Showing posts with label sandiwara UMNO. Show all posts
Showing posts with label sandiwara UMNO. Show all posts

November 12, 2009

Lebih 60 tahun UMNO diberi mandat memerintah negara - UMNO gagal menghapuskan kemiskinan.


Sudah terlalu lama hampir lebih 60 tahun kita telah beri peluang UMNO memerintah negara. Negara kita adalah sebuah negara yang sangat terkaya dengan hasil diatas bumi, dalam bumi dan lautan. Mengapa UMNO masih lagi GAGAL menghapuskan kemiskinan rakyat di negara yang tersangat kaya raya ini?

Sedangkan kita lihat semua pemimpin2, pencacai2 dan kunco2 UMNO semuanya hidup mewah dan kaya raya. Bolehkah anda sebutkan seorang dari pemimpin, pencacai atau kunco2 UMNO yang hidup sederhana? Jawapan nya, TIADA.  Mereka semua hidup dengan sombong dan bangga dengan harta kekayaan yang telah di rompak dari rakyat biasa.

Setiap kali PRU atau PAU diadakan, mereka menabur janji dan 'rasuah' kepada rakyat biasa dikampung2 yang miskin dan kurang pelajaran. Selepas tamat PRU atau PAU segala janji sudah dilupakan.

Sudah 6 PM berlalu, dan kini termasuk yang ke 7, semuanya berlakun lakunan yang sama, rakyat yang miskin tetap bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya raya. Memang ada banyak kita dengar berbagai bantuan dan subsidi yang di berikan kepada rakyat, tetapi malangnya ia indah khabar dari rupa. Tidak semua yang mendapat habuan - cuma untuk kunco2 mereka sahaja. Ianya tidak dapat merubah nasib rakyat yang betul2 miskin.

Banyak rancangan TV yang memaparkan tentang kemiskinan rakyat, dikala itu lah kita nampak wakil rakyat UMNO berbangga menyampaikan bantuan dan sumbangan. Persoalan nya, mengapa setelah didedahkan oleh pihak tertentu baru boleh di dapat bantuan?

Kita mesti tamatkan lakunan sandiwara UMNO yang bermain lebih 60 tahun ini pada PRU13 nanti