March 08, 2010

BN/UMNO semakin parah


Kedudukan BN/UMNO sebenarnya lebih menggerunkan dari kududukan PR. Dalam PR cuma ada berlaku sedikit krisis dalam pucuk pimpinan parti yang melibatkan ADUN dan MP nya sahaja. Sokongan rakyat terhadap PR sedikit pun tidak terjejas, malahan ianya semakin bertambah kuat.

Tetapi dalam BN/UMNO telah berlaku pergolakan didalam semua peringkat parti, terutamanya dalam MCA. Sekarang MCA sedang menghadapi satu krisis yang yangat besar. Sebenarnya krisis ini tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Krisis ini telah melibatkan pucuk pimpinan dan semua anggota penyokong parti.

Parti MCA ini sebenarnya boleh di ibaratkan sebuah bahtera tongkang yang sudah kosong. Yang tinggal cuma nakhoda dan sedikit kelasi nya sahaja. Sedangkan semua penumpang dan kargo nya sudah berpindah kedalam bahtera tongkang DAP. Nakhoda dan kelasi2 MCA ini bergaduh pula, sedangkan tongkang nya sedang mahu karam.

UMNO menaruh harapan kepada MCA, sedangkan MCA pula sudah hampir tenggelam. Begitu juga dengan parti2 harapan nya seperti MIC, Gerakan dan PPP, semua parti harapan UMNO ini sudah tinggal nyawa2 ikan sahaja. Sebenarnya hampir semua penyokong nya dari kaum bukan melayu sudah cabut lari menyokong DAP.

UMNO cuba menyorok kan segala berita2 buruk ini dengan mengsensasikan berita2 berkenaan pemimpin2 PR yang melompat parti. Walaupun perkara pemimpin2 PR lompat parti ini perkara benar, ianya sedikit pun tidak merisaukan, kerana yang lompat itu cuma beberapa orang sahaja. Penyokong nya seorang pun tidak ada pernah ikut lompat.

1 comment:

  1. APA KEBENDE PR DAH MACAM KAPAL DIPUKUL RIBUT.
    ALAHAI OMAK TOLONGLAH DEN HEH HEH HEH

    ReplyDelete

, ,