calun kan semula di P 94. Sudah lah perkara pertama ditunaikan tetapi masih lagi tidak puas hati mahukan pula calun yang pernah kalah ditempat yang sama itu dicalun kan semula.

P 94 bermajoriti kan kaum melayu, sedangkan kaum india cuma lebih kurang 19% sahaja. Itu pun bukan semuanya penyokong MIC. Ada kemungkinan kaum india yang menyokong MIC cuma lebih kurang 5 atau 10% sahaja paling ramainya.

Kaum melayu di Hulu Selangor sudah terlalu lama diperbodohkan oleh S Vellu dan MIC nya. Adakah melayu di Hulu Selangor mahu terus diperbodohkan? Jika tidak, bangun lah segera dan menentang S Vellu dan MIC nya berserta dengan kuncu2 nya.

January 11, 2010

Menteri kureng faham tentang - "kenaikan harga berantai"


Ada juga menteri yang kurang faham atau 'buat2 tidak faham' tentang 'kenaik kan harga berantai'. Sebenarnya setiap kali dinaik kan apa2 juga barang, perkhidmatan atau apa juga pun pasti akan menyebabkan kenaikan kepada yang lain2 juga.

Contoh nya, apabila dinaik kan harga gula 20sen satu kg, ianya mungkin nampak sedikit sahaja. Tetapi bagi peniaga gerai makanan/minuman ianya jadi banyak. Ini kerana ia dikira begini, satu hari guna 10 atau 20 kg, pertambahan 2 atau 4 RM satu hari, jika dikira satu bulan sudah jadi lebih kurang 5 atau 6 puluh ringgit.

Sekarang kita sedang menghadapi berbagai kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan. Sebagai contoh, beras standard pun sudah jadi 25rm bagi 10kg, ikan kembung pun 9 - 12rm 1kg, lain2 benda tak payah lah cerita disini kerana anda semua sudah sedia maklum tahu.

Selain dari itu peniaga juga ada keluarga yang mahu ditanggung, oleh kerana kenaik kan harga berantai, semua barang sudah naik, gaji kuli2 pun mahu naik juga. Maka itulah sebabnya terpaksa kena naikan harga kopi O atau teh O sebanyak 10 sen jika gula naik 20 sen bagi satu kg.

YB Menteri jangan terkejut dengan kenaikan harga kopi O atau teh O sahaja, sepatutnya YB kena terkejut juga dengan kenaikan harga barang yang lain, terutamanya barang makanan.

Jangan hanya pandai nasihat dengan perkataan "cari ditempat lain, BOIKOT atau jangan makan/minum langsung". Itu tak payah perlu beri tahu, kami bukan budak kecil yang tidak tahu berbelanja.