Showing posts with label pemimpin UMNO. Show all posts
Showing posts with label pemimpin UMNO. Show all posts

April 19, 2010

BN pasti tumbang sekali lagi di P94 Hulu Selangor

Walaupun bilangan penduduk di P94 majoriti nya kaum melayu, ianya telah dipaksa serahkan kepada MIC. Penduduk2 kaum melayu kebanyakan nya mahu P94 dikembalikan kepada UMNO. Malangnya pemimpin2 atasan UMNO berdegil dan tidak pernah mahu dengan rintihan kaum melayu di P94 ini.

Pada PRU12 yang lepas kaum melayu sudah tunjuk kan tanda protest nya dan BN telah kalah. Kini keadaan BN akan semakin parah kerana ujudnya PERKASA yang diterajui oleh UMNO. PERKASA sangat tidak disenangi oleh kaum cina dan india. Campur tangan UMNO dalam PERKASA akan menambah kan hilang sokongan BN dari kaum bukan melayu.

Kaum cina juga tidak menyokong MIC kerana sebelum ini P94 pernah dipegang oleh MCA sebelum ianya diserahkan kepada MIC. Hasrat kaum cina untuk memiliki semula P94 masih tidak luntur. Sudah pasti undi kaum cina akan menjadi milik PR.

Paling malang lagi apabila MIC di P94 sudah bergolak, seorang ahli atasan nya sudah dipecat kerana menjadi calun bebas menentang BN/MIC. Begitu juga dengan UMNO, seorang pemimpin UMNO juga telah dipecat kerana menjadi calun bebas menentang BN/UMNO.

Komposisi bilangan kaum melayu cuma lebih kurang 53.9% sahaja di P 94 Hulu Selangor. Jika 10 atau 20 peratus sahaja memehak kepada PR, sudah pasti BN akan tumbang sekali lagi.

Perkara ini tidak mustahil akan berlaku kerana ramai melayu yang membantah P94 dikekalkan dibawah MIC. Ahli PAS dan PKR juga tidak kurang ramai nya di P94 ini. Sebenarnya ini lah masalah yang paling besar yang sedang dihadapi oleh BN/UMNO.

Walaupun kini bloggers dari gulungan pencacai2  UMNO sedang sebok menghentam perbadi calun PKR, ianya seperti anjing menyalak bukit' sahaja.

March 03, 2010

Tidak ada apa yang perlu di risaukan tentang 'beruk2' yang lompat keluar parti.

Bekas Pemimpin Nombor 1 UMNO pun pernah lompat keluar UMNO.

Kini UMNO sedang berpesta kerana kegembiraan nya menyambut beruk2 yang melompat keluar dari PR. Sebenar nya beruk3 ini tidak mampu merubah perangai buruk UMNO yang tertanam dalam diri nya ketika berada dalam PR- Jiwa raga nya masih tertumpu kepada Rasuah, tamak harta dan gila pangkat dan kuasa.

Beruk2 ini sangat patut di keluarkan dari parti, PKR sudah menjadi benar2 bersih dengan terkeluarnya beruk2 itu. Sekarang beruk2 ini lah yang akan menambah kan buruk lagi image UMNO yang sememang nya BURUK.

Apa nak di hairan kan tentang lompat melompat parti, sedangkan bekas pemimpin UMNO nombor satu pun pernah lompat keluar parti. UMNO tidak pun mati kerana di sebab kan bekas pemimpin nombor satu nya melompat keluar parti UMNO. Inikan pula ianya hanya melibatkan beberapa orang pemimpin yang tidak ada semangat, tamak harta dan gila kuasa itu sahaja. PR akan tetap kuat dan kukuh seperti biasa.

Boleh kah anda jawab mengapa tidak ada seorang pun pemimpin2 UMNO mahu lompat keluar parti?

Kalau ada pun yang lompat keluar itu cuma gimik mahu tarik perhatian sahaja, atau mahukan simpati. Keluar dari UMNO bermakna keluar dari kepuk wang. Kerana pemimpin atau yang berjawatan dalam UMNO semuanya dihujani oleh WANG. Ber timbun2 wang akan dapat mereka kumpul.

Di takuk yang paling rendah seperti ketua cawangan atau bahagian sahaja cuma pegang satu atau dua penggal sudah boleh miliki kereta mewah, banglo besar dan berbini dua tiga orang. Itu cuma harta kekayaan nya yang kita nampak, harta yang tersembunyi nya tuhan sahaja yang tahu berapa banyak nya.



Sebenarnya dengan terkeluarnya pemimpin2 yang tidak berkualiti nya PR telah terbukti sebuah parti yang di pimpin oleh pemimpin2 yang telah disahkan 100% 
BERSIH.

Sokongan rakyat terhadap PR semakin ber tambah2 kuat, kerana hanya PR  sahaja yang telah terbukti di pimpin oleh pemimpin2 yang benar2 bersih dan jujur.
Jika masih lagi ada pemimpin2 yang kotor dalam PR kita patut keluarkan nya dengan segera.

PRU13 semakin hampir tiba, komponen parti BN seperti MCA, MIC dan Gerakan masih lagi berada di ambang kekacauan. Ahli2 nya yang cuma tinggal sekangkang kera itu pun masih tidak dapat bersatu.

Sebenarnya kaum cina dan india sudah tinggalkan dan melupakan parti2 itu. Kini yang tinggal cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya yang ada kepentingan sahaja.

Berbalik pula kita kepada UMNO yang disifatkan sebagai peneraju BN. Pada hakikatnya UMNO yang menerajui BN ini sendiri punya masalah besar, terutamanya di sayap Pemuda UMNO. Tetapi semua media2 yang dikawal oleh BN telah sorok kan semua kepingcagan ini. Maka pada pandangan rakyat yang bodoh dan dungu, BN/UMNO kuat dan tidak bermasalah.