"Terlajak perahu boleh di undur", terlajak cakap pegawai khas PM akan membawa padah buruk kepada BN/UMNO. "1Malaysia" yang sedang hangat di promosikan di segala ceruk rantau Malaysia akan menjadi sujuk dan pudar. Sudah pasti kaum india dan cina akan anggap "1Malaysia" cuma laungan slogan sahaja. Sebenarnya peristiwa ini adalah satu rahmat bagi Pakatan Rakyat.
Selama ini UMNO tidak henti2 menghentam PR dari semua sudut sehingga sukar untuk bertahan dari serangan UMNO itu. Tetapi dengan tiba2 satu kuasa dari tuhan telah mendorong pegawai khas PM untuk 'menyerang' kaum cina dan india secara terang2.
Ucapan pegawai khas PM ini walaupun disuarakan untuk memberi ingatan atau kesedaran kepada kaum india dan cina, tetapi ianya adalah lebih baik jika disampai kan oleh PM sendiri dan bukan nya melalui pegawai khas.
Sekarang apa dah jadi, pegawai khas ini terpaksa letak kan jawatan nya. Ini bermakna ia sudah kehilangan satu jawatan yang sangat tinggi. Nala sangat bersimpati terhadap beliau. Semoga PM akan memberi kan beliau sebarang jawatan lain yang sesuai untuk nya.
Malang sungguh bagi UMNO, segala usaha2 nya untuk mengembali kan sokongan kaum india dan cina sudah hancur berkecai dengan sekelip mata sahaja. Sekarang slogan kata " 1 Malaysia" akan tinggal menjadi slogan sahaja.
UMNO perlu bermula semula dari ABC... untuk menarik sokongan kaum india dan cina kembali menyokong BN.
No comments:
Post a Comment
, ,