Showing posts with label bukan islam. Show all posts
Showing posts with label bukan islam. Show all posts

January 25, 2011

Siapa sebenarnya kehabisan modal di N5 DUN Tenang

Kesian BN! Hinggakan Cikgu Mala pakai glove pun riuh rendah di laungkan kesana sini. Yang paling bangang ada pula seorang pemimpin atasan nya turut menjerit, tidak kurang pula dengan pencacai2 nya dikalangan bloggers.

Dengan tiba2 pula bloggers pencacai2 UMNO sudah menjadi juara tentang agama islam. Mempertikaikan dan menghina Cikgu Mala kerana bersarung tangan ketika berjabatan tangan. Sebenarnya pehak yang bangang ini memang bangang tentang islam. Saya sudah berkecimpung dengan masyarakat islam semenjak dilahirkan. Setahu saya wanita islam yang benar2 berpegang kepada agama islam memang tidak bersentuhan dengan lelaki yang bukan mohrem nya.

Tetapi dikalangan wanita2 yang kurang memahami islam dan lemah pegangan nya mereka ini memang boleh buat sesuka hati nya. Wanita2 jenis ini biasanya rambut nya terselerak keluar mengerbang macam hantu pontianak, berwarna warni dan ada yang merah menyala macam api neraka. Ada juga wanita jenis ini yang anggap bahawa wanita dan lelaki itu sama sahaja, cuma yang berlainan nya jantina sahaja.

Berbalik semula kepada PRK N5 DUN Tenang, sepatutnya wanita2 islam di kawasan ini patut hormati sikap Cikgu Mala yang sejati tentang islamnya. Cikgu Mala sememang nya sudah patuh dan mengamalkan cara2 hidup islam nya dari kecil lagi kerana dia di didik dengan cara islam yang sebenarnya.

Kami bagi penyokong2 Pakatan Rakyat memang tidak pernah pertikaikan cara2 kehidupan islam. Kami tidak pernah anggap Cikgu Mala telah menghina mana2 pehak kerana beliau berjabat tangan dengan memakai glove. Kerana itu hak nya sebagai seorang islam yang sejati.

Cuma BN yang sudah kehabisan modal kempen sahaja yang mempertikaikan dan me rendah2 kan Cikgu Mala yang mentaati agama islam nya. Sungguh hina dan jijik sikap BN ini yang boleh juga dikatakan sudah menghina agama islam.
 
Saya pernah lihat wanita2 islam dikalangan pemimimpin UMNO, mereka tidak konsisten tentang islamnya. Mereka cuma memakai tudung ketika melawat orang mati atau masuk masjid sahaja, itu pun jambul rambutnya ter tunjul keluar macam kepala burung kenyalang.

Sekarang kita dangan mudah untuk mengenal dan bezakan wanita UMNO dan PAS. Perkara ini tidak perlu lah saya huraikan di sini. 

Saya haraf semua kaum muslim segera sedar dan insafi siapa sebenarnya yang menolak islam demi pepentingan politik nya.

December 31, 2009

'Kelab Penyokong PAS' - 'Himpunan Penyokong PAS', dua2 makna sama - tidak beri apa2 makna kepada "PAS For All"

Pada pendapat Nala, walau apa nama pun diberikan kepada kumpulan bukan islam yang menyokong PAS ianya sama saja - 'no meaning at all' terhadap slogan "PAS For All".

Sepatut nya, apa salahnya jika bukan islam di beri 'taraf' ke ahlian dalam PAS. Sedangkan kini kami telah menyokong dan memberi undi kepada calun2 PAS. Kami juga patut di beri hak untuk menghadiri sebarang muktamar PAS. Dengan ini kami boleh lagi mendalami hal2 yang berkenaan parti PAS.

PAS masih juga di anggap 'racial' jika kaum bukan islam tidak dibenarkan menjadi ahli PAS. Jika PAS mahu terus maju dan mendapat sokongan yang kekal dari buka islam, PAS harus ubah dasar perlembagaan nya supaya bukan islam boleh menjadi ahli.

Sebagai contoh, kaum bukan islam (kristian) di Sabah dan Sarawak sangat 'fobia' dengan parti PAS. Hingga kini PAS gagal untuk tarik perhatian kaum Iban, Dayak dan semua peribumi yang beragama kristian, sedangkan jumlah bilangan kaum ini sangat besar di Sabah dan Sarawak.

Sokongan penduduk dari Sabah dan Sarawak adalah sangat penting bagi Pakatan Rakyat, jika PAS tidak mendapat sambutan dari Sabah dan Sarawak maka hasrat untuk PR berkuasa amat tipis.

Sebenar nya PR sudah berjaya di Semenanjung, tetapi telah gagal di Sabah dan Sarawak. Mungkin kaum peribumi disana belum memahami dasar parti PAS dengan sepenuh nya. PAS mesti buka keahlian nya kepada peribumi Sabah dan Sarawak, seperti UMNO yang sudah bolehkan mereka menjadi ahli UMNO di Sarawak.