February 11, 2010

UMNO tidak bermasaalah?????????????

Kini semua media2 yang pro kerajaan sedang rancak menaburkan berita2 buruk yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Jikapun benar tentang apa yang telah dilapurkan oleh media2 yang pro kerajaan itu kita juga semua tahu bahawa Barisan Nasional juga pun sama.

Sekarang semua parti2 komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan sedang dilanda masalah besar. Hingga kini tidak ada nampak jalan penyelesaian nya. Kaum cina dan india sudah hampir semua tinggalkan parti yang bermasalah besar itu.

Paling malang sekali bagi UMNO, cabang Pemuda UMNO juga sedang dilanda masalah besar.

Di bawah ini adalah satu bukti benar yang dipetik dari sebuah laman web yang pro UMNO:-

"Thursday, February 11, 2010

PENDEDAHAN - KECOH DALAM MESYUARAT PEMUDA UMNO - THE TRUTH!

Mykmu tidak berniat mempertahankan diri terhadap dakwaan blog-blog pro Khairy bahawa dakwaan kami apa yang berlaku dalam mesyuarat EXCO Pemuda tempoh hari adalah palsu.

Bagaimanapun seorang lagi EXCO Pemuda UMNO Malaysia, saudara Zubir Zabidi mengesahkan berlakunya peristiwa yang mykmu dakwa tempoh hari.

Bercakap kepada blogger Duke of UMNO, Zubir mengakui wujudnya desakan supaya Khairy Jamaluddin meletak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO.

Malahan Zubir dilaporkan bersedia melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya sekiranya terdapat cukup jumlah untuk membolehkan pemilihan semula.


Sebelum ini seorang lagi EXCO Pemuda, Tun Faisal, turut mengiyakan sebahagian laporan mykmu sungguhpun dalam cara keadaan yang lembut dan berlapik.

Seorang lagi EXCO Pemuda, Lokman Nor Adam turut mengakui kepada rakan-rakan rapatnya bahawa apa yang ditulis oleh Mykmu tersebut memang terjadi. Bagaimanapun Lokman enggan memebri sebarang kenyataan kepada MYKMU apabila ditanya.

Sehingga kini Mykmu dimaklumkan terdapat 15 orang EXCO pemuda telah menyatakan kesediaan mereka melepaskan jawatan sebaik sahaja mereka berjaya mencapai angka 20 orang EXCO seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Pemuda bagi mengadakan pemilihan semula.........................."

No comments:

Post a Comment

, ,