February 24, 2010

Pakatan Rakyat Tetap Bersatu

 
Perjuangan Pakatan Rakyat menentang ketidak adilan sudah hampir berjaya. Kejayaan ini sangat di geruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Jika di perhatikan pada carta pie yang tertera di atas, sebenarnya BN sudah tumbang. BN cuma diselamatkan dengan kelebihan undi penyokong dari parti Bebas sahaja iaitu sebanyak 1.03% undi sahaja.

Sebenarnya setiap saat Pakatan Rakyat sedang di serang oleh BN dari segenap sudut. Walaupun kita di serang ber talu2, semangat kental kita semakin ber tambah2 teguh dan kuat. Semangat juang kita tidak pernah luntur walaupun kita ada hadapi sedikit masalah tentang ke rapuhan semangat pemimpin2 yang telah kita lantik.

Pemimpin2 yang lemah semangat ini sebenar nya cuma ada dua tiga orang sahaja. Sekarang operasi pembersihan sedang di laku kan. Kita cuma mahu tinggal kan pemimpin2 yang betul2 benar mempunyai semangat juang yang kental sahaja.

PRU13 semakin hampir tiba, BN semakin gelisah kerana UMNO masih bermasalah, begitu juga dengan parti2 komponen nya MCA, MIC dan Gerakan. BN cuma mengharaf sokongan dari Sabah dan Sarawak sahaja untuk menyelamat kan nyawa nya. Ini lah masanya kita harus tumpukan serangan kita di Sabah dan Sarawak selain menambah baik kan sokongan dan kuatkan ikatan kita di semenanjung.

Kita cuma perlukan sedikit sokongan sahaja dari Sabah dan Sarawak bagi kita menumbangkan BN. Kita perlu sedarkan rakyat di Sabah dan Sarawak. BN sekarang sedang rancak menabur janji dengan suapan ber billion2 ringgit untuk berbagai janji rancangan. Mengapa baru sekarang mahu buat itu dan ini, selama ber puluh2 tahun kebelakangan ini apa yang BN buat? 

Rakyat harus sedar, kita perlukan sebuah kerajaan yang benar2 telus, adil dan jujur, dan bukan nya kerajaan yang diterajui oleh pemimpin2 yang bergelumang dengan rasuah, tamak harta kekayaan dan gila kuasa.

Sebagai contoh, lihat sahaja ketua2 cawangan atau bahagian UMNO, cuma dalam satu atau dua penggal sahaja berkuasa sudah bikin harta kekayaan ber timbun2. Apa lagi pula dengan pemimpin2 atasa nya. Kemewahan dan kekayaan pemimpin2 UMNO ini sudah tidak dapat di sembunyikan lagi. 

Sekarang tugas kita ialah se mata2 untuk hapuskan semua pemimpin2 UMNO yang rasuah, tamak harta dan gila kuasa ini. Kita kena buktikan nya pada PRU13 akan datang.

No comments:

Post a Comment

, ,