February 24, 2010

Apabila 10 orang ditanya........... tentang kes tuduhan liwat DSAI

Jika anda buat tinjauan rambang tentang kes liwat DSAI di mana2 sahaja di dalam atau di luar negara, jika ditanya sama ada kes ini benar atau fitnah, cuba tanya 10 orang dewasa, maka jawapan nya ialah:

7 orang akan jawab - fitnah.
2 orang akan jawab - tak boleh kata apa2 kerana kita tidak tahu apa2.
1 orang akan jawab - benar, DSAI meliwat.

Sudah pasti kita akan tahu siapa kah manusia yang 1 orang ini. Sama ada dia orang tidak berakal atau pun dia seorang gila. Yang pasti orang ini adalah pencacai UMNO yang bodoh dan buta tuli.

Sebenarnya kes liwat ini lah yang akan menambahkan lagi sokongan moral terhadap DSAI. Perhatikan saja di mana2 DSAI hadir ceramah sambutan nya sangat besar, ini menandakan rakyat sama sekali tidak percaya terhadap fitnah yang telah dibuat terhadap DSAI.

Tuduhan liwat ini telah menjadi bahan ketawa di seluruh dunia. Cuma pemimpin2 UMNO yang berhati busuk dan berniat jahat sahaja yang bergembira tentang tuduhan liwat ini. Tetapi kita jangan lupa kepada Yang Maha Berkuasa, pasti satu pembalasan buruk akan menimpa kepada manusia yang mengujudkan tuduhan liwat ini.

Samaada DSAI dijatuhkan hukuman atau tidak terhadap tuduhan palsu ini, rakyat yang berfikiran waras akan tetap menjatuhkan hukuman berat terhadap kerajaan BN pimpinan UMNO yang rakus dan tidak bertimbangrasa demi mengejar kuasa, pangkat dan harta kekayaan sahaja. Pakatan Rakyat tetap bersatupadu menghadapi PRU13 yang akan datang.

Kesedaran rakyat terhadap keburuk kan UMNO semakin bertambah dengan ujud nya kes tuduhan palsu ini. Rakyat pasti akan menghukum kerajaan yang zalim.

Pakatan Rakyat Tetap Bersatu

 
Perjuangan Pakatan Rakyat menentang ketidak adilan sudah hampir berjaya. Kejayaan ini sangat di geruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Jika di perhatikan pada carta pie yang tertera di atas, sebenarnya BN sudah tumbang. BN cuma diselamatkan dengan kelebihan undi penyokong dari parti Bebas sahaja iaitu sebanyak 1.03% undi sahaja.

Sebenarnya setiap saat Pakatan Rakyat sedang di serang oleh BN dari segenap sudut. Walaupun kita di serang ber talu2, semangat kental kita semakin ber tambah2 teguh dan kuat. Semangat juang kita tidak pernah luntur walaupun kita ada hadapi sedikit masalah tentang ke rapuhan semangat pemimpin2 yang telah kita lantik.

Pemimpin2 yang lemah semangat ini sebenar nya cuma ada dua tiga orang sahaja. Sekarang operasi pembersihan sedang di laku kan. Kita cuma mahu tinggal kan pemimpin2 yang betul2 benar mempunyai semangat juang yang kental sahaja.

PRU13 semakin hampir tiba, BN semakin gelisah kerana UMNO masih bermasalah, begitu juga dengan parti2 komponen nya MCA, MIC dan Gerakan. BN cuma mengharaf sokongan dari Sabah dan Sarawak sahaja untuk menyelamat kan nyawa nya. Ini lah masanya kita harus tumpukan serangan kita di Sabah dan Sarawak selain menambah baik kan sokongan dan kuatkan ikatan kita di semenanjung.

Kita cuma perlukan sedikit sokongan sahaja dari Sabah dan Sarawak bagi kita menumbangkan BN. Kita perlu sedarkan rakyat di Sabah dan Sarawak. BN sekarang sedang rancak menabur janji dengan suapan ber billion2 ringgit untuk berbagai janji rancangan. Mengapa baru sekarang mahu buat itu dan ini, selama ber puluh2 tahun kebelakangan ini apa yang BN buat? 

Rakyat harus sedar, kita perlukan sebuah kerajaan yang benar2 telus, adil dan jujur, dan bukan nya kerajaan yang diterajui oleh pemimpin2 yang bergelumang dengan rasuah, tamak harta kekayaan dan gila kuasa.

Sebagai contoh, lihat sahaja ketua2 cawangan atau bahagian UMNO, cuma dalam satu atau dua penggal sahaja berkuasa sudah bikin harta kekayaan ber timbun2. Apa lagi pula dengan pemimpin2 atasa nya. Kemewahan dan kekayaan pemimpin2 UMNO ini sudah tidak dapat di sembunyikan lagi. 

Sekarang tugas kita ialah se mata2 untuk hapuskan semua pemimpin2 UMNO yang rasuah, tamak harta dan gila kuasa ini. Kita kena buktikan nya pada PRU13 akan datang.

February 12, 2010

Pakatan Rakyat - Unggul, Gagah dan Perkasa

Sebenarnya Pakatan Rakyat tetap bertambah kuat dan popular setiap hari, semua ini berkat dari pertolongan UMNO yang memberi kan publicity percuma yang meluas.

Pemimpin2 UMNO ketinggalan zaman, mereka fikir rakyat masih lagi berfikiran seperti dizaman Tungku Abdul Rahman. Sebabnya semua pemimpin2 UMNO ini memimpin seperti style dizaman Tungku, masih tidak berubah.

Semua rakyat hari ini berpelajaran, mereka banyak mengtahui hal2 apa yang sedang berlaku atau yang telah berlaku atau pun apa yang akan berlaku di dalam dan diluar negara. UMNO tidak boleh lagi memperbodohkan rakyatnya. Itu sebab semakin hari Pakatan Rakyat menjadi semakin kuat dan disukai ramai.

Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang boleh menghapuskan fikiran jumut pemimpin2 UMNO itu.

UMNO sedang cuba menutup segala kepincangan nya dengan menimbulkan berbagai perkara. Tetapi rakyat yang bijak boleh menilainya dan akan tidak mudah dapat di terpedaya kan.

Kini UMNO sedang bimbang untuk menghadapi sebarang Pilihan Rayat terutamanya PRU13 nanti. UMNO tahu bahawa sokongan orang melayu terhadap PAS dan PKR bukan nya kecil, begitu juga sokongan orang cina dan india terhadap DAP. Perpaduan rakyat dalam Pakatan Rakyat ini sudah pasti akan dapat menumbangkan BN/UMNO pada PRU13 akan datang.

February 11, 2010

UMNO tidak bermasaalah?????????????

Kini semua media2 yang pro kerajaan sedang rancak menaburkan berita2 buruk yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Jikapun benar tentang apa yang telah dilapurkan oleh media2 yang pro kerajaan itu kita juga semua tahu bahawa Barisan Nasional juga pun sama.

Sekarang semua parti2 komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan sedang dilanda masalah besar. Hingga kini tidak ada nampak jalan penyelesaian nya. Kaum cina dan india sudah hampir semua tinggalkan parti yang bermasalah besar itu.

Paling malang sekali bagi UMNO, cabang Pemuda UMNO juga sedang dilanda masalah besar.

Di bawah ini adalah satu bukti benar yang dipetik dari sebuah laman web yang pro UMNO:-

"Thursday, February 11, 2010

PENDEDAHAN - KECOH DALAM MESYUARAT PEMUDA UMNO - THE TRUTH!

Mykmu tidak berniat mempertahankan diri terhadap dakwaan blog-blog pro Khairy bahawa dakwaan kami apa yang berlaku dalam mesyuarat EXCO Pemuda tempoh hari adalah palsu.

Bagaimanapun seorang lagi EXCO Pemuda UMNO Malaysia, saudara Zubir Zabidi mengesahkan berlakunya peristiwa yang mykmu dakwa tempoh hari.

Bercakap kepada blogger Duke of UMNO, Zubir mengakui wujudnya desakan supaya Khairy Jamaluddin meletak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO.

Malahan Zubir dilaporkan bersedia melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya sekiranya terdapat cukup jumlah untuk membolehkan pemilihan semula.


Sebelum ini seorang lagi EXCO Pemuda, Tun Faisal, turut mengiyakan sebahagian laporan mykmu sungguhpun dalam cara keadaan yang lembut dan berlapik.

Seorang lagi EXCO Pemuda, Lokman Nor Adam turut mengakui kepada rakan-rakan rapatnya bahawa apa yang ditulis oleh Mykmu tersebut memang terjadi. Bagaimanapun Lokman enggan memebri sebarang kenyataan kepada MYKMU apabila ditanya.

Sehingga kini Mykmu dimaklumkan terdapat 15 orang EXCO pemuda telah menyatakan kesediaan mereka melepaskan jawatan sebaik sahaja mereka berjaya mencapai angka 20 orang EXCO seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Pemuda bagi mengadakan pemilihan semula.........................."

February 10, 2010

MB Perak berkuasa dengan bukan dari mandat rakyat

Kerajaan Barisan Nasional negeri Perak berkuasa dengan tidak mendapat sokongan majoriti dari rakyat. Belum pernah berlaku di mana2 juga di negara yang amalkan demokrasi di pimpin oleh pemimpin yang TIDAK mendapat undi majoriti dari rakyatnya.

Walaupun MB dari Barisan Nasional ini sudah di kira sah, ianya tetap tidak mendapat sokongan majoriti dari rakyat. Majoriti rakyat negeri Perak menyokong Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Perak. Ini telah terbukti pada PRU 12 yang lepas. Mandat rakyat ini masih berkuat kuasa selagi tidak di ada kan PRU negeri yang baru.

Sebenarnya MB negeri Perak hari ini, berkuasa tanpa sokongan majoriti dari rakyatnya. Majoriti rakyat negeri Perak masih lagi menyokong Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN negeri Perak 'seperti telur di hujung tanduk', bila2 masa saja boleh tumbang. Kita tunggu saja kalau2 ada pemimpin nya yang menerima panggilan tuhan, sudah pasti kita akan dapat rebut semula. Paling senang kita cuma tunggu PER 13 nanti, pada masa itu kita akan ajar cukup2 mereka ini.

February 09, 2010

Kesetiaan Anjing Terhadap Tuan nya.


Anjing merupakan mamalia kanin dalam susunan karnivora. Telah dikatakan bahawa anjing dipelihara semenjak 12,000 tahun, tetapi mungkin selama 150,000 tahun berasaskan bukti genetik. Pada masa kini, anjing telah berubah menjadi beratus jenis dengan banyak variasi. Sebagai contoh, ketinggian dari beberapa inci (seperti anjing Chihuahua) sehingga hampir tiga kaki (seperti Irish Wolfhound), dan warna dari hitam ke putih, dengan merah, kelabu (biasanya dikenali sebagai biru), dan perang yang wujud dalam pelbagai varaiasi pola.

Anjing, seperti manusia, adalah haiwan sosial dan pemburu berkelompok; kesamaan dalam tabiat mereka menjelaskan bagi tabiat mudah dilatih, suka bermain, dan keupayaan bagi menyesuai dengan kehidupan dalam rumah manusia dan keadaan sosial.

Anjing memenuhi pelbagai peranan dalam masyarakat manusia dan seringkali dilatih sebagai anjing bekerja. Bagi anjing yang tidak mempunyai tugasan tradisi, pelbagai jenis anjing sukan memberikan peluang bagi menunjukkan kemahiran semulajadi mereka. Dalam kebanyakan negara, peranan yang paling biasa dan kemungkinannya yang paling penting adalah sebagai teman.

Anjing telah hidup dan bekerja bersama manusia dalam banyak peranan sehinggakan ketaatan mereka mendapat gelaran "teman terbaik manusia". Anjing peliharaan manusia ini sanggup lakukan apa saja mengikut perintah tuan nya. Jarang sekali kita dengar anjing peliharaan ini engkar perintah atau berani menggigit tuan nya.

Kesanggupan anjing ini ikut perintah tuan nya tidak terhad. Pernah juga terdengar cerita anjing yang sanggup mati kelaparan tidak mahu makan yang diberikan oleh orang yang bukan tuan nya. Ini berlaku kerana tuan nya sudah mati.

Pada masa yang sama, sesetengah agama seperti Islam pula menganggap cecair yang berasal dari anjing sebagai najis. Walaubagaimanapun, di sesetengah lokasi di mana agama Islam adalah agama majoriti, sesetengah anjing, seperti anjing Saluki, tetap dibela, malah, dibenarkan masuk ke dalam rumah tuannya. Anjing Saluki masih dianggap sebagai anjing yang penting untuk orang Bedouin.

Dalan agama Yahudi, walaupun anjing digelarkan sebagai haiwan tidak kosher atau 'bersih', seseorang Yahudi masih boleh membela dan menyentuh seekor anjing tetapi diharam menjadikan anjing sebagai haiwan sembelih. Dalam kebudayaan lain, anjing pula dianggap sebagai makanan.

Nala bela anjing untuk jadi jaga di dalam pagar rumah saja.

Kita cuma 'kalah' di mahkamah, kita tetap menang di hati rakyat

Mahkamah dengan secara adil nya sudah membuat keputusan nya bahawa Datok Zambry adalah MB yang  sah. Maka dengan ini sah dan nyatalah MB negeri Perak bukan dari sokongan se benar2 nya dari rakyat.

Majoriti rakyat negeri Perak sudah membuat keputusan nya dalam PRU 12 yang lepas untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mengikut keputusan itu maka majoriti rakyat masih lagi berpehak kepada PR. Kecewali jika diadakan Pilihan Raya Negeri untuk menilai semula terhadap sokongan rakyat, sama ada sokong  PR atau BN.

 Cerita masa kecel dulu2:-
Semasa Nala bersekolah rendah dulu2, ketua darjah dipilih dengan cara murid dalam kelas mengundi siapa yang mereka fikirkan layak jadi ketua darjah. Jadi siapa yang dapat undi lebih tinggi akan jadi ketua murid dalam kelas. 
Bayangkan apa akan terjadi jika calun ketua murid yang dapat undi terendah dijadikan ketua murid juga.

Sudah pasti ketua murid yang undi kurang yang dijadi kan ketua murid akan tidak dihormati oleh murid2 dalam kelas itu. Nampak nya apa yang sedang berlaku di Perak ini tidak mungkin akan dapat mententeramkan rakyat jelata nya selagi DUN tidak di bubar dan satu mandat baru perlu dibuat.

Datuk Zambry MB yang tanpa majoriti undi dari rakyat harus sedar akan perkara ini, beliau patut mencadangkan supaya bubarkan DUN demi menjaga nama baik pemimpin dan negeri Perak.

Ada berani ka YB MB Perak yang sah bubarkan DUN Perak dengan segera.

February 03, 2010

Apa dah jadi dengan "1Malaysia" PM kita?

"Terlajak perahu boleh di undur", terlajak cakap pegawai khas PM akan membawa padah buruk kepada BN/UMNO. "1Malaysia" yang sedang hangat di promosikan di segala ceruk rantau Malaysia akan menjadi sujuk dan pudar. Sudah pasti kaum india dan cina akan anggap "1Malaysia" cuma laungan slogan sahaja. Sebenarnya peristiwa ini adalah satu rahmat bagi Pakatan Rakyat.

Selama ini UMNO tidak henti2 menghentam PR dari semua sudut sehingga sukar untuk bertahan dari serangan UMNO itu. Tetapi dengan tiba2 satu kuasa dari tuhan telah mendorong pegawai khas PM untuk 'menyerang' kaum cina dan india secara terang2.

Ucapan pegawai khas PM ini walaupun disuarakan untuk memberi ingatan atau kesedaran kepada kaum india dan cina, tetapi ianya adalah lebih baik jika disampai kan oleh PM sendiri dan bukan nya melalui pegawai khas.

Sekarang apa dah jadi, pegawai khas ini terpaksa letak kan jawatan nya. Ini bermakna ia sudah kehilangan satu jawatan yang sangat tinggi. Nala sangat bersimpati terhadap beliau. Semoga PM akan memberi kan beliau sebarang jawatan lain yang sesuai untuk nya.

Malang sungguh bagi UMNO, segala usaha2 nya untuk mengembali kan sokongan kaum india dan cina sudah hancur berkecai dengan sekelip mata sahaja. Sekarang slogan kata " 1 Malaysia" akan tinggal menjadi slogan sahaja.

UMNO perlu bermula semula dari ABC... untuk menarik sokongan kaum india dan cina kembali menyokong BN.