October 23, 2009

Career politik Ibrahim Ali pasti berakhir pada PRU13 nanti.


Career politik manusia 'bodoh-sombong' ini pasti akan berakhir pada PRU13 nanti. Tindakan bodoh-sombong nya ini telah membuat mana2 parti benci kepada beliau. Sebenarnya career politik nya sudah pun berakhir apabila dia di tendang keluar dari UMNO seumor hidup.

Career politiknya telah diselamatkan oleh PAS, kini dia telah menggigit tangan orang yang beri dia makan. Anjing yang di beri makan pun tidak pernah gigit tangan tuan nya.

Tuan Guru sepatutnya tidak kutip benda buangan dari UMNO ini. Kerana sifat buruk dan jahat UMNO nya masih kuat tertanam di dalam diri nya. Ibrahim Ali ini cuma bertubuh manusia, tetapi akalnya lebih teruk dari himar di padang pasir. Himar di padang pasir pun tahun mengenal dan berbudi kepada tuan nya yang telah bela nya.

Ada kemungkinan beliau berharaf supada UMNO akan melamarnya. Nala pasti dia akan dilamar oleh UMNO menjelang PRU13 nanti. Sebenar nya UMNO memang suka dengan benda2 busuk seperti ini. UMNO sekarang sudah jadi tong sampah untuk memuatkan benda2 busuk seperti ini.

October 22, 2009

Bekas tahanan ISA tidak layat terima 'anugrah', Bekas pegenayah 'rasuah politik wang' layak dalam semua hal dalam kerajaan UMNO


Bekas tahanan ISA tidak boleh diberi sebarang angrah, walaupun bekas tahanan itu sudah insaf dan jadi baik. Sebenarnya tahanan ISA ini tidak pernah dibicarakan. Dia ditahan atas dasar tuduhan sahaja, tuduhan nya pula tidak pernah dibuktikan benar. Jadinya tiada siapa yang tahu sama ada dia benar2 bersalah atau pun tidak.

Berbezapula dengan rasuah 'politik wang', jika seseorang yang sudah disahkan terlibat ianya masih boleh menerima sebarang anugrah dan berjawatan penting dalam pemerintahan negara.

Sebenarnya orang bekas rasuah politik wang lebih buruk laku dari seseorang bekas tahanan ISA. Rasuah politik wang sebenar nya memang RASUAH sebenar nya. Cuma UMNO sahaja anggap ianya sebagai kesalahan langgar etika parti.

Seseorang yang disah kan terlibat rasuah politik wang sebenarnya rendah akhlak dan tidak bermoral. Mengapa orang yang sedemikian pula boleh terima anugrah dan berjawatan pula dalam pentadbiran negara.

Ada pula  sifatkan memberi anugrah kepada bekas tahanan ISA sepagai memberi anugrah kepada 'perompak'. Jadi bagaimana pula dengan bekas 'banduan' rasuah politik wang?

Sila tuan2 dan puan2 yang bijak laksanan  memberikan pendapatan nya.

October 19, 2009

Sambutan hangat 1 Malaysia di stadium Ipoh Perak sudah buktikan BN/UMNO pulih?


Sambutan 1 Malaysia

Adakah kemenangan besar oleh UMNO di Bagan Pinang sudah menandakan bahawa UMNO sudah mula puleh? Sebenarnya kemenangan UMNO ini disebabkan permainan politik kaum bukan melayu. Pakatan Rakyat tidak mendapat rugi apa2 jika memberi kemenangan kepada UMNO, sebabnya Bagan Pinang milik UMNO. Sebaliknya penyokong PR dari keturunan bukan melayu bijak berpolitik.

UMNO kena  tunaikan janji nya kepada penduduk Bagan Pinang, ini dengan secara langsung akan menguntungkan kami. Jika sekiranya Bagan Pinang milik PR  atau pun akan menjejaskan pentadbiran PR pasti ianya akan dipertahankan.

UMNO memang bodoh menjangkakan ianya sudah pulih dan diterima oleh semua kaum.

Sekarang perayaan 1 Malaysia pula sedang di lancarkan disana sini. Di Ipoh Perak kita telah saksikan puluhan ribu rakyat hadir berhimpun meraikan nya.

Sebenarnya jika kehadiran mereka ini tidak angkut dan diberi makan dah tentu stadium akan kosong.

October 15, 2009

Walau apa juga perubahan yang akan di laku kan dalam UMNO, ianya tidak boleh menghapuskan RASUAH ~~~~(politik wang) kata UMNO.


UMNO tidak mungkin boleh melepaskan diri nya 'politik wang'. Setiap jawatan dalam UNMO itu ibarat 'lobok emas'. Semua ahli UMNO bermula dari 'pencacai' nya hingga ke peringkat yang ter tinggi sentiasa me rebut2 jawatan nya. Dalam merebut jawatan ini  'politik wang' tidak boleh di elak. "Melabur untuk mendapat pelaburan'.


Jika ada pemimpin yang takut atau kedekut untuk 'melabur' maka sudah pasti terkeluar dari mendapat peluang sebarang jawatan. Kerana jawatan dalam parti sangat penting untuk membuat 'pelaburan'. Semasa pemilihan PAU yang lepas ramai pemimpin2 yang 'baik dan jujur' kedekut atau takut melabur telah kalah. Semua yang 'melabur' menang bergaya.

Pelaburan dalam UMNO sangat besar dan sangat menguntungkan. Selama ini jika kita perhatikan, ahli yang berjawatan 'pencacai' pun boleh mendapat 'pelaburan'. Setiap ketua dan AJK cawangan dan bahagian pegang satu dua penggal jawatan pun boleh hidup mewah dengan megah.

'Politik wang' dalam UMNO sama seperti orang yang mengidap kanser atau aids. Penawar nya maut. Sekarang hampir semua yang ada berjawatan dalam UMNO ini sudah di jangkiti oleh penyakit 'kanser' ini. Ianya tidak mudah untuk dihapuskan

Tiada jalan lain untuk membersihkan UMNO selain dari singkirkan semua pemimpin2 yang berpenyakit ini. UMNO tidak akan dipandang bersih dan boleh diterima oleh semua gulungan rakyat selagi masih ramai pemimpin yang berpenyakit 'kanser' ini berada menerajui UMNO.

Sebenar nya apa yang UMNO sedang laku kan ini cuma satu iklan untuk menarik perhatian rakyat. Bagi yang tajam fikiran dan boleh menilai ian nya tidak akan memberi apa2 makna langsung.

Bantuan beras untuk rakyat miskin?



Satu lagi jerat dipasang oleh kerajaan BN untuk memerangkap rakyat yang pendek akal. Sebenarnya program ini belum pun dimulakan. Telapi semua media-E dan cetak kerajaan sudah hamburkan berita2 panas berkenaan kejayaan program ini. Malam tadi semua media-E kerajaan sudah siarkan temu-ramah rakyat miskin berkenaan program ini, semua yang ditemu-ramah memuji dan sanjung tinggi tindakan kerajaan ini - sedangkan ianya BELUM lagi dilaksana kan.

Kerajaan BN TIDAK beri panduan atau syarat2 bagaimana dan siapa yang patut terima bantuan ini dengan jelas. Tafsiran 'rakyat miskin' yang disebutkan itu sangat kabur.

Keluarga A
Sebagai contoh, pendapatan Nala lebih kurang RM1500 sebulan setelah berhempas pulas bekerja siang malam. Tanggungan se isi rumah seramai 13 orang termasuk ibubapa(2), nenek(1), ipar dan adik(yang belum kahwin)(3), anak2(5) dan saya suami-isteri(2) - jumlah 13 orang.
Penggunaan beras sebanyak 50kg x RM2.60 = RM130.00 sebulan.

Keluarga B
Sebagai contoh, pendapatan Abu lebih kurang RM 500 sebulan, Tanggungan 5 orang, comsume beras nya 15kg x RM2.60 = RM39.00.

Dalam memberi pertimbangan bagi perkara di atas, siapa kah lebih layak atau pun kedua2 nya layak menerima bantuan beras kerajaan ini?

Seperkara lagi masalah yang belum tentu boleh diatasi ialah berkenaan dengan tempat atau pusat agihan beras ini. Jika seseorang itu tinggal jauh di pendalaman  50km atau lebih, bagai mana belanja kos untuk ambil beras itu? Memang ada banyak lagi masaalah  yang akan timbul dalam melaksanaan perkara ini.

Sebenarnya satu perkara yang kerajaan patut buat ialah dengan melaksana penjualan dua gred beras sahaja. Iaitu 5% dan 15% dengan harga yang berbeza. 5% - RM2.50 se Kg. 15% - RM1.50 se Kg. Ini akan lebih memudahkan rakyat untuk memilih apa jenis beras dan mengikut kemampuan perbelanjaan nya.


Sekarang bersa 15% memang ada di syorkan di jual dipasaran. Tetapi malangnya terlalu sedikit - sangat sukar didapati.


Adalah lebih baik bagi kerajaan menguat kuasakan supaya beras 15% ini sentiasa berada dipasaran dan mudah dibeli. Inilah satu2 jalan nya yang terbaik jika kerajaan betul2 mahu menolong rakyat.

October 14, 2009

UMNO akan terus kekal di pandang sebagai parti yang amalkan RASUAH hingga ke anak cucu nya


Walau apa cara yang akan dibuat oleh UMNO untuk membersihkan diri nya dari RASUAH ianya akan tidak berjaya. UMNO ibarat sebiji buah yang penuh dengan ulat, dengan mencuci kulit luaran nya sahaja akan tidak memberi apa2 kesan. Sepatut nya buah itu kena di potong belah dan cungkit semua ulat2 itu keluar. Selagi ulat2 ini masih berada didalam ianya akan tetap busuk.

SATU MALAYSIA atau bahkan satu dunia sudah pandang UMNO pengamal RASUAH. Hampir semua pemimpin2 UMNO yang ada pegang jawatan sekarang terlibat RASUAH. Pemimpin2 UMNO yang takut atau kedekut hulurkan RASUAH semua nya telah tewas pada pemilihan PAU yang lepas.

Pemimpin2 yang tertara diatas ini yang telah disah kan sendiri oleh UMNO hanya lah 'tip of the ice-berg'.

Rakyat hari ini sudah sangat 'celik politik', mereka sangat menilai siapa yang terbaik untuk memimpin negara, bukan parti. Barang siapa yang sudah dianggap kotor maka ianya harus di tolak. Negara kita bukan kekurangan pemimpin2 yang berkebolehan tinggi dan jujur serta amanah - tidak amalkan RASUAH.

Negara akan hancur dan rakyat akan menderita jika pemimpin mereka mengamalkan RASUAH, agama islam juga sudah nyatakan bahawa RASUAH adalah HARAM di sisi islam. Malang nya islam yang menyokong UMNO sudah halakan RASUAH.

Apa bezanya 'politik wang' dengan RASUAH?

October 13, 2009

Kemenangan Isa memantap kan lagi RASUAH dalam UMNO


 Photo ini telah buktikan kehebatan UMNO mempertahankan RASUAH.
RASUAH sudah jadi mainan politik UMNO

Kemenangan Isa Samad di DUN Bagan Pinang sebenarnya telah membukti bahawa UMNO tidak akan bersih dari RASUAH. Amalan RASUAH dalam UMNO sudah menjadi darah daging nya, tidak mudah dipisahkan.

Sebenarnya pemimpin2 dan penyokong UMNO sudah tidak ambil kira lagi tentang RASUAN dalam mempertahan kan parti yang akan dimusnahkan pada PRU13 nanti.

Kemenangan UMNO di DUN Bagan Pinang tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk menyatakan bahawa UMNO sudah pulih dan telah diterima oleh semua gulungan rakyat.

UMNO menang di DUN Bagan Pinang kerana ianya sudah jadi tempat tradisi bagi UMNO. Penyokong tegar UMNO ini akan pangkah siapa sahaja asalkan ianya UMNO. Kalau diletak kan 'tunggul kayu' sebagai ganti calun UMNO pun pasti akan menang. Kerana DUN Bagan Pinang di huni oleh UMNO totok.

Selain dari itu DUN Bagan Pinang di huni oleh lebih 4000 pengundi pos.

Jikasekira nya Isa Samad  bertanding di luar DUN Bagan Pinang, pasti ia akan hilang wang pertaruhan nya.

October 12, 2009

UMNO hanya boleh berkokok di Bagan Pinang sahaja.




Kemenangan UMNO di Bagan Pinang ada kemenangan RASUAH yang sangat memalukan Malaysia. UMNO memang sebuah parti yang mengamalkan dan sangat merestui RASUAH. Hasil kemenangan UMNO ini akan menambah buruk kan lagi image UMNO. Ini kerana seorang pemimpin yang telah di sahkan terlibat dengan RASUAH telah direstui dan di berikan kepercayaan memimpin UMNO.

Sebenarnya penyokong UMNO ini terdiri dari gulungan manusia yang berfikiran sempit tentang politik hinggakan mereka sanggup memilih dan menyokong calun yang tidak jujur sebagan pemimpin UMNO. UMNO akan dianggap sebuah parti yang merestui dan mengamalkan RASUAH. UMNO tidak akan boleh dipandang bersih sampai bila2 masa pun selagi masih ramai pemimpin2 nya yang terlibat RASUAH masih berada memimpin dalam UMNO.

UMNO sudah menjadi tercemar keseluruh dunia kerana mempunyai ramai pemimpin2 nya yang terlibat dalam RASUAH. UMNO menganggap RASUAH yang di amalkan dalam UMNO itu tidak salah dan mereka telah namakan "politik wang", sedangkan ianya sebenarnya RASUAH.

Pemimpin2 yang mengamalkan "politik wang" ini sebenarnya pemimpin yang tidak jujur dan amanah. Mereka berniat jahat dan busuk hati untuk menjatuhkan lawan nya sesama sendiri. Mereka juga akan menggalak kan amalan RASUAH dalam semua bidang pentadbiran negara. Malangnya UMNO telah terlibat secara total dalam RASUAH.

October 09, 2009

Siapa sebenarnya sudah terdesak.


Image UMNO akan semakin tercemar jika Isa Samad menang di DUN N31 Bagan Pinang.
Ini akan memberi makna bahawa UMNO mengamalkan dan menyokong RASUAH.
Isa Samad telah didapati bersalah dan di hukum kerana mengamalkan RASUAH dalam politik. Satu dunia sudah sure heboh tentang keburukan salah laku Isa Samad. Perbuatan nya ini telah sangat mencemarkan UMNO sehingga ramai rakyat telah menolak UMNO.

Amalan RASUAH sangat keji dan buruk, ianya bertentangan dengan semua ajaran agama termasuk islam. Ini kerana RASUAH boleh menghancurkan negara.

Adakah patut kita menjadikan seorang pengamal RASUAH sebagai pemimpin kita? Jika kita menyokong seorang pemimpin yang mengamalkan RASUAH, bermakna kita telah menyokong RASUAH juga.

Marilah kita perangi RASUAH, kita tolak pemimpin yang mengamalkan RASUAH.
UMNO masih kotor dan tercemar dengan RASUAH

October 08, 2009

Pemimpin UMNO boleh kembang lobang hidung nya kerana memiliki 4000 undi pos


Kini kali pertama sejak lepas PRU12 di mana BN/UMNO telah ditewaskan sebanyak 6 kali PRK oleh Pakatan Rakyat. Ini PRK kali yang ke 8 pula, nyata nampak semua pemimpin2 UMNO kembang lubang hidung nya kerana kegembiraan. Apa tidak nya, 4000 undi pos sedang menunggu mereka di Bagan Pinang.

Ini lah kali pertama mereka rasa terlalu yakin menang besar. Itu sebab UMNO berani pertaruhkan calun nya yang 100% didapati bersalah kerana rasuah sebagai calun UMNO di Bagan Pinang. Mereka terlalu yakin pasti menang kerana pengundi di Bagan Pinang berpegang teguh kepada amalan bahawa 'politik wang' itu TIDAK SALAH.

Elok juga BN/UMNO telah letak calun rasuah nya, jika menang maka terbukti lah bahawa BN/UMNO itu sebenarnya betul parti yang mengamalkan RASUAH.

October 07, 2009

Kesedaran rakyat terhadap perlunya pemimpin yang bersih.

Rakyat hari ini hampir semuanya ada kesedaran tentang perlunya seseorang pemimpin itu bersih. Malang nya bagi UMNO yang masih lagi tidak peka tentang kehendak tuntutan rakyat yang mahukan pemimpin yang bersih.


UMNO telah meletak kan calun nya Isa Samad untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Isa Samad telah disahkan orang yang mengamalkan rasuah, beliau telah dikenakan hukuman 'gantung'. Adakah hukuman 'gantung' yang dikenakan oleh UMNO itu sudah membersihkan Isa Samad dari pandangan dan pemikiran rakyat? Jawapan nya tentu sekali TIDAK.


Rakyat hari ini bukan lagi seperti 5 atau 6 puluh tahun yang lampau, rakyat hari ini semua nya bijak dan tidak mudah di permainkan oleh UMNO lagi. Malang bagi UMNO yang ingatkan rakyat bodoh sehingga sanggup memilih seorang pemimpin yang telah dihukum kerana RASUAH.


Rasuah itu satu amalan yang sangat kotor dan keji, pengamal rasuah sepatutnya terus di gantung seumur hidup seperti Ibrahim Ali. Tetapi UMNO mempertahankan RASUAH kerana hampir semua pemimpin2 UMNO terlibah RASUAH. 


Jika negara terusan dipimpin oleh manusia RASUAH ini negara akan hancur akhirnya. Kita perlu selamatkan negara kita yang tercinta ini dari pemimpin2 UMNO yang RASUAH.


Terutamanya kepada rakyat yang beragama islam, adakah anda merestui RASUAH? Jika tidak, tolak UMNO.

October 05, 2009

UMNO dahulu, hari ini dan selamanya RASUAH


Jauhi dari parti dan pemimpin nya yang rasuah

UMNO dan rasuah seperti lagu dan irama, tidak mungkin akan dapat dipisahkan. UMNO dan islam hadari menganggap rasuah itu hanya satu perkara yang sangat kecil. Sedangkan agama islam menganggap RASUAH HARAM. Pemimpin UMNO boleh dikatakan hampir semuanya terlibat rasuah. Cuma tiga orang ini yang telah disahkan betul2 100% rasuah.

Malangnya bagi UMNO, mereka masih berkuasa didalam parti UMNO, ini berlaku kerana UMNO memandang rasuah itu hanya perkara biasa sahaja. Ini ber erti rasuah tidak haram pada UMNO.

Bagaimana pandangan pada orang islam yang lain pula, ada kah mereka anggap rasuah itu tidak haram juga. Kalau orang islam anggap rasuah itu HARAM, maka mereka patut jahui dari menyokong pemimpin2 UMNO yang telah di sahkan RASUAH ini.

Sangat berdosa besar pada orang islam yang menyokong orang yang berdosa dengan RASUAH.